Sudah ramai yang menceritakan keindahan alam yang ada di Empangan Bengoh yang terletak 50km dari Kuching, Sarawak dan ternyata perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam melewati Puncak Borneo dan Padawan ini berbaloi untuk dilawati.

Chey Chen berkongsi pengalaman dirinya ke lokasi yang digelar Sarawak Jurassic World dan sering menjadi buah mulut pencinta alam bila ke Sarawak untuk menjejaki dua air terjun yang berada di Empangan Bengoh, Sarawak itu.

Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah!

Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah!

Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah!Bagi yang ingin melihat sendiri keindahan seperti yang ramai kongsikan, bolehlah merujuk perkongsian oleh wanita ini. Sangat indah, benar bagai dikata tempatnya cukup cantik umpama berada dalam dunia lain. Kalau dah sampai ke Kuching, luangkan sedikit masa untuk pergi ke sini.

Empangan Bengoh-Curtain Waterfall-Jurassic Park Waterfall, Sarawak, Malaysia.

Perjalanan dari Kuching ke Empangan Bengoh sejauh 50KM dengan jarak masa 1 jam melewati Puncak Borneo dan Padawan. Keadaan jalan yang baik tetapi tiada stesen minyak apabila meninggalkan kawasan bandar.

Ads

Kita perlu daftar masuk di pintu masuk empangan dan guide telah menunggu di kawasan parkir. Untuk trip ini, kami telah menggunakan khidmat Angela dan Nol sebagai pengurus dan juru pandu-arah. Pakej bermula RM57 untuk berkongsi bot dengan orang lain.

Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah! Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah! Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah!

Kita akan menyelusuri empangan kira-kira 10 minit ke hentian pertama, Jetty Ban. Di sini kita boleh beli bekalan sarapan pagi dan minuman. Sebagai contoh, nasi lemak ayam goreng (RM6), Coke (RM3), drinking water 500ml (RM1.50).

Pendakian boleh dikatakan tidak terlalu sukar dan sesuai untuk semua yang sihat tubuh badan. Kita akan berhenti untuk register di kaunter. Selepas itu kita akan terus perjalanan melewati beberapa jambatan yang diperbuat dari buluh dan kayu.

Ads

Kira-kira 20 minit berjalan, kita akan sampai di hentian pertama, Curtain/Pe’en Waterfall. Sebaiknya di hentian ini kita berehat sekejap ataupun teruskan perjalanan kalau anda berniat untuk mandi ini kerana kita akan balik di hentian ini kembali selepas air terjun kedua nanti.

Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah! Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah! Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah!

Cuma bagi yang tidak mahu mandi, saya cadangkan untuk stay di air terjun yang kedua, Jurassic ataupun nama setempat, Susung Waterfall. Jarak ke Susung sekitar 2KM dari Pe’en dan bagi saya Susung lebih sejuk dan cantik untuk berada lebih lama.

Setelah kembali ke Jetty Ban, kita akan pergi ke Kampung Sting yang mengambil masa 5 minit dengan bot. Untuk ke kampung ini akan melalui bukit yang agak pacak dengan anggaran masa 20 minit untuk sampai ke puncak. Di sini tarikan utamanya adalah viewpoint yang diperbuat dari buluh. Dari situ boleh nampak empangan 360 darjah.

Ads

Untuk urusan booking trip, boleh hubungi Angela (60 12-853 4462)

Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah! Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah! Padanlah Digelar Sarawak Jurassic World, Pengalaman Jejak Empangan Bengoh, Pe’en & Susung Waterfall Terpaling Indah!

Kredit: Chey Chen

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI