SAMBUNGAN BAHAGIAN PERTAMA, BACA: Panduan Lengkap Untuk Anda Rancang Itinerari Percutian Sendiri – Bab 1
Kolum pertama – PENGANGKUTAN
✅ Bahagian ini PALING PENTING dan wajib buat penyelidikan yg menyeluruh untuk topik pengangkutan sahaja.
✅ Kos pengangkutan adalah kos paling BESAR dalam sesuatu pengembaraan, lebih kurang 60-70% jumlah perbelanjaan dalam sesuatu pengembaraan. Masalah travel paling besar pun berpunca daripada sini juga. Maka gagal merancang, sukarlah perjalanan!
✅ Jika melibatkan penerbangan, wajib tahu airlines, waktu penerbangan dan pendaratan. Rancang perjalanan dengan mengambil kira potential delay, jarak airport dengan destinasi yg dituju, immigration, security, baggage claim, dan lain-lain.
✅ pergerakan dari poin A ke poin B adalah penting untuk dirancang lagi-lagi jika guna pengangkutan awam seperti bas, keretapi atau feri. Paling penting perlu tahu MASA yg available, dan kemudian baru HARGA. Jika tiada pengangkutan awam setelah mencari sana sini, buat backup plan atau re-route semula perjalanan. Baru lancar perjalanan nanti.
✅ Lebih fleksible jika dapat guna kereta sewa persendirian. TEMPOH MASA perjalanan boleh dirancang sendiri melalui google maps atau Waze, cuma HARGA SEWA, PETROL dan TOLL perlu diambil kira.
✅ Perlu ingat bahawa di negara maju, jadual pengangkutan awam mereka lebih tepat, namun kurang fleksible (kurang menyediakan pengangkutan) lagi-lagi jika waktu cuti umum. Namun, di negara kurang maju, pengangkutan awam tidak semestinya on time, namun ia lebih fleksible sewaktu cuti atau hujung minggu.
✅ Kadangkala flight cancellation disebabkan cuaca atau strike bantahan oleh pekerja pengangkutan awam (seperti yg selalu jadi di Eropah) bukan salah kita, namun perlu alert jika ada berita sedemikian dan perlu ada fleksibiliti dan buat plan B.
✅ Tulis harga setiap pengangkutan dan transfer supaya anda dapat merancang KEWANGAN, seperti berapa banyak wang tunai nak bawa atau rancang penggunaan kad kredit/debit.
✅ PENTINGKAN HARI TERAKHIR. Maksud saya apabila anda nak balik Malaysia, pastikan perjalanan anda smooth. Contohnya pergi balik melalui London, tapi hari terakhir anda berada di Macedonia. Maka perlulah rancang jalan pulang mengikut masa walau se-sukar atau semahal mana sekalipun.
Kolum kedua – PENGINAPAN
✅ Perkara ini dibuat selepas selesai kolum pengangkutan. Perlu diingat bahawa penempatan pun perlu dirancang awal supaya ada tempat berehat apabila tiba waktu malam, tidak kalut.
✅ Faktor paling penting yg perlu diambil kira untuk penempatan ialah LOKASI. Jika lokasi hotel tengah bandar, mungkin tiada masalah untuk transfer menggunakan pengangkutan awam atau jalan kaki. Namun jika jauh dari pekan, hal pengangkutan perlu review semula.
✅ Antara faktor lain yg saya rasa penting juga ialah harga, reception 24 hours (lagi-lagi kalau ketibaan selepas tengah malam), transfer ke dan dari airport, wifi percuma, tahap keselamatan, dan dapur untuk masak sendiri.
✅ Faktor tambahan yg bagus untuk ada ialah sarapan percuma, dobi, kemesraan, spa, toiletries, bayaran guna kad kredit/debit dan lain2. Anda boleh tengok review markah mereka dalam aplikasi-aplikasi seperti hostelworld, booking.com, agoda dan sewaktu dengannya.
✅ Jika melibatkan penempatan percuma seperti COUCHSURFING, perkara yg paling perlu diambil kira ialah KESELAMATAN. Sebab itu penting berkawan sebulan dua dengan rakan Couchsurfing anda supaya anda boleh tahu bagaimana personaliti dan impression anda terhadapnya. Tanya ke mana dia pernah travel dan tanya pengalaman Couchsurfing-nya serata dunia. Kongsi pengalaman dapat, berkawan dapat, rasa selamat pun dapat!
✅ Bayar deposit dahulu, dan pastikan bawa wang tunai secukupnya untuk membayar yg selebihnya. Dengan ini anda boleh rancang KEWANGAN semasa travel juga.
Kolum ketiga – AKTIVITI
✅ Bahagian ini paling fleksible, boleh rancang ikut minat sendiri. Ada orang minat muzium, ada minat gunung. Jadi rancanglah ikut keperluan sendiri.
✅ Biarkan kosong pun tidak apa, nak bagi ruang untuk rehat jetlag, ruang untuk adventure & spontaneity, jalan-jalan bersama orang tempatan, bermalasan rehat-rehat, shopping.
✅ Kalau boleh letaklah dua aktiviti, satu pagi satu petang, supaya tak nampak blur sangat apa nak dibuat di situ. Boleh rujuk wikitravel, tripadvisor, travel blog, travel pages sebagai rujukan.
✅ Jika aktiviti itu berbayar, tuliskan harga sekali supaya masuk dalam perancangan kewangan.
✅ Jika anda menggunakan smartphone, saya cadang download dahulu peta bandar/pekan/kampung anda di mana ada wifi dan cari navigasi ke arah destinasi aktiviti anda, supaya anda tahu perjalanan pergi dan pulang. Bagi saya ini memudahkan perjalanan lagi-lagi bagi yang senang sesat macam saya, dan jimat daripada menggunakan peta kertas.
✅ Kalau di negara bukan Islam, cari terus tempat makanan halal dan senaraikan di situ. Kalau tiada, beli telur atau tuna di kedai runcit saja, masak di dapur hotel/hostel kalau ada.
Takdelah susah sangat buat itenerari ini. Buatlah dua tiga empat draf sampai puas hati. Perlu diingat itenerari ini hanyalah panduan sahaja. Fleksibiliti perlu tetap ada. Tidak apa jika nak ubah itenerari semasa perjalanan nanti. Kadangkala keadaan berubah, maka cara berfikir pun perlu tetap berubah.
Sebagai pengembara yang PALING penting ialah niat & semangat pengembaraan itu sendiri. Jika ada semangat tersebut maka tiada masalah untuk anda mencari jalan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kan?