WHO Cadang ‘Mass Gathering’ Kena Kawasan Terbuka. Trend Kahwin Tepi Pantai La Lepas Ni!

Share

Ada berita baik buat anda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan, majlis keramaian, acara perayaan atau menghadiri konsert.

Setelah hampir empat bulan semua perhimpunan ramai (mass gathering) termasuk majlis perkahwinan tidak dibenarkan ekoran penularan COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) baru-baru ini mengeluarkan satu garis panduan untuk digunakan orang ramai yang masih mahu mengadakan perhimpunan JIKA

dizinkan pihak penguat kuasa setiap negara masing-masing.

Antara garis panduan itu mengesyorkan majis keramaian tidak diadakan di kawasan tertutup sebaliknya dilakukan di kawasan terbuka dan mengehadkan tetamu yang benar-benar diyakini sihat sahaja. Garis panduan itu menjelaskan, meskipun penganjuran aktiviti keramaian akan mengundang bahaya jangkitan itu, namun jika dilihat pada sudut lain majlis secara besar-besaran akan memberi faedah dengan menyediakan peluang pekerjaan dan juga meningkatkan kesihatan mental seseorang.

Ekoran itu, WHO meminta pasukan kesihatan dan pihak penganjur untuk meneliti risiko dengan mengambil pendekatan normal baharu sebelum sesuatu majlis itu diadakan termasuk menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil dalam semua keadaan seperti berikut:

  • Kedatangan tetamu yang tidak diundang secara mengejut.
  • Meningkatkan kekerapan pengangkutan.
  • Tempat duduk.
  • Kapasiti tempat yang boleh disesuaian dengan saiz tetamu.
  • Melihat sama ada majlis itu boleh diadakan secara maya atau di kawasan terbuka.
  • Melantik beberapa ‘penyelia’ untuk memantau pergerakan tetamu bagi memastikan pematuhan SOP termasuk penjarakan sosial, etika semasa batuk dan mengamalkan kebersihan dengan kerap mencuci tangan.
  • Individu berisiko tinggi seperti mereka yang berusia lebih 65 tahun atau mempunyai masalah kesihatan supaya tidak menghadiri majlis tersebut atau penganjur perlu membuat pengaturan khas kepada mereka.
  • Penganjur dicadangkan supaya sentiasa bersiap sedia dengan menyediakan tempat pengasingan khas kepada tetamu yang kurang sihat.

Foto: pexels.com | Sumber: astroawani

Oleh
Husna