Panduan Lengkap Untuk Korang Nak Bercuti Sendiri Ke Kundasang Drive Dari KK

Share

Bagi penduduk tempatan Sabah, Kundasang masih menjadi lokasi pilihan untuk bercuti saban minggu. Bahkan ramai penduduk dari semenanjung juga sangat teruja untuk habiskan masa berlibur di destinasi ini.

Kata orang, kalau sesiapa ke Sabah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Kundasang. Ini kerana, kawasan yang berada di kaki pergunungan ter­tinggi di Asia Tenggara  iaitu Gunung Kinabalu itu cukup terkenal dengan pelbagai daya tarikan pelancongan yang unik dan tersendiri. Menjanjikan iklim sejuk, segar dan nyaman dengan pemandangan indah antara keunikan dan keistimewaan yang terdapat di pekan Kundasang.

Untuk yang bercadang ke Kundasang, ini ada perkongsian daripada penduduk tempatan. Tip ini anda boleh kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan yang plan bercuti ke Kundasang, Sabah terutamanya buat yang pertama kali nak jejak ke ‘New Zealand Malaysia’ ini.

Ambil flight awal ✈

Sesiapa yg bercadang terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (KK) sama ada pagi/ tengahari/ awal petang). Di KK ada banyak perkhidmatan kereta untuk disewa disediakan. Kalau anda tidak pandai memandu, boleh upah travel agen untuk sediakan pengangkutan atau ambil sahaj teksi. Kalau flight sampai KK lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang. Sebab apa? baca tip di bawah.

Perjalanan ambil masa 2 jam jika dari Kota Kinabalu

Jika tidak biasa perjalanan KK ke Kundasang mungkin ambil masa lebih dari 2 jam. Mula-mula akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit-bukit hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30ptg-6ptg. Tidak digalakkan memandu buat mereka yangg tidak biasa melaluinya sebab bahaya.

Isi minyak di KK 

Kalau ada yang nak isi minyak ke cucuk ATM ke solat ke buang air ke makan-makan ke beli snacks ke, sila buat siap2 di area KK. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ada SHELL betul2 sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing-pusing nanti cari minyak di Kundasang. Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.

Tarikan ketika perjalanan

Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul2 di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terpulang nak pergi tempat-tempat tarikan ini masa perjalanan pergi mahupun waktu pulang nanti ke KK.

Untuk Muslim

Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah-susah singgah ya. Gerai-gerai itu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok! Lebih baik, jika sebelum memulakan perjalanan anda telah singgah di mana-mana kedai sekitar KK untuk membeli makanan ringan dan sebagainya.

Tempat tarikan Kundasang

Tempat-trmpat tarikan ni jaraknya jauh2 sikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah-murah sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai-gerai jual sayur, buah murah-murah di tepi jalan tu.

Kedai makan

Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yg suka fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas-panas memang sedap dgn cuaca sejuk-sejuk ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang atau dikenali sebagai sayap ayam.

View gunung cantik 

Jauh-jauh datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan. Gunung Kinabalu ini jelas kelihatan mulai jam 6 pagi hingga 10 pagi. Lebih kurang jam 11 pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi-lagi waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil badan. Bawa pakaian yang sesuai dengan cuaca di sini ya.

Desa Dairy Farm 

Tengok orang lain upload gambar di Desa Dairy Farm (DDF) cantik-cantik dengan background Gunung Kinabalu, dengan ladang menghijau, dengan lembu-lembu comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipnya pergi sana sebelum jam 10 pagi ya. Bila DDF buka jam 8 pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas-puas. Jangan lupa minum susu fresh yg amat sedap. Aiskrim pun sedap!

Tempat tarikan Ranau

Apa yg ada di Ranau?? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti.

Poring Hot Springs

Kundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap-siap di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul-betul sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan pula!

Harap dapat membantu ya. Perkongsian tips ni hanya untuk memudahkan percutian/perjalanan mereka yg datang bercuti sendiri. Tiada pakej percutian yg disediakan, dan bukan travel agent/tour guide service atau seumpamanya.

Sumber: FB Al Jannah Homestay KK

Oleh
Husna