Satu per satu negeri di Malaysia telah mula ada kesedaran untuk bersama-sama dalam menangani isu alam sekitar. Kini giliran negeri Pahang pula mengeluarkan arahan melarang penggunaan beg plastik, bekas polistirena dan straw minuman di semua premis perniagaan seluruh negeri ini pada setiap Sabtu dan Ahad mulai 1 Julai ini.
Malah arahan tersebut bukan sekadar melarang sahaja tetapi terus mengharamkan penggunaan produk plastik pada setiap Sabtu dan Ahad. Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut sebagai merealisasikan hasrat menjadikan Pahang bebas pencemaran plastik dan ke arah mewujudkan peniaga serta pengguna yang lebih bertanggungjawab.
Ads
“Tiada beg plastik dan penyedut minuman akan disediakan peruncit tanpa mengira saiz perniagaan kepada pengguna bagi pembelian Sabtu dan Ahad. Pengguna boleh membawa beg dan penyedut minuman sendiri sebaik sahaja keluar rumah. Caj 20 sen terhadap beg plastik dikenakan kepada pengguna pada hari Sabtu sebelum ini tidak memberi kesan positif,” katanya.
Ads
Ads
Buat masa sekarang tiada tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga mahupun pengguna sekiranya ingkar terhadap ketetapan tersebut. Tujuan ini lebih kepada untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Tetapi jika tidak berkesan, tindakan kompaun mungkin akan dikenakan.
Bob si kucing jalanan pernah suatu ketika menjadi fenomena dan terkenal di seluruh dunia kerana menyelamatkan seorang gelandangan, disahkan telah menghembuskan nafas terakhir.
Kerana Bob, gelandangan tersebut iaitu tuannya sendiri hari ini berjaya mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Malah, kerana itu kucing ini telah menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan sebuah buku bertajuk ‘A Street Cat Named Bob’, diilhamkan oleh pemiliknya, James Anthony Bowen.
Setelah membukukan kisah perjalanan hidup bersama Bob pada 2012, naskah tersebut telah diadaptasi kepada filem bertajuk ‘A Street Cat Named Bob’ pada 2016 dibintangi oleh Luke Treadaway.
James Anthony Bowen juga merupakan seorang pemuzik jalanan telah menemui Bob di sebuah pangsapuri di Tottenham pada 2007. Meskipun pada awalnya dia tidak mengendahkan kehadiran Bob namun lama kelamaan, hubungan mereka menjadi akrab dan Bob menjadi peneman setia termasuk semasa membuat persembahan. Bob telah menyelamatkan nyawanya dan memberi sebuah persahabatan cukup bermakna. Sejak itu, kisah kucing jalanan itu mula menjadi buah mulut sehingga ‘Bob’ sangat terkenal.
Mengenang kisah manis yang lalu, Bob ditemui dalam keadaan cedera dan terbiar sebelum diambil oleh James Anthony Bowen dan dipeliharanya. Hubungan mereka bertambah erat lantaran itu Bob sering mengiringi Bowen yang juga seorang pemuzik jalanan sambil menjual surat khabar ‘The Big Issue’ di sekitar kawasan Covent Garden di kota London. James Anthony Bowen, pada masa itu sedang berdepan dengan masalah penagihan dadah. Dia mula mengarang buku mengisahkan tentang perjalanan kehidupan sehariannya bersama Bob dan laris terjual dan meraih populariti.
Sejak penerbitannya, lebih sejuta naskhah laris terjual di UK sahaja dan turut diterjemahkan kepada 30 bahasa. Ia juga kekal menjuarai carta senarai teratas buku terlaris di akhbar ‘The Sunday Times’ selama 76 minggu berturut-turut.
Berita kematian kucing ini pada usia 14 tahun pada 16 Jun 2020 awal minggu ini sangat menyedihkan. Penerbit buku Bowen, Hodder & Stoughton mengesahkan berita kematian Bob dalam satu kenyataan, lapor Independent.
“Semasa dia berada di sisi saya, saya menemui jalan dan tujuan untuk hidup yang selama ini telah hilang. Kami mengecapi kejayaan bersama melalui buku dan filem yang cukup menakjubkan. Dia bertemu dengan ribuan orang, memberi harapan kepada jutaan orang, Bob tiada pengganti dan tiada kucing sepertinya, tidak akan ada. Saya rasa kehilangan dan saya tidak akan sekali melupakannya,” kata James Anthony Bowen
Dalam pada itu, perkataan ‘RIP Bob’ menjadi trending teratas Twitter selepas peminatnya mengetahui kematian Bob. Selain buku A Street Cat Named Bob, terdapat juga buku bertajuk A Gift from Bob, The World According to Bob, My Name Is Bob dan For the Love of Bob, laris di pasaran.
Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.
Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia, 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Kawasan yang disenaraikan adalah:
Chuping, Perlis
Kubang Pasu, Kedah
Kota Sertar, Kedah
Sik, Kedah
Hulu Perak,Perak
Kuala Kangsar, Perak
Kinta, Perak
Maran, Pahang
Kepong, Kuala Lumpur
Muar, Johor
Data tersebut dikemas kini sehingga jam 8 pagi semalam – 25 Februari 2019.
Bagi penduduk atau anda yang bercadang ke daerah terlibat diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kekal sihat.
Banyakkan minum air.
Berhenti sementara daripada melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Duduk sahaja di dalam bangunan jika tiada keperluan untuk keluar.
Pakai pakaian yang selesa. Elakkan memakai pakaian berwarna hitam.
Gunakan payung atau topi jika perlu melakukan aktiviti harian di luar.
Hati-hati dengan haiwan yang berbisa seperti ular yang mungkin akan banyak dijumpai di dalam premis atau rumah anda.
Pengguna rangkaian lebuh raya sistem tertutup kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) disaran sentiasa memastikan baki kad Touch ‘n Go yang digunakan mencukupi untuk transaksi tol bagi mengelak gangguan terhadap kelancaran perjalanan pengguna lain di lorong tol.
Menjelang pelaksanaan transaksi tol menggunakan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) di semua lebuh rayanya tidak lama lagi, tiada lagi kakitangan PLUS akan ditempatkan di pondok tol untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go buat semua pengguna.
Langkah untuk tidak lagi menyediakan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go bertujuan membiasakan pengguna dengan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) serta RFID dan selaras hasrat kerajaan untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan tahap keselesaan di plaza tol.
RFID yang sepatutnya dilancarkan pada 1 April lalu di semua plaza tol lebuh raya sistem tertutup PLUS dijangka dapat mengatasi masalah pengguna kekurangan baki untuk melengkapkan transaksi tol. Namun begitu, susulan PKP, pelaksanaan RFID terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang lain pada tahun ini.
Oleh itu PLUS berharap semua pengguna sudah bersedia untuk menyesuaikan diri dengan peralihan teknologi transaksi pembayaran tol menggunakan RFID yang bertujuan memastikan kelancaran trafik di pintu masuk serta pintu keluar (plaza tol).
Ketika ini di sesetengah plaza tol, masih terdapat kakitangan yang ditempatkan di dalam pondok tol. Tetapi, mereka sebenarnya bukanlah ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai di plaza tol tetapi untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah teknikal lain. Perkara ini kadang-kala menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna yang mungkin berpendapat mereka boleh menggunakan lorong terbabit untuk membuat urusan tambah nilai.
Hari ini terdapat lebih 11,000 lokasi tambah nilai tersedia untuk pengguna daripada mesin tambah nilai dan stesen minyak sehinggalah kedai serbaneka dan farmasi, jadi isu kesukaran melakukan tambah nilai kad Touch ‘n Go rasanya tidak lagi timbul.