Paris sememangnya terkenal sebagai kota cinta dikalangan pelancong-pelancong seantero dunia dek kerana keindahan persekitaran meliputi ukiran-ukiran yang cantik serta hasil seninya yang menawan.
Tapi disebalik keindahan itu, ada satu sisi hitam yang tersembunyi dan mencacatkan pengalaman indah kepada pelancong yang datang sekiranya mereka terkena situasi tersebut iaitu kes penyeluk saku.
Ramai yang dilaporkan sudah menjadi mangsa penyeluk saku apabila berkunjung ke ‘la Ville Lumière’ itu dan baru-baru ini, seorang pelancong Malaysia berjaya merakam aksi penyaluk saku di sana yang cukup licik dan professional.
Perkongsian video daripada Naufal Bakhudin menunjuk dua orang wanita yang berselindung menggunakan selendang sedang membuka beg sandang salah seorang pelancong wanita yang dipercayai rakyat Malaysia.
Kejadian itu tidak disedari langsung oleh mereka yang berada dalam rombongan pelancong tersebut kerana si penyeluk saku tersebut pandai memanfaatkan peluang untuk mencuri. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua apabila perbuatan keji mereka berjaya dirakam oleh kamera 360 darjah milik Naufal.
Cuba tengok rakaman video tersebut, licikkan penyeluk saku di sana?
Kepada anda yang ingin melancong ke Paris atau ke mana sahaja, pastikan barangan milik anda berada dalam keadaan selamat. Kalau boleh, beg jangan disandang di belakang tapi biarlah di hadapan anda supaya mudah untuk anda lihat sekiranya ada apa-apa yang berlaku.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI