KUALA LUMPUR – 16 Oktober 2017 – Data daripada Hotels.com menunjukkan bagi tahun kedua Langkawi menduduki tempat teratas dalam senarai destinasi pantai paling popular dalam kalangan pelawat dari Malaysia, manakala Phuket, yang menduduki tempat ketiga, tersenarai sebagai destinasi luar negara paling popular bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pantai yang mengasyikkan pada bulan Disember ini.
“Pelawat dari Malaysia menghargai masa yang diluangkan bersama dengan keluarga mereka, dan cuti sekolah pada bulan Disember ialah musim percutian paling sibuk dalam setahun. Data kami menunjukkan minat yang ketara terhadap pelancongan ke luar negara pada tahun ini, menyebabkan peningkatan dalam pencarian pelbagai destinasi pantai seperti Bali dan Krabi,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.
10 pantai paling popular – Destinasi pantai hujung tahun paling dicari oleh pelawat dari Malaysia
Penarafan 2017 | Destinasi | Penarafan 2016 |
1 | Langkawi | 1 |
2 | Port Dickson | 2 |
3 | Phuket | 3 |
4 Ads | Krabi | 5 |
5 | Bali | 9 |
6 | Pattaya | 6 |
7 | Pangkor | 4 Ads |
8 | Koh Samui | 8 |
9 | Cherating | 7 |
10 | Boracay | 10 |
Cuti-cuti Malaysia
Langkawi mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pantai paling popular yang dicari oleh pelawat dari Malaysia. Kemudahan beli-belah bebas cukai dan kegemilangan sejarahnya sejak sebelum zaman Mahsuri membolehkan pulau peranginan ini mengekalkan daya tarikannya sebagai destinasi sesuai untuk hiburan seisi keluarga.
Pulau ini juga menempatkan beberapa hotel pemenang anugerah Hotels.com tahun ini. The Andaman , antara pemenang anugerah hotel paling mesra keluarga sedunia Hotels.com bagi tahun 2017, dikelilingi kehijauan hujan berusia 10 juta tahun dan lingkaran batu karang Teluk Datai yang indah.
Port Dickson ialah destinasi pantai hujung tahun kedua paling popular dalam pencarian pelawat dari Malaysia tahun ini, yang menawarkan pelbagai jenis penginapan gaya pusat peranginan dan vila-vila mewah. Vila terapung dan kolam renang persendirian Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan percutian di kawasan tepi pantai yang terletak hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
Bali semakin popular
Pulau Bali di Indonesia mencatatkan peningkatan populariti yang begitu ketara tahun ini. Pulau ini menggamit kehadiran pengunjung Malaysia dengan tempat penginapan gaya resort yang berkualiti tinggi, pusat-pusat hiburan malam yang mengujakan dan warisan kebudayaan yang gilang-gemilang.
Sejumlah 22 pusat peranginan di Bali memenangi anugerah Loved by Guests (LBG) Hotels.com bagi 2017. Sebanyak 13 daripada hotel ini terletak di Ubud, pusat warisan kebudayaan Bali, yang menempatkan kuil dan pusat seni krafnya. Salah satu pemenang LBG, Tejaprana Resort & Spa, menyediakan vila persendirian yang tersembunyi dalam kehijauan hutan tropika, 4km dari Ubud.
Meskipun aktiviti gunung berapi di Gunung Agung telah menjejaskan sentimen pelancongan sejak minggu lalu, jabatan pelancongan Bali mengisytiharkan pulau ini sebagai “selamat kecuali kawasan sekeliling Gunung Agung”. Kawasan popular seperti Ubud, Seminyak dan Legian tidak terjejas.
Negara Thai tetap menjadi pujaan
Pelancong dari Malaysia gemar bercuti di pantai Thailand yang berhampiran, membolehkan Phuket, Krabi, Pattaya dan Koh Samui untuk tersenarai di 10 tempat teratas destinasi hujung tahun ini. Perjalanan ke bandar-bandar tepi pantai ini hanya satu hingga tiga jam penerbangan dari Kuala Lumpur, menjadikannya pusat percutian hujung minggu yang menarik.
Phuket juga merupakan destinasi yang popular untuk pelancong muda dari Malaysia yang gemarkan hiburan malam, dengan lampu-lampu yang terang benderang di Bangla Street hingga ke Pantai Patong yang meriah. Peningkatan popularity hotel butik di pulau ini, termasuk BYD Lofts Boutique Hotel & Serviced Apartments, menarik ramai pelawat berkumpulan.
Phuket, bersama destinasi menarik yang lain di Selatan Thailand seperti Krabi dan Koh Samui turut merupakan destinasi halal yang popular dalam kalangan pelancong dari Malaysia. Terdapat banyak restoran halal serta kemudahan dan hotel mesra umat Islam. Banyan Tree Samui menawarkan pilihan tempat makan halal, spa khusus untuk wanita dan vila tanpa alkohol.
“Pelawat dari Malaysia mencari destinasi pantai serantau yang menarik, dan Hotels.com teruja menunaikan hajat mereka untuk mengunjungi destinasi seperti Langkawi, Phuket dan Bali, dengan memberikan nilai terbaik kepada pelanggan kami. Dengan 25 juta ulasan daripada pelanggan sebenar, Hotels.com juga mempunyai kefahaman dan maklumat yang diperlukan untuk membantu pelancong dari Malaysia merancangkan percutian tepi pantai yang menjadi impian mereka,” tambah Jessica.
*Data jumlah pencarian adalah berasaskan tempoh pencarian sehingga:
1 Jan – 15 September 2016 (data 2016)
1 Jan – 15 September 2017 (data 2017)
Tempoh Perjalanan:
25 November – 31 Disember 2016 (data 2016)
25 November – 31 Disember 2017 (data 2017)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI