Orang Awam Perlu Isi Borang Kelulusan Khas Dalam Talian Kalau Nak Masuk Sabah!

Share

Orang awam yang ingin memasuki Sabah untuk tujuan ‘perkhidmatan penting’ dan urusan rasmi perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan mengisi Borang Kelulusan Khas secara dalam talian.

Borang berkenaan boleh diakses melalui capaian di https://forms.gle/GfQBdvBDDZXp9JyH8




Penyediaan dokumen yang berkaitan dan keputusan ujian COVID-19 akan melancarkan urusan kemasukan ke Sabah. Keperluan kuarantin dan tempat kuarantin bergantung kepada penilaian ke atas tujuan kemasukan, risiko dan tahap kesihatan.

Individu yang ingin memasuki Sabah juga dinasihat agar menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui talian 088-219455.

Semua individu yang masuk ke Sabah dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan jarak sosial, memakai pelitup separuh muka serta menjalani saringan gejala dan suhu badan di pintu masuk.

Sumber: Bernama

Oleh
Husna