
Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia sudah menjejakkan kaki di tanah yang terkenal sejarah kisah Mahsuri ini. Begitu juga dengan pelancong asing, rata-rata yang datang ke Malaysia pasti mempunyai kenangan tersendiri bercuti di Langkawi.
Tidak basah, tidak sah lah percutian anda di Pulau Lagenda ini. Pernah dengar atau tidak ada sebuah pulau umpama syurga dunia berada di Langkawi?
Haa..pulau yang dikenali sebagai Paradise 101, merupakan pulau persendirian untuk anda lakukan pelbagai aktiviti air atau pantai. Pulau ini hanya boleh diakses menggunakan perkhidmatan bot khas di Jeti Telaga Harbour Marina bermula dari jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari.
Antara pakej dan aktiviti yang disediakan adalah mencuba permainan air di Aqua Park, Banana Boat Ride, Parasailing, snorkel atau hanya beristirahat. ‘Pulau Syurga’ ini juga bersedia menerima tetamu yang ingin mengadakan majlis sambutan hari lahir, perkahwinan atau majlis berskala besar.
Foto: FB Paradise101Langkawi
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kembang Tekak Bila Ribuan Cacing Besar Muncul Dari Tanah Di Sebuah Pasar Indonesia

Kewujudan ribuan cacing yang muncul di permukaan tanah di pasar Gede Solo, Jawa Tengah Indonesia sejak minggu lalu tular di media sosial.

Peniaga di pasar tersebut mula menyedari kehadiran ribuan cacing itu di kawasan pasar kira-kira jam 5.30 pagi. Cacing tersebut dikatakan bersaiz besar daripada biasa memenuhi sekitar pasar dan jalan raya.
“Kalau dikumpul cacing itu, satu baldi boleh penuh malah lebih. Memang banyak. Jumlah cacing banyak hingga kami hilang selera makan. Kami pun tak tahu bagaimana boleh banyak sangat cacing di sini,” menurut salah seorang peniaga di pasar tersebut.

Sementara itu, pakar alam sekitar Universiti Sebelas Maret Solo, Prabang Setyono berkata, kemunculan cacing itu disifatkan fenomena alam. Malah mereka percaya, ia ada kaitan dengan letusan beberapa gunung berapi di negara itu. Bagaimanapun pengkaji Zoologi Pusat Penyelidikan Ilmu Pengetahuan Indonesia, berpendapat, ia terjadi kerana perubahan cuaca.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Healing Di Chalet Atuk Dolah, Sungainya Jernih Dan Ada Kolam Mandi

Kalau anda suka alam semula jadi dan ketenangan, Chalet Atuk Dolah adalah tempat yang anda cari.
Di kelilingi warna hijau dan airnya sejuk, apa yang best ada dua pilihan tempat nak main air. Kolam ada gelongsor atau mandi sungai ditemani ikan-ikan.
Tempatnya tak besar mana, tapi memadai untuk bilangan ahli keluarga sederhana. Private area, no daytrip allowed buat masa ini.
Anak-anak pasti gembira berenang dan bagi ikan makan. Ya, memang banyak sangat ikan dalam sungai ini. Boleh rujuk gambar.
Tetapi harap maaf, memancing sama sekali tidak dibenarkan. Ikannya dijaga untuk menemani anak-anak bermain. Kekalkan keharmonian dan kelestarian alam kita.
Kolam renang 100% sumber air semula jadi, memang sejuk airnya.
Ini pula ruangan biliknya, anda boleh bertenang dan selesa pergi dengan keluarga tersayang.
Kemudahan: kolam renang, surau, dewan tertutup, dataran, dapur dan peralatan, penginapan ada aircond.
Lokasi:
CHALET ATUK DOLAH, KAMPAR, PERAK.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Lokasi Percutian & Istirahat Menarik Di Selangor Yang Ramai Orang Tak Tahu

- Air Terjun Sungai Lepoh
Air Terjun Sungai Lepoh merupakan lokasi yang sesuai buat penggemar aktiviti luar. Ianya terletak di Daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan Kampung Pangsoon. Juga dikenali sebagai Sungai Lopo ataupun Sungai Lepok, lokasi ini dikelilingi dengan pemandangan alam semula jadi yang sangat cantik. Selain itu, air terjun di Sungai Lepoh juga cukup indah dan mempunyai air yang jernih. Selain bermandi-manda, lokasi ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti pendakian, berkelah dan “bird watching”.
- Sky Mirror
Sky Mirror di Daerah Kuala Selangor juga dikenali sebagai “Salar de Uyuni” Malaysia kerana menampilkan fenomena semula jadi seperti yang terdapat di negara Bolivia. Terletak di tengah-tengah Selat Laut Melaka, lokasi ini merupakan salah satu permata tersembunyi yang boleh dijumpai di Negeri Selangor namun tidak ramai yang tahu. Tarikan ini hanya mampu muncul pada tarikh dan waktu-waktu tertentu sahaja dalam bulan lunar iaitu semasa air surut dan air tenang dari pukulan ombak. Anda perlu menaiki bot laju dari Jeti Sky Mirror yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lokasi ini. Jangan lupa untuk datang dengan pakaian berwarna-warna untuk gambar yang lebih menarik!
- Empangan Sungai Selangor
Ramai yang tidak tahu Empangan Sungai Selangor merupakan lokasi yang terbaik untuk aktiviti “stargazing”. Ianya mula beroperasi sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari Pekan Kuala Kubu Bharu. Aktiviti “stargazing” ini sangat sesuai dijalankan di Empangan Sungai Selangor atas faktor kawasan empangan ini yang tidak terdedah kepada pencahayaan luar. Selain itu, persekitaran kawasan di sini juga sungguh menakjubkan dikelililingn dengan kehijauan alam semulajadi serta bukit-bukau dan tasik yang mempesona.
- Pantai Kelanang
Pantai Kelanang yang terletak di Daerah Kuala Langat ini hanya mengambil kira-kira 20 minit dari Pekan Banting. Ianya menyajikan pemandangan indah serta dikelilingi pohon-pohon yang besar. Tidak ramai yang mengetahui tentang pantai ini mungkin kerana lokasinya yang agak jauh ke kawasan pedalaman. Lokasi ini tentunya menarik untuk mendapatkan ketenangan minda dengan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa. Ianya juga sesuai dijadikan lokasi untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan lautan yang mempersonakan sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.
- Secret Garden @ 1 Utama Shopping Centre
Secret Garden yang terletak di tingkat teratas pusat beli-belah 1 Utama Shopping Centre ini mempunyai keluasan sebanyak 35 meter atau 30,000 kaki persegi. Mempamerkan kepada anda lebih daripada 500 spesis flora eksotik, setiap tanaman di sini ditanam dalam tanah bio-karbon dan dipelihara dengan teliti oleh pasukan ahli botani terkenal. Kemasukan ke Secret Garden adalah percuma dan hanya dibuka bermula jam 10am-10pm pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sahaja.
- Bukit Gasing
Bukit Gasing merupakan lokasi hijau yang terletak di ibu kota. Berdekatan dengan Bandar Petaling Jaya, Bukit Gasing termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Gasing. Lokasi ini sesuai dijadikan lokasi untuk aktiviti riadah seperti aktiviti pendakian yang sering menjadi pilihan pendaki amatur. Kawasan hutan di sini merangkumi seluas kira-kira 52 hektar dengan ketinggian 164 meter. Menariknya, anda boleh menikmati pemandangan dan panorama indah bangunan pencakar langit yang terdapat di ibu kota selepas menjejakkan kaki di puncak bukit ini.
Pasti ada dari destinasi yang disenaraikan yang tidak anda ketahui kewujudannya sebelum ini di Negeri Selangor. Negeri ini tentunya memiliki keunikan tersendiri dengan keindahan alam semulajadi yang menenangkan. Adalah diingatkan, lawati destinasi yang tersenarai di atas hanya selepas tamat tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ambil inspirasi buat masa sekarang dan #ImagineNowExperienceSoon.
Di samping itu, setiap pengunjung haruslah sentiasa mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pengunjung harus mendaftar melalui aplikasi mudah alih “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”, memastikan penjarakan sosial, menggunakan cecair pembasmi kuman secara berkala dan memakai pelitup muka pada setiap masa demi kesejahteraan bersama.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI