Obor-Obor Beracun Serang Pantai Di Terengganu. Hati-Hati Kalau Terkena Boleh Bawa Maut

Share

Berhati-hati ketika mandi di Pantai Pulau Kekabu dan Pantai Batu Buruk, ekoran penemuan obor-obor Portuguese Man O War.

Obor-obor ini biasanya mendiami lautan Pasifik itu kali pertama ditemui hanyut dan terdampar di perairan pantai negeri Terengganu. Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya mengawasi anak kecil agar tidak menyentuh sebarang hidupan dilaut yang dijumpai berhampiran mereka.

Sumber Foto: Thoughtco

Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut. Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya.

Beberapa pelancong Australia yang bersantai di pantai itu memaklumkan kepada anggota Pertahanan Awam Malaysia mengenai kehadiran obor-obor berkenaan. Sebanyak 11 obor-obor ditemui mati terdampar di sepanjang pantai dan lebih 10 obor-obor yang masih hidup ditemui dalam air.

Info sumber IMITS Permaisuri

    

Oleh
Husna