'Orang Malaysia Ni Terlalu Baik'- Tajuk ini menarik perhatian ramai daripada netizen Malaysia dan boleh dikatakan bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
Perkongsiaan status daripada saudari R Mohd Hafiz di laman muka bukunya telah dikongsikan hampir 4200 kali di facebook dan hampir 1600 komen pelbagai yang ditinggalkan. Jom baca.
Bila orang Malaysia ke Indonesia, orang Malaysia tak kisah guide boleh cakap BM ke tak. Tapi pelancong Indonesia datang Malaysia, kita pula kena cakap Bahasa Indonesia.
Orang asing expect kita panggil Mr Adams kalau nama dia Peter Adams, dan bukan Mr Peter. Tapi orang Malaysia tak kisah orang asing panggil dia Mr Karim, walaupun Karim tu nama bapak dia – nama dia contohnya Hafiz Karim.
Orang Arab datang Malaysia, pakai pakaian Arab, makan makanan Arab (atau McD). Jarang jumpa Arab nak pakai baju Melayu atau nak cuba Nasi Lemak ke apa. Orang Malaysia terutama Melayu kalau ke tanah Arab, tak pakai dah baju Melayu. Orang Melayu terus jadi Arab, pakai jubah tanpa rasa nak tunjuk Islam ni universal dengan cara pakai pakaian Melayu kat tanah Arab.
Orang Jepun datang Malaysia expect orang Malaysia ikut cara kerja orang Jepun. Tapi mampukah kalau kita datang ke Jepun, buka company di Jepun, upah orang Jepun dan pengaruhi orang Jepun ikut cara kerja orang Malaysia?
Orang Malaysia beria2 buat struktur asing seperti Colmar Tropicale atau buat rumah Hobbit bagai, untuk menarik pelancong. Tapi ada ke kita jumpa bangsa asing beria2 juga buat binaan berciri Malaysia kat negara dia?
Pelancong asing datang KL, bersepah jumpa Urut Thai. Ada ke pelancong Malaysia ke Thailand atau negara lain jumpa bersepah2 tempat urutan Malaysia?
Mall kita poyo2 buat jualan produk Jepun la, Kpop la, Taiwan la. Ada ke mall kat Jepun/Korea/Taiwan/mana2 kat luar negara tu beria2 jual produk Malaysia?
Orang Filipina datang kerja kat Malaysia bertahun masih taknak cakap Bahasa Melayu.
Kita pula mudahkan diorang dengan sama2 cakap English. Patut dia yang bersusah2 belajar cakap BM, bukan kita yang kena cakap English. Cuba kau pegi Filipina, nak ke diorang cakap Melayu ngan kau?
Kita ni tak pandai terapkan/impose kemahuan atau nilai kita kat bangsa asing, sebab tu kita mungkin selalu kena jajah.
Terlalu fleksibel kononnya.
Jom perkasakan budaya Malaysia. Dan berhenti jadi baik sangat.