Sejak berlakunya penularan wabnak COVID-19, industri pelancongan merupakan yang paking teruk terjejas. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyaksikan keterbatasan pergerakan rakyat Malaysia, industri ini terjejas teruk.
Ramai yang terpaksa gulung tikar dan tidak kurang juga bergelut untuk terus gagah mengekalkan perniagaan mereka. Melihatkan perkara ini yang masih tiada penghujungnya, kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM 551.56 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 dalam usaha membantu rakyat di Negeri Selangor yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Penjelasan tentang peruntukan ini dinyatakan kepada pihak media oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor, YB Tuan Hee Loy Sian. Jelasnya, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, telah membuat pengumuman Pakej Kita Selangor 2.0 yang bertemakan ‘Bersama Menuju Kejayaan’ pada 9 Jun 2021 yangmemperuntukkan sebanyak RM 2.55 juta bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan di Negeri Selangor mengikut pecahan inisiatif seperti berikut:-
Ads
Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor
Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0
Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor
Bantuan Kewangan “One-Off” kepada 16 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor
Pakej Ransangan dan bantuan kewangan bagi menangani kesan pandemik Covid-19 kepada industri pelancongan Negeri Selangor ini dilaksanakan bagi membantu mengalakkan penggiat industri untuk meneruskan aktiviti pelancongan di Negeri Selangor. Di samping itu, ianya diharap mampu mengembalikan semula hasil pendapatan pemain industri pelancongan secara amnya dan meningkatkan ekonomi Negeri Selangor secara khususnya. Selain itu, pelaksanaan bantuan ini mampu mempergiat pelaksanaan program promosi dan pemasaran industri pelancongan Negeri Selangor dalam menjadikan Negeri ini sebagai destinasi pilihan utama pelancong dalam tempoh pasca Covid-19.
Perincian bantuan kewangan, Pakej Kita Selangor 2.0 untuk penggiat industri dalam sektor pelancongan adalah seperti berikut:-
Ads
Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor
Geran bantuan kewangan berjumlah RM1,000,000.00 (RM1 juta) ini akan diberikan bagi memulih dan menggalakkan semula sektor pelancongan di Negeri Selangor dengan memberikan insentif kewangan secara pengembalian kewangan (reimbursable financial assistance) kepada penggiat industri pelancongan Negeri Selangor yang melaksanakan aktiviti promosi bagi menarik dan merancakkan semula industri pelancongan di Negeri ini. Amaun yang boleh dituntut adalah berdasarkan satu (1) penyertaan / pelaksanaan, iaitu 50% daripada jumlah perbelanjaan sebenar ATAU mengikut kelayakan maksimum RM 20,000.00; yang mana yang lebih rendah.
Baucar pelancongan Negeri Selangor 2.0
Program pemberian baucar pelancongan 2.0 ini meliputi pemberian sebanyak 20,000 unit baucar (RM50 untuk setiap 1 unit baucar) yang memperuntukkan sebanyak RM1,000,000.00 (RM1 juta). Pengagihan baucar pelancongan Selangor 2.0 ini akan dilaksanakan menggunakan kaedah e-wallet dan e-baucar bagi tujuan memastikan semua pihak berpeluang menikmati subsidi yang diberikan.
Ads
Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan bekerjasama dengan pihakSelangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) dalam menganjurkan program latihan pendigitalan dan perniagaan atas talian. Latihan Pendigitalan Pembelajaran Pelancongan Negeri Selangor ini merupakan usaha Tourism Selangor untuk membantu meningkatkan kesedaran, pengetahuan, produktiviti dan pemasaran produk pelancongan secara atas talian dalam kalangan penggiat industri pelancongan. Jumlah keseluruhan bagi Program Latihan kepada penggiat industri ini berjumlah hampir RM 300,000.00.
Bantuan Kewangan “One-Off” kepada 16 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor
Fungsi dan tanggungjawab Persatuan-persatuan ini bagi menyokong dan membantu ahli-ahli dibawah naungannya untuk mengharungi tempoh pandemik Covid-19 ini adalah sukar dan mencabar tanpa bantuan dan sokongan tambahan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor. Justeru, bantuan kewangan secara “one-off” dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 240,000.00 akan diberikan kepada 16 Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor sebanyak RM15,000.00 setiap Persatuan bagi melaksanakan aktiviti atau program pelancongan dan merancakkan industri pelancongan di Negeri Selangor.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pengembaraan outdoor sememangnya memberikan kepuasan yang tersendiri. Berada jauh dari peradaban dunia yang sibuk dengan pelbagai hiruk-pikuk bising mampu memberikan ketenangan.
Jadi kali ini, LIBUR ingin kongsikan kepada anda senarai basic yang perlu ada dalam first aid kit untuk anda yang gemar keluar travel dan lakukan aktiviti outdoor terutamanya ke lokasi terpencil.
Berikut merupakan beberapa senarai ubat-ubatan basic sahaja.
Penafian: Ubat-ubatan yang ditulis di sini hanyalah cadangan sahaja. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit-penyakit lain yang boleh mendatangkan kesan sampingan.
Ubat Analgesic seperti paracetamol (ubat tahan sakit).
Ubat Antihistamine untuk alahan akibat gigitan, sengatan atau alahan.
Ubat selsema dan demam
Ubat batuk
Ubat mabuk alam perjalanan seperti Antihistamine atau Scopolamine
Ubat sakit tekak
Larutan Antiseptic untuk mencuci luka atau gigitan
Antiseptic ointment untuk diletakkan pada luka
Plaster untuk menutup luka atau kesan lepuh
Micropore tape
Alat untuk mencuci dan membersihkan luka seperti crepe bandage, gauze swabs dan OpSite atau STERIS trips yang boleh menggantikan jahitan luka untuk sementara
Pin keselamatan, gunting dan penyepit
Penghalau serangga yang mengandungi DEET (diethyl toluamide)
Larutan melegakan sengatan seperti Stingose (aluminum sulfate)
Ubat cirit-birit seperti Imodium (loperamide)
Ubat julab untuk sembelit
Antacid untuk penghadaman
Krim antifungal atau antibakteria
Krim antigatal seperti low potency hydrocortisone
Ubat cecair pedih hulu hati seperti Gaviscone
Serbuk atau minuman penambah tenaga seperti Gastrolye atau HYDRAlyte.
Penitis mata
Ear plugs
Krim sunscreen (sekurang-kurangnya SPF30+)
Alat pembaca suhu atau thermometer (thermometer yang diletakkan di dahi adalah yang paling bagus untuk travel.
Kad insurans perlindungan kesihatan
Itu adalah senarai ubat-ubatan yang boleh membantu merawat penyakit-penyakit biasa, tapi sekiranya menghidap penyakit yang memerlukan anda membawa ubat-ubatan yang khusus seperti darah tinggi, lemah jantung, kencing manis dan sebagainya, maka WAJIB untuk anda bawa ubat-ubatan tersebut bersama.
Bawa bersama senarai rujukan untuk anda tahu apa kandungan yang perlu ada dalam first aid kit anda. Selitkan ianya bersama dalam first aid kit dan jika anda perlu untuk topup isi kandungan first aid tersebut, sekurang-kurangnya anda boleh rujuk kepada ahli farmasi di lokasi percutian anda.
Sumber: myDR & MyHEALTH
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hujung tahun merupakan bulan paling ditunggu-tunggu oleh ramai daripada kita kerana bulan ini adalah cuti panjang persekolahan dan waktu terbaik untuk mereka yang bekerja menghabiskan cuti tahunan.
Namun begitu, pada hujung tahunlah selalunya setengah-setengah negeri di Malaysia mengalami musim hujan atau tengkujuh. Nak ke mana pun tidak boleh jika cuaca hujan berterusan dan paling buruk jika kawasan percutiaan kerap berlaku banjir berlaku. Nak bercuti pun rasa tidak seronok, terpaksa batalkan percutian duduk diam-diam dalam rumah sahaja. Anak-anak tarik muka, kawan-kawan terasa hati dan boleh jadi isteri pun merajuk.
Jangan begitu, waktu bercuti anda tidak patut dilupakan walau apa pun cuaca yang melanda kecuali jika betul-betul darurat. Seperti percutian di waktu lain, anda juga perlu bersedia dengan segala yang diperlukan. Jika membuat persediaan lebih awal, pasti anda dapat mengelakkan segala perkara yang tidak seronok berlaku.
.
Sentiasa peka dengan keadaan semasa. Rajin-rajin menyemak berita atau aplikasi kecemasan untuk mengetahui cuaca terkini.
Sediakan pakaian yang sesuai seperti topi, tuala, baju hujan, payung, selipar yang tidak licin dan jaket tebal. Baju hujan pastikan beli yang jenis pakai buang. Dengan keadaan cuaca yang agak basah, kesemua keperluan ini sangat diperlukan dan wajib dibawa.
Pengangkutan juga merupakan antara faktor utama dalam merancang percutian. Periksa kenderaan anda agar berada dalam keadaan baik terutamanya keadaan bunga tayar, penghawa dingin yang berfungsi, lampu dan break.
Bagi yang memilih bercuti bersama agensi pelancongan, pilihlah pakej yang bersesuaian dengan keadaan dan kesesuaian keluarga anda. Bincang dan minta nasihat dari agensi pelancongan anda tentang lokasi-lokasi yang hendak dilawati sepanjang percutian.
Pastikan anda membawa ubat–ubatan untuk semua ahli keluarga. Kita tahu, musim hujan dengan cuaca yang tidak menentu, keadaan kesihatan juga cepat terganggu. Paling tidak bawalah ubah sakit kepala, vitamin C dan minyak panas.
Cuba elakkan dari pergi ke kawasan yang berisiko tinggi. Contohnya melakukan aktiviti snorkeling di pulau-pulau, mandi pantai, mandi sungai, air terjun dan sebagainya.
Bawa kelengkapan kalis air seperti beg pakaian kalis air, tempat letak telefon kalis air atau kamera tahan lasak/ underwater. Anda juga disarankan membawa beberapa keping beg plastik untuk meletakkan barang yang basah seperti kasut atau baju kotor.
Biasakan si kecil dengan keadaan atau cuaca hujan dan basah. Pembabitan anak-anak dengan cuaca hujan atau basah juga akan membuatkan mereka lebih bersedia dan mereka akan lebih peka dan kreatif terhadap percutian di musim hujan.
Beritahu saudara mara atau kenalan terdekat mengenai percutian anda. Ini penting jika berlaku kecemasan, ada orang yang mengetahui kedudukan terkini anda.
.
Selamat Bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Puncak gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu terletak di Taman Kinabalu, Kundasang kira-kira 90 kilometer dari Kota Kinabalu yang juga kawasan Tapak Warisan Dunia.
Setelah beberapa bulan aktiviti pendakian ke Gunung Kinabalu ditutup sementara kepada orang ramai berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, Taman Taman Sabah (TTS) telah membuka semula laluan pendakian pada 16 Mei 2020 tetapi setiap pendaki perlu mematuhi normal baru dan SOP yang ditetapkan.
Berdasarkan normal baharu itu hanya 100 pendaki dibenarkan dalam sehari (berbanding kira-kira 165 orang sebelum PKP) untuk mendaki dan setiap pendaki akan diperiksa suhu badan selain mencatat nama pada buku daftar di pintu masuk utama Taman Kinabalu sebelum dibenarkan berada di kawasan taman untuk urusan pendakian.
Setiap pendaki termasuk malim gunung dan porter tidak terkecuali daripada SOP yang ditetapkan itu bagi memastikan keselamatan setiap pendaki terjamin. Pertamanya, suhu badan pendaki perlu melepasi tahap yang ditetapkan, barulah dibenarkan untuk mendaftar masuk bagi urusan pendakian seperti bayaran insurans, malim gunung, penginapan dan porter.
Waktu pendaftaran pula bermula seawal 7.00 pagi-10.30 pagi sahaja sebelum bergerak ke Timpohon bagi memulakan pendakian ke Panalaban sejauh enam kilometer.
Tepat pukul 9.40 pagi, selepas menandatangani buku daftar masuk di pintu Timpohon, 88 pendaki termasuk media dibenar untuk meneruskan pendakian ke Panalaban yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.
Teringin nak mendaki Gunung Kinabalu ketika pandemik? Tidak jadi masalah selagi dibenarkan kerajaan. Ikuti pengalaman dikongsikan oleh Darryl Delek Binijin yang berpeluang menawan Gunung Kinabalu ketika PKPP pada 31 Julai 2020 shingga 1 Ogos 2020.
Untuk sampai ke puncak gunung bukan senang. Pastikan mental dan kecergasan fizikal kamu bersedia secukup-cukupnya tau. Sebab macam-macam cabaran & dugaan yang kita hadapi sepanjang perjalanan ke puncak. Air mineral mesti cukup. Saya bawa 1 botol besar 1.5L and botol mineral kecil. Takut berat beg. tapi jangan risau setiap pondok ada tempat ambil air, tandas, dan juga tong sampah. Jangan buang sampah di sepanjang perjalanan ya. Sebab tiada cleaner sana. Hormat gunung!
Guider cakap cuaca di atas gunung berubah-ubah. Kadang-kadang hujan, kuat angin, kabus tebal, batu/kayu/tanah licin & mcm2 lagi. Kalau cuaca bagus kamu la paling beruntung dapat tengok sunrise. Apa-apa pun jangan lupa berdoa ikut kepercayaan agama masing-masing sebelum mendaki.
Barang/alat yang saya bawa mendaki :
1. Beg kecil x1 (boleh muat barang-barang penting)
2. Head light x1
3. Jacket tebal x1 (waterproof & windbreaker is better)
4. Extra baju sejuk x1
5. Raincoat x1
6. Ubat-ubatan penting (ubat AMS, ubat muscle-yokoyoko & banyak lagi boleh tanya mr. google)
7. Snowcap (untuk cover kesejukan kepala)
8. Hand gloves x2 (mana tau basah sebab tali di puncak basah)
8. Stokin x2 (mana tau basah juga semasa naik)
9. Tongkat (sewa je sama guide rm10 jimat)
10. Kasut x1 (getah & tahan. Takut tercabut atau licin. Pakai adidas kampung pun boleh yang macam saya guna tu. Sebab ramai juga orang guna termasuk guider yang saya nampak)
11. Tuala x perlu bawa. Ada disediakan dekat homestay di Panalaban. Tak perlu mandi juga sebab sejuk sangat air gunung atas tu. Hahaha
12. Body warmer x1 (Pakai time malam/subuh)
13. Hand warmer x1 (pakai time malam/subuh)
14. Coklat
Banyak lagi barang-barang yang perlu bawa sebenarnya tapi ini ja yang saya bawa untuk mendaki. Kalau mau tau boleh tanya mr. google juga. Okay last, tidak mau ckp byk. Biar gambar berbicara. Satu ja la nasihat. Tidak perlu berlumba-lumba sama org lain untuk mendaki. Slow & steady ja bagitau guide. Kalau penat rehat di tepi. Minum air. Update status. Tapi kejar masa juga la. Takut gelap. Pastikan sampai di Panalaban dalam sekitar sebelum 4.30pm.
Sebab tu masa dinner sudah sedia. Hehe. Jadi jalan awal jawapan dia. Haha. Pastu free time sampai jam 2 pagi. Jadi ambil masa untuk rehat time tu. Jam 1.30 pagi boleh breakfast pastu jam 2.30 pagi sambung mendaki ke puncak gunung. Gelap wei. Sejuk sangat wei. Ini yang paling mencabar. Pasti sampai di sayat2 sebelum jam 5.30 pagi. Selepas tu kena tutup last check point.
Ketika hampir di puncak Pastikan pegang tali ya kalau tidak yakin naik. Pegang ja kalau tali basah. 2 ja pilihan ko. Jatuh atau basah tangan. oyaaa, semasa mendaki ke puncak better jangan guna tongkat atau kasi kecil tongkat & simpan ikat ketat-ketat dalam beg. Takut jatuh tercucuk kawan belakang. Guna semasa turun ja. Sebab turun kita lebih guna kekuatan lutut. Turun dari puncak ke Panalaban dalam sekitar jam 9.30 pagi. Sebab masa tu ada breakfast lagi. 10.30 pagi mula turun ke Timpohon. Pastikan sampai dalam sekitar jam3.30 petang. Target ja. Sebab jam 5 petang office tutup untuk ambil makanan yang terakhir. Rugi tak dapat makanan free nanti. Heheh
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!