Orang Kata Kerja Gila! Tapi Lelaki Ni Naik Honda RS150R ke Kota London!

Share

Manusia ni hebat. Tiada yang mustahil. Kalau nak usaha…inshaAllah boleh…

Awal tahun ini, berita Mohd Alfishahrin ride ke London bersama isteri; tersebar dalam grup Honda RS150R Official Fan Club Central. Saya mula follow kembara mereka. Juga dikenali sebagai duge sereng, Alfishahrin memang rider long distance hardcore. Sebelum Honda RS150r, dia dah sampai banyak negeri dan negara jiran dengan Yamaha 125z.

Kali ini lebih gila, bersama isteri; RIDE TO LONDON rentas banyak negara. Kagum dan berinspirasi, LIBUR berpeluang interview mereka. Ketika ini, Alfishahrin dan isteri dah pun sampai ke Malaysia selepas hampir 6 bulan di atas motor ke London.

Ringkas pengenalan diri dan pasangan. Umur, asal, pekerjaan…
Nama Mohd Alfishahrin (31) dan isteri Diana binti Latief (30) Sebelum ni kami bekerja di Standard Chartered Bank tapi berhenti kerja untuk ride ini. Kami berhenti kerja kerana tidak diberi cuti tanpa gaji. Jadi kami tekad berhenti untuk kejar impian kami… Kenapa kembara dunia dengan menunggang motor dan bukan flight?
Kembara dengan motorsikal ni, keseronokan & cabarannya lain jika dibandingkan dengan travel flight. Kami nak sesuatu yang mencabar diri di tahap maksimum. Tambahan pula, suami saya minat mengembara menggunakan motorsikal kapcai. Kembara dengan motor kapcai ini juga merupakan Program Inspirasi dibawah PEMADAM Selangor.

Berapa lama anggaran kembara ini?
Anggaran kembara kami lebih kurang 4-5 bulan. Sikit lagi dah nak setengah tahun.

Permulaan kembara anda dari Malaysia-Thailand…….London? dan kenapa London?
Kami bermula dari Selangor, Malaysia ke Thailand,Nepal,India,Pakistan,Iran, Armenia, Georgia, Turki, Greece, Albania, Croatia, Slovenia, Italy,Switzerland & kini berada di Jerman . London kota idaman kami buat masa ini. Mungkin ke tempat lain pula satu hari nanti!

Reaksi rakan dan keluarga apabila mahu kembara motor ke luar negara?
Rakan & keluarga pada mulanya terkejut & mengatakan kami gila untuk teruskan dengan idea ini. Namun dalam masa yang sama mereka sokong & sangat teruja dengan keputusan kami untuk kembara dunia. Dengan sokongan mereka, kami bersemangat dan teruja teruskan impian kembara ni.

Tak rasa penat menunggang ke London?
Memang rasa kematu dan penat tu ada. Tapi bila dah biasa, tak jadi hal. Kami pun akan rehat sejam dua bila ride jauh. Alhamdulillah so far takdelah sakit pinggang.

Pulang semula ke Malaysia bagaimana? Motor /Flight?
Pulang ke Malaysia menaiki flight (kalau motor juga mahu setahun sampai semula ke Malaysia)Berapa kos keseluruhan secara anggaran/ dan ada sponsor dari mana-mana pihak?
Anggaran kos lebih kurang RM40,000. Sebahagian ditaja oleh PEMADAM SELANGOR, barangan aksesori motorsikal oleh GIVI MALAYSIA & MYBIKERZ. Selebihnya duit simpanan & juga duit hantaran kahwin.

Bagaimana dengan maintenance motor RS150r di luar negara seperti minyak hitam, tayar, aksesori lain? Ada masalah setakat ini?
Servis motorsikal bila cukup mileage. Kami akan ke kedai motorsikal yang ada di mana-mana negara apabila waktu servis sudah sampai. Tayar kami cuma tukar sekali di India utk kegunaan offroad

, hingga sekarang masih guna tayar yg sama. So far, Alhamdulillah RS150r tiada masalah.

Ubahsuai motor RS150r?
Kami tak ubahsuai motor cuma kami tambah kelengkapan secara berperingkat. Seperti USB untuk cas bateri, sportlight di Malaysia & tapak tambahan untuk tangki minyak ekstra di India. Box belakang dan sisi di taja Givi Malaysia.

Apa pengalaman boleh dikongsi dari kembara dunia ini?
Terlalu banyak pengalaman yg kami dapat sepanjang perjalanan ni. Kalau nak list kan memang panjang. Kami dapat lihat & belajar tentang dunia luar, budaya masyarakat tempatan & secara tak langsung kita akan rasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Banyak positive vibe yg kami dapat lihat & semua tu buat kami jadi lebih positif & nak perbaiki diri. Kami belajar untuk hidup di luar zon selesa. Dapat lihat keindahan alam, menyelusuri kawasan & kampung-kampung yang cantik, dan kenal orang yg baik-baik.

  • Kami bangga dengan pecapaian peribadi bila hanya dengan menaiki kapcai juga kami berjaya sampai ke world highest motorable road di India. Dapat lalu yg tertinggi (pertama), kedua & ketiga di dunia (as claimed) semuanya di India.
  • Kami lalu top 10 world most dangerous road di Rohtang Pass. Jalan idaman para bikers seluruh dunia
  • Berpuasa & berbuka dengan gelandangan di Pakistan
  • Lalu di jambatan pemisah benua eropah & asia & banyak lagi la nak list down!
  • Dah sampai di ATM tertinggi di dunia

3 negara paling best setakat ini? Secara ringkas kenapa?Sekarang di mana?
Negara paling best

? semua best! kalau suruh pilih memang susah nak pilih. Kalau tanya yg mana rasa adrenalin bergelora kami pilih

1.Turki- sebab terlalu banyak tempat menarik (historical place, tempat para nabi) & budaya mereka : pertembungan budaya Asia & Eropah.

2.India- adventure dia memang thrilling. Tak boleh lupa sampai sekarang. negara sangat unik.

3.Iran- muka bumi & iklim yang unik. suasana yang tenang.

Pakistan pun best jugak!

Setiap negara pun adventurenya berbeza & kami enjoy. kalau nak list tiap satu negara tu boleh buat buku kot! 

Sekarang dah viral. Bagaimana hidup selepas ni?
Diri sama macam biasa, mungkin rutin buat awal-awal ni sibuk sikit ke jemputan invertiew dll. Viral ni bonus kepada kami kerana ada media sosial. Kami update FB supaya famili, rakan dan followers dapat berkongsi lihat negara orang lain dan supaya mereka tahu kami dalam keadaan selamat. Mungkin akan cari pekerjaan lain kita tengok macam mana, rezeki Allah itu luas.

Terima kasih Alfishahrin & Diana. Ucapan kepada pembaca?
Dari angan-angan kosong jadi satu impian, dari impian kita cipta cita-cita, dan dari cita-cita kita cuba untuk capai & insyaAllah akan berjaya. Mengembaralah, lihat dunia walau dalam cara apa sekalipun, minda kita akan lebih terbuka dan kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah. 

Oleh
Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki