Walaupun sekadar bercuti ke negara jiran tak sampai seminggu, tapi tekak orang Malaysia ni memang tak boleh lari daripada makanan ruji yang selalu mereka makan seharian.
Mana tidaknya, setiap hari, makanan yang sama inilah mereka makan daripada pagi, petang, siang dan malam. Bila mula terkeluar daripada rutin harian ketika
travel, mula la terkenang-kenang kan? Hahaha.Kalau anda tak percaya, cuba pergi travel dengan sahabat handai anda, perhatikan salah seorang daripada mereka. Turun sahaja dari kapal terbang terus cari restoran yang menyediakan lima menu makanan ni untuk melepaskan rindu mereka.
Nasi Lemak
Roti Canai & Teh Tarik
Nasi Campur
Nasi Goreng
Mee atau Bihun Goreng
p/s: Kadang-kadang tu nasi lemak tak payah tunggu turun kapal terbang. Atas kapal terbang tu pun diorang order nasi lemak. Rindu punya pasal. Hehehe ?