Bila nak keluar bercuti ni, semestinya kita mengharapkan satu percutian yang menenangkan dan tak ada sebarang masalah. Everything is going smooth as planned.
Tapi tahu tak yang anda sebenarnya sedang bawa time bomb ? dalam percutian tu? Bila-bila masa bom tu boleh ‘meletup’ dan menjejaskan percutian.
@#$%^&.. Punah harapan nak snap gambar Instagram!
Time bomb ? yang saya maksudkan adalah kereta yang tidak diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalan untuk bercuti. Kenderaan yang tak diselenggara dengan baik akan membantutkan perjalanan sekiranya berlaku kerosakan di atas jalan raya. Kereta rosak, mood pun spoil.
So tanpa melengahkan masa, mari kita kongsikan panduan mudah bagaimana anda perlu check kereta sebelum memulakan perjalanan bercuti.
Bunga tayar yang tidak elok akan membahayakan pemanduan sewaktu perjalanan, lebih-lebih lagi ketika jalanraya yang basah selepas hujan. Silap gaya, kereta boleh berpusing di tengah jalan. Angin tayar juga sangat penting. Tayar yang lebih atau kurang angin akan menyebabkan pemanduan tidak stabil dan tidak lancar seperti biasa.
Benda ni jarang orang ingat nak check sebab dah ada label dekat atas cermin depan tu kan? Sampai limit je terus pergi servis, tak gitu? Jangan macam tu kawan-kawan. Check juga minyak enjin sebelum memulakan perjalanan jauh sebab kita tak tahu sama ada enjin kita ada leaking atau tidak. Mana la tahu tiba-tiba ada leaking, masakk..
Minyak brek ni kebiasaannya tempoh penukaran dia tak sekerap minyak hitam tapi masih kena check juga ya. Minyak brek yang kurang akan memberikan cengkaman yang tidak sempurna pada cakera brek dan membahayakan pemanduan sekiranya anda perlu membrek secara mengejut.
Check minyak power steering kalau-kalau ada kebocoran dan sebagainya. Minyak power steering yang kurang boleh mengakibatkan pemanduan tak selancar yang sepatutnya. Steering jadi berat.
Periksa air coolent kereta anda berada di takat yang mencukupi. Jangan biarkan air coolent berada di paras rendah kerana ia akan menyebabkan radiator kereta anda kekurangan air dan gagal menyejukkan enjin. Enjin overheat, siap sedia la dua tiga ribu nak overhaul enjin kereta ya.
Bab penjagaan air bateri ni selalu menjadi masalah kerana selalu terlupa nak check air bateri tu ada ke tak ada. Kalau sesiapa yang rasa macam malas nak check selalu boleh pakai bateri sel kering tapi tak sebegitu tahan lama dan mahal berbanding sel basah. Sel basah murah dan tahan lebih lama tetapi kena selalu check air bateri, takut-takut kering. Sebelum memulakan perjalanan jauh tu check dahulu bateri. Tak adalah nanti kereta tak boleh nak start. Kan dah mengganggu mood percutian, betul tak?
Periksa takat air wiper kereta anda. Air wiper ni tak ada lah mengganggu mana-mana komponen kereta yang penting sekiranya habis, tapi bila burung dah berak atas cermin kereta, satu kerja jugak nak bersihkan kalau air wiper tak ada, betul tak?
Okay bahagian ni pun penting. Periksa kesemua lampu kereta anda seperti lampu depan, fog light, lampu signal kiri kanan, double signal, lampu brek lebih-lebih lagi lampu brek ketiga. Yang ini banyak kereta yang mati. Lampu kereta yang menyala bukan sahaja melancarkan pemanduan anda tetapi menyenangkan orang lain untuk kekal alert dengan kenderaan anda. Safety first ya!
Tayar spare ni kesian dia, duduk terperuk dekat belakang bonet tu tak ada siapa kisah. Tapi bila tayar bocor ke apa, mula menggagau cari dia dekat belakang. Haha. So, periksa juga tayar spare ya kawan-kawan. Check tekanan angin dan bunga dia sekali. Bak kata orang tua, sediakan payung sebelum hujan.
Last but not least, periksa peralatan untuk menukar tayar kereta anda. Mesti ada jack, besi pemutar jack tu, triangle hazard dan, pembuka lug nut tayar. Jack tu kalau rajin di minyak kan sikit supaya lancar bila kita nak gunakan sewaktu menukar tayar. Pastikan semua peralatan tersebut berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan anda.
Itu sahaja 10 panduan mudah penjagaan kereta untuk anda sebelum memulakan perjalanan jauh untuk bercuti.
Tip bonus, sediakan juga first aid kit atau fire extingusher, just in case..
Okay? Pastikan kereta dalam keadaan baik dan selamat bercuti!