Jika dibandingkan dengan pantai-pantai lain yang popular di Bali seperti  Pantai Kuta dan Sanur, atau Tanah Lot, tentu sahaja pantai Pandawa masih kedengaran asing. Ianya pantai yang wajar dipertimbangakan sebagai destinasi percutian kerana keindahannya malah juga disebut sebagai ‘hidden beach’.

Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali

Pantai Pandawa ialah salah satu kawasan pelancongan di kawasan Kuta Selatan, Kabupaten Badung, Bali. Pantai ini terletak di sebalik bukit.

Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali

Di sekitar pantai ini terdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya terpahat lima patung Pandawa dan Kunti. Keenam patung tersebut secarara berurutan (dari posisi tertinggi) iaitu  Dewi Kunti, Dharma Wangsa, BimaArjunaNakula dan Sadewa. Patung-patung ini memiliki ketinggian mencapai lima meter dengan lebar 2.5 meter.

Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali

Ads

Pantai Pandawa dibatasi oleh tebing kapur yang tinggi sehingga pemandangan dari atas tebing mahupun dari bawah tebing akan dilihat sangat mempersona.

Lokasi Pantai Pandawa Bali

Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali

Jarak perjalanan Pantai Pandawa jika dari lapangan terbang Ngurah Rai ialah 18 km, lebih kurang satu jam bergantung pada kesesakan lalu lintas dalam perjalanan. Sebaik keluar dari jalan utama masih sejauh lebih kurang 1.5 km sebelum sampai di tepian pantai. Sebaik sampai di pantainya, anda akan menemui ketenangan pantai Bali yang masih terjaga dan berdiri semula jadi.

Ads

Satu hal yang menarik mengenai lokasi Pantai Pandawa ini di mana pantainya terletak di sebalik tebing. Inilah salah satu alasan mengapa pantai ini dikenali dengan sebagai pantai tersembunyi. Ramai yang menilai Pantai Pandawa di Bali ini sebagai sebuah syurga yang tersembunyi.

Melancong Ke Pantai Pandawa

Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali

Banyak hal yang boleh anda lakukan ketika melancong ke Pantai pandawa ini:

Ads
  • Pertama tentu saja pengalaman menarik ketika menyusuri tebing sepanjang jalan menuju pantai.
  • Kemudian berhenti dan berfoto dengan patung pandawa lima.
  • Apabila tiba di pantai, anda boleh bersantai dan menikmati lembutnya pasir putih,langit biru dan angin yang sejuk.
  • Bersantai di pinggir pantai banyak juga dilakukan oleh pelancong yang datang ke sini, ramai dari mereka menghabiskan waktu di tepi pantai dengan berbaring di papan – papan yang disediakan di kawasan Pantai Pandawa.

Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali

  • Anda juga boleh dapat mencuba aktiviti paragliding yang memberi cabaran dan keseronokan sebaik melancong di pantai ini.
  • Setelah sejenak bersantai anda boleh menikmati pelbagai aktiviti air di pantai ini. Mereka yang minat meluncur, boleh cuba mengarungi ombak yang ada di sini.

Rakamkan setiap momen dengan berlatarkan pantai yang indah ini. Tentunya keunikan dan keindahan semula jadi pantai ini menjadi tarikan buat pelancong yang berkunjung ke Bali.

Pantai Pandawa ‘Hidden Beach’ Di Selatan Kepulauan Bali

Oleh: Putri Adilla

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI