Jika bercuti ke destinasi pantai atau pulau memang menjadi kebiasaan pengunjung atau pelancong memilih untuk memakai selipar kerana gaya ringkas ini memang sesuai untuk bersantai.

Namun lain pula dengan undang-undang di sebuah pantai terkenal di Itali. Pelancong yang ke kawasan pesisir pantai Cinque Terre, kini dilarang sepenuhnya berjalan dengan menggunakan selipar dan boleh didenda sehingga £2,000 (RM10,800) jika melanggar undang-undang itu.

Pantai Terkenal Di Itali Larang Pelancong Pakai Selipar. Kalau Pakai Denda RM10,800 Pantai Terkenal Di Itali Larang Pelancong Pakai Selipar. Kalau Pakai Denda RM10,800

Pengurusan Taman Negara Cinque Terre akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi nasihat dengan denda antara £40 (RM215) hingga £2,000 (RM10,800). Kadar denda akan ditentukan berdasarkan jenis masalah dihadapi oleh pasukan penyelamat.

Ads

Jangan cepat melatah lagi ya! Keputusan menguatkuasakan undang-undang ini diambil selepas unit penyelamat pergunungan di kawasan pantai ini mengadu terlalu ramai pengunjung ditemui terperangkap di kawasan bukit bukau sekitar pesisir pantai itu kerana memakai selipar.

Rutin pengunjung bersantai dan bersiar-siar di tepi pantai kemudian terus mendaki ke kawasan bukit bukau untuk melihat pemandangan yang indah. Itu tidak menjadi kesalahan, tetapi untuk mendaki bukit, pengunjung seharusnya mempersiapkan diri dengan sekurang-kurangnya memakai sepatu atau kasut yang sesuai.

Ads

Pantai Terkenal Di Itali Larang Pelancong Pakai Selipar. Kalau Pakai Denda RM10,800 Pantai Terkenal Di Itali Larang Pelancong Pakai Selipar. Kalau Pakai Denda RM10,800

Ads

Pengarah Taman Cinque Terre, Patrizio Scarpellini mengatakan kepada rangkaian televisyen TGCOM24 mereka akan melaksanakan langkah bersama dengan pihak datuk bandar dan jabatan perhutanan. Ia akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan penyebaran maklumat sebelum sekatan sepenuhnya.

Anggota Kelab Alpino Italiano yang menjadi sukarelawan penyelamat di kawasan pesisiran pantai itu memaklumkan mereka terpaksa menyelamatkan satu keluarga Jerman pada tahun lalu yang terperangkap kerana memanjat dengan kesemuanya hanya memakai selipar.

Sumber: Dailymail

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI