‘Olympic Victory Bouquet’ , Bukan Sebarang Bunga. Ditanam & Diambil Dari Wilayah Terjejas Tsunami Sebagai Simbol Kenangan!
Ogos 6, 2021
Share
Jika sebelum ini viral kisah bagaimana pingat yang dihasilkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Kesemua pingat kali ini dihasilkan melalui gajet recycle menggunakan green technology untuk menjimatkan sumber alam Jepun.
Rupanya jambangan bunga yang diberikan kepada atlet juga mempunyai kisah yang tersendiri.
Perkongsian thread di laman twitter oleh wanita ini Zunita Ramli yang tinggal di Jepun memberitahu kisah di sebaliknya.
Saya pasti semua orang tahu pingat Olimpik sangat bermakna, tapi mungkin ramai tak tahu jambangan bunga yang diberi kepada atlet bersama pingat juga ada makna yang tersendiri.
1. Jambangan bunga Olimpik untuk edisi Tokyo 2020 juga dikenali sebagai “Olympic victory bouquet” terdiri daripada bunga matahari, bunga gentians, bunga eustomas dan Solomon’s seals.
2. Bunga ni tak dipilih secara rawak, setiap satu bunga membawa maksud tersendiri.
3. Bunga-bunga ni ditanam di wilayah yang terjejas teruk dalam kejadian tsunami dasyat 10 tahun lepas iaitu di wilayah Fukushima, Miyagi dan Iwate.
4. Dalam kejadian tsunami dan nuklear dasyat tahun 2011, dianggarkan seramai 18,000 orang kehilangan nyawa.
5. Wilayah-wilayah ini masih dalam proses pemulihan sehingga ke hari ini dan jambangan bunga ni simbolik kepada “pemulihan dari tsunami 2011 yang dahsyat.”
6. Bunga matahari dalam jambangan bunga Olimpik adalah simbol kepada kenangan dan ingatan kepada anak-anak yang terkorban dalam kejadian dasyat tersebut.
7. Bunga ini ditanam oleh penjaga yang kehilangan anak mereka semasa kejadian tsunami 2011 di wilayah Miyagi.
8. Fukushima mengalami bencana nuklear yang sangat dasyat di mana penduduk Jepun terpaksa berpindah.
9. Mungkin bunga tak dapat berkembang lagi di situ tapi penanaman eustomas dan Solomon’s seals memberi sinar baru kepada pemulihan agrikultur di wilayah itu.
10. Bunga gentians yang juga berwarna biru ditanam di Iwate, iaitu kawasan yang turut terjejas akibat kejadian tsunami.
11. Warna biru bunga gentians ini sama seperti warna biru logo Tokyo Olimpik, di mana ia juga mewakili tuan rumah sukan Olimpik 2020, iaitu Tokyo.
12. Nampak simple, tapi jambangan bunga ni sarat dengan maksud secara keseluruhannya memberi gambaran “ketahanan dan ketekunan” Jepun dalam kisah silam mereka tapi mereka tetap terus berjuang demi masa depan lebih gemilang.
Rose adalah dari Miyagi, dan jumlah rose untuk satu bouquet hanya 1 kuntum sahaja, simbol kehadiran atlet paralimpik adalah unik dalam temasya Olimpik.