Pari Gergasi Seberat 280 Kilogram Terjerat Di Sarawak. Fuh, Besar!

Share

280 kilogram! Itu berat seekor ikan pari gergasi yang berjaya ditangkap nelayan di Sarawak.

Itu bukan kali pertama ikan pari gergas ditemui dan ditangkap di kawasan perairan Sarawak. Sebelum ini, di Sarawak sering dikejutkan dengan penemuan ikan pari saiz gergasi dengan berat dari 150 kilogram sehingga ada yang mencecah hampir 800 kilogram.

Terkini, empat nelayan tempatan mengambil masa sejam setengah untuk menaikkan ikan pari daun seberat 280 kilogram dengan lebar empat meter bersamaan berat badan lima orang dewasa di Muara Sungai Lundu, Sarawak.

Mereka berempat dikatakan bersama-sama memasang pukat di sungai berkenaan awal pagi semalam sebelum menjerat pari gergasi itu. Sekitar sejam setengah masa diambil untuk bertarung dengan pari berkenaan dan akhirnya ia tewas sebelum dibawa ke Jeti Nelayan Lundu.




Menurut mereka biasa mendapat ikan-ikan pari bersaiz besar tetapi ini kali pertama pari gergasi itu terjerat dalam pukat mereka. Walaupun kepenatan 'bertarung' kerana ikan itu terlalu besar bagaimanapun mereka gembira kerana ia dianggap rezeki yang tidak diduga ketika Ramadan.

Lundu yang jauh kira-kira 80 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching dihuni sekitar 36,000 penduduk. Bagaimanapun, sejarah asal usul nama Lundu tidaklah begitu jelas. Ramai yang percaya bahawa daerah tersebut mendapat nama dari Sungai Lundu yang di mana terdapatnya ikan lundu atau nama saintifiknya mystus nigriceps.

Bagaimanapun di laman sosial, ramai warganet mempersoalkan tindakan mereka menangkap ikan bersaiz luar biasa seperti itu. Menurut mereka, ikan tersebut sepatutnya dilepaskan ke habitat asal. Berdasarkan sumber daripada sekutif komunikasi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), ikan pari adalah spesies yang tidak di dalam senarai yang dilindungi. Maka tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang.

Sumber: astroawani

Oleh
Husna