Pantai Redang Sekinchan, Lokasi Ideal Untuk Ambil Angin Petang. Dekat Je!

Share

Pantai Redang, di Sekinchan, Selangor menjadi tumpuan warga setempat beriadah dan bersantai setiap hujung minggu

Jika anda penduduk Lembah Klang dan mengidam untuk bersantai di tepi pantai selama beberapa jam, ini adalah lokasi dicadangkan. Tidak perlu pergi jauh semata-mata ingin bermain air di gigi pantai, sebaliknya hanya perlu memandu ke Sekinchan untuk menikmati keindahan Pantai Redang.

Pantai tersorok ini sangat sesuai dikunjungi jika anda sudah jemu melihat hamparan padi yang banyak terdapat di daerah Sekinchan ini. Untuk sampai ke Pantai Redang dari Kuala Lumpur cuma mengambil masa kira-kira sejam setengah melalui lebuhraya.

Atas faktor jarak yang dekat itu mengapa tidak membawa keluarga anda berkunjung ke Pantai Redang, Sekinchan untuk berehat. Selain itu anda akan dapat menambah pengalaman melihat kehidupan masyarakat nelayan di kawasan pantai ini.

Pengunjung juga boleh memancing dan menikmati pelbagai makanan laut di gerai-gerai berhampiran. Pantai ini menyediakan kemudahan rekreasi yang pelbagai dan dapat memenuhi keperluan masyarakat pelbagai peringkat umur, ia sesuai dijadikan pusat rekreasi untuk keluarga.

   

Foto: Google Image

Oleh
Admin