Jika dibandingkan dengan pantai-pantai lain yang popular di Bali seperti Pantai Kuta dan Sanur, atau Tanah Lot, tentu sahaja pantai Pandawa masih kedengaran asing. Ianya pantai yang wajar dipertimbangakan sebagai destinasi percutian kerana keindahannya malah juga disebut sebagai ‘hidden beach’.
Pantai Pandawa ialah salah satu kawasan pelancongan di kawasan Kuta Selatan, Kabupaten Badung, Bali. Pantai ini terletak di sebalik bukit.
Di sekitar pantai ini terdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya terpahat lima patung Pandawa dan Kunti. Keenam patung tersebut secarara berurutan (dari posisi tertinggi) iaitu Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Patung-patung ini memiliki ketinggian mencapai lima meter dengan lebar 2.5 meter.
Pantai Pandawa dibatasi oleh tebing kapur yang tinggi sehingga pemandangan dari atas tebing mahupun dari bawah tebing akan dilihat sangat mempersona.
Jarak perjalanan Pantai Pandawa jika dari lapangan terbang Ngurah Rai ialah 18 km, lebih kurang satu jam bergantung pada kesesakan lalu lintas dalam perjalanan. Sebaik keluar dari jalan utama masih sejauh lebih kurang 1.5 km sebelum sampai di tepian pantai. Sebaik sampai di pantainya, anda akan menemui ketenangan pantai Bali yang masih terjaga dan berdiri semula jadi.
Satu hal yang menarik mengenai lokasi Pantai Pandawa ini di mana pantainya terletak di sebalik tebing. Inilah salah satu alasan mengapa pantai ini dikenali dengan sebagai pantai tersembunyi. Ramai yang menilai Pantai Pandawa di Bali ini sebagai sebuah syurga yang tersembunyi.
Banyak hal yang boleh anda lakukan ketika melancong ke Pantai pandawa ini:
Rakamkan setiap momen dengan berlatarkan pantai yang indah ini. Tentunya keunikan dan keindahan semula jadi pantai ini menjadi tarikan buat pelancong yang berkunjung ke Bali.
Oleh: Putri Adilla