FUJIFILM (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan pameran foto yang dinantikan; Pameran Foto 2017 Shoot.Print .Share di Sunway Pyramid.

PAMERAN FOTO FUJIFILM SHOOT.PRINT.SHARE 2017
Mr Nakamura memberi penerangan tentang pameran Shoot.Print.Share

 

“My Malaysia Memory” telah dilancarkan Ogos lalu dan mendapat sambutan luar jangkaan. Hari ini, sejumlah 5000 keping foto hasil rakyat Malaysia dipamerkan tanpa mengambil kira status amatur mahupun profesional. Dengan tema “My Malaysia Memory”, pameran ini bertujuan mengembalikan kegemilangan foto bercetak apabila mengabadikan memori.

PAMERAN FOTO FUJIFILM SHOOT.PRINT.SHARE 2017
Mr Nakamura santai menjawab soalan media

Pameran foto besar-besaran ini bermula 13 November hingga 19 November 2017 di enam lokasi dalam pusat beli belah Sunway Pyramid iaitu; Sunway Orange Atrium, Sunway Orange Avenue, Sunway Central Avenue, Aras Bawah Tanah 2, Pintu Utama Sunway, kawasan pancuran air dan kawasan pagar gelanggang ais, di aras tanah.

Tujuan pameran ini untuk meraikan dan memelihara budaya fotografi sambil memecahkan dinding komunikasi dan menyatukan orang ramai. Kami berharap dapat mewujudkan ruang di mana jurufoto dan orang awam boleh bertemu dan mengadakan dialog mengenai fotografi sambil menyinari cahaya keindahan Malaysia yang berwarna-warni.

Pameran ini mengambil inspirasi pameran foto terbesar Jepun; Photo Is 50 000 yang diadakan secara tahunan bermula 2006 hingga ke hari ini oleh FUJIFILM Corporation. Di Jepun, Photo Is 50 000 telah diadakan selama 12 tahun berturut-turut malah merupakan pameran yang dinantikan kerana mempamerkan hasil foto rakyat Jepun sendiri dari pelbagai genre tanpa mengira status amatur atau pro.

Ads

Pada 2006, sebanyak 10 000 penyertaan diterima. 2013 menyaksikan 30 000 penyertaan, 40 000 pada 2016 dan dipamerkan ke 32 lokasi seluruh Jepun dan tahun ini mencapai 50 000 foto.

100 foto terbaik juga dipilih dan setiap pemenang menerima seunit instax Mini 70 dengan filem sebagai tanda penghargaan. Foto dipilih berdasarkan kreativiti dan kualiti gambar dengan mesej yang jelas.

PAMERAN FOTO FUJIFILM SHOOT.PRINT.SHARE 2017
Ini sebahagian dari 5000 foto yang dipamerkan. Gambar memang hebat

 

Ads

“Kami mahu orang ramai bukan sekadar mengambil gambar, malah menghayati kehebatan foto bercetak bagi mengabadikan memori bersama”, ujar Pengarah Urusan FUJIFILM Malaysia, Yoshitaka Nakamura.

 “Secara keseluruhannya foto yang dipamerkan memaparkan keindahan Malaysia melalui kenangan landskap menakjubkan, kepelbagaian budaya, warisan, tradisi, makanan dan agama. Setiap foto melontarkan satu mesej yang kuat mengenai tanggapan setiap individu tentang malaysia melalui kanta mereka. Ini antara sebab utama kami membawa pameran ini ke Malaysia. Kami merasakan ia penting bagi mengigatkan orang ramai tentang cinta terhadap negara mereka dengan menghidupkan pengalaman dan detik indah melalui foto bercetak yang menakjubkan”, ujar Nakamura.

“Ini kali pertama dilakukan di Malaysia dan di luar Jepun. Kami menyasarkan 3000 penyertaan namun sejumlah 5000 keping foto telah dicetak pamer di sini. Purata penyertaan di Malaysia lebih tinggi berbanding Jepun apabila diambil kira jumlah keseluruhan penduduk setiap negara. Kami mahu jadikan ini pameran tahunan. Malah pihak Sunway Pyramid juga menyokong pameran ini.”

“Kami juga akan mempertimbangkan idea kolabrasi antara Jepun-Malaysia dengan pertukaran foto dari kedua-dua negara. Ini akan memberi gambaran jelas tentang budaya, alam, adat, tradisi, makanan dan ini baik untuk pelancongan dua hala.” 

Ads

“FUJIFILM terus komited dengan industri kamera digital dan foto cetak mudah alih. Memori lebih bermakna apabila ia dicetak dan ditampal di bilik atau di dinding peti ais anda,” jelas Nakamura lagi.

Bersempena pameran ini, FUJIFILM Malaysia juga melancarkan pencetak kompak telefon pintar terbarunya iaitu instax SHARE SP-3. Ia mudah diguna dan mencetak gambar memori dengan serta-merta. Bagi anda yang mahu kesana, terdapat juga booth servis kamera Fujifilm anda serta diskaun hebat sehingga RM200 bagi model tertentu.

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI