
Berhati-hati ketika mandi di Pantai Pulau Kekabu dan Pantai Batu Buruk, ekoran penemuan obor-obor Portuguese Man O War.
Obor-obor ini biasanya mendiami lautan Pasifik itu kali pertama ditemui hanyut dan terdampar di perairan pantai negeri Terengganu. Ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya mengawasi anak kecil agar tidak menyentuh sebarang hidupan dilaut yang dijumpai berhampiran mereka.
Sumber Foto: Thoughtco
Obor-obor jenis ini disifatkan antara spesies berbahaya kerana sengatannya boleh menyebabkan kulit melecur, melumpuhkan mangsa dan membawa maut. Fizikal obor-obor itu yang cantik, kecil seakan plastik dikhuatiri akan menarik minat sesiapa sahaja untuk menyentuhnya.
Beberapa pelancong Australia yang bersantai di pantai itu memaklumkan kepada anggota Pertahanan Awam Malaysia mengenai kehadiran obor-obor berkenaan. Sebanyak 11 obor-obor ditemui mati terdampar di sepanjang pantai dan lebih 10 obor-obor yang masih hidup ditemui dalam air.
Info sumber IMITS Permaisuri
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Barang Wajib Bawa Kalau Nak Pergi Bercuti Luar Negara Dengan Selesa

Isi Kandungan
ToggleSebelum bergerak ke negara orang, anda patut tahu barang wajib bawa bercuti untuk memudahkan urusan anda di sana nanti.
Kadang-kadang anda mesti lupa tentang kemudahan yang anda boleh bawa ketika bercuti. Buat anda yang baru nak mula bercuti, terutama sekali luar negara.
Buat para wanita, anda boleh gunakan barang kemudahan ini kerana perempuan mesti kena bersedia dari pelbagai aspek.
Selain itu, dapat memudahkan pergerakan anda juga dan tak perlu keluar duit untuk membayar “luggage” tambahan.
Jadi ini merupakan 4 barang yang wajib anda bawa apabila melancong terutama sekali apabila ke luar negara untuk kekal bersih sentiasa dan beg pun tidak berat!
4 Benda yang wajib anda ada sewaktu travel!
1. Toilet cover pad
Semestinya buat anda yang mengutamakan kebersihan dan suka jenis tandas yang duduk berbanding cangkung itu sewajibnya perlu benda ini. Kebanyakan orang apabila di tempat awam seperti itu mereka akan pijak di bahagian duduk itu jadi akan kotor.
Selalunya orang akan basuh dengan air dan lap dengan tisu pun masih lagi rasa tidak bersih tempat duduk tersebut. Untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau benda yang tidak diingini, boleh cuba untuk membeli penutup tempat duduk pakai buang ini.
Sekarang zaman beli dekat internet sahaja. Bersepah! Jadi beli banyak-banyak daripada korang membazir beli benda yang tak berfaedah. Murah pun sangat murah harganya. Ada yang boleh dapat 1 bungkus 10 keping harga RM1 sahaja.
2. Botol 4 dalam 1 isian mudah!
Jadi botol ini untuk apa? Botol 4 dalam 1 ini sangat memudahkan terutama sekali buat mereka yang tidak suka membawa banyak barang atau botol dalam beg sangat sesuai menggunakan botol ini.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pulas sahaja bahagian yang mana anda inginkan nanti keluar terus cecair yang sudah anda letak. Satu tip yang anda boleh lakukan agar tidak salah, letak stiker tampal di penutup atau badan botol supaya lebih mudah untuk anda terus tekan.
Antara barang yang anda boleh letak di dalam botol tersebut adalah seperti minyak wangi, pelembap muka, losyen, makeup remover, cream malam dan siang atau krim pelindung matahari. Apa sahaja asalkan ia boleh dimasukkan ke dalam botol tersebut.
3. Beg simpanan ‘resealable vacuum’ untuk melancong.
Beg simpanan yang boleh ditutup vakum ini sangat mudah buat mereka yang suka pergi melancong kerana menjimatkan ruang sebenarnya. Tiada masalah untuk anda bawak baju banyak.
Selain itu, anda tidak perlu risau lagi dengan baju-baju yang tebal seperti jaket musim salji mahupun tuala mandi dan baju yang nipis dan banyak. Anda boleh beli ikut saiz yang anda inginkan atau mengikut barang anda je senang. Harga pun tak mahal tau.
4. Penyangkut baju Portable
Ini terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan penyangkut baju portable ini atau tidak. Cuma untuk mereka yang nak kekemasan apabila bercuti. Selalunya mereka yang nak nampak kemas.
Kalau pergi mudah lah anda nak ambil baju yang sudah bersangkut. Bagusnya penyangkut baju portable ini boleh dilipat jadi kecik dan masukkan sahaja dalam bag. Ianya juga tidak memakan space. Beli sahaja dekat internet sebelum gerak tu. Selain itu, boleh juga anda pakai dekat rumah kan.
Itu sahaja 4 benda yang penting dan dapat membantu percutian anda. Sebenarnya banyak lagi yang anda boleh bawa. Ini dikatakan sebagai ‘smart travel’. Apa yang penting ia sangat memudahkan keadaan anda.
Semoga bermanfaat buat semua. Bukan sahaja untuk bercuti luar negara. Dalam negara pun boleh!
Sumber: Facebook Ben Amir Izzat
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Masalah Pun Nak Travel Bulan Puasa. Bajet Kurang Sikit ‘Tang’ Makan Tu

Setiap tahun pada bulan Ramadhan, ramai yang ambil kesempatan untuk melancong ke pelbagai destinasi pelancongan samada dalam negeri atau ke luar negara. Ada yang memang seronok untuk berjalan ketika bulan puasa kerana faktor kewangan untuk makan dapat dikurangkan.
Ada juga yang memang mengambil peluang untuk ke negara luar untuk melihat bagaimana cara masyarakat destinasi tersebut menyambut Ramadhan terutama negara Islam. Selain itu, untuk penerbangan domestik atau sesetengah negara, ketika bulan puasa harga tiket dikatakan agak rendah dan berbaloi untuk dibeli. Tidak kisahlah apa jua tujuan anda melancong ketika bulan puasa, namun pastikan anda mengikuti segala tip ini agar trip travel dan amalan berpuasa anda dapat dilakukan dengan lancar serta sempurna.
- Muat Turun Aplikasi Khas Untuk Muslim
Aplikasi ini penting untuk anda mengetahui waktu solat, waktu berbuka, imsak dan arah kiblat. Lagi bagus jika aplikasi yang anda muat turun turut dilengkapi dengan bacaan dan penterjemah Al-Quran. Selain itu, anda juga boleh dapatkan aplikasi mudah alih untuk memudahkan urusan anda mencari makanan halal, tempat solat dan jenis perkhidmatan pengangkutan.
- Pilih Destinasi Percutian Waktu Siang Tidak Terlampau Lama
Anda boleh merancang dan memilih destinasi yang sesuai untuk di lawati ketika sedang berpuasa. Tidak semestinya lokasi yang mesra muslim sahaja tetapi lokasi yang membantu anda secara tidak langsung berpuasa dengan baik. Contohnya bukan waktu malam yang sangat singkat, negara yang mempunyai suhu terlampau panas atau negara yang memerlukan anda melakukan banyak aktiviti yang memenatkan.
- Rancang Perjalanan
Selepas membuat keputusan memilih destinasi yang paling sesuai untuk anda melancong, sebaiknya buat perancangan terlebih dahulu. Anda perlu merancang perjalanan anda supaya anda tidak membazirkan masa dan tenaga semasa dalam perjalanan. Sebaiknya, sediakanlah itinerari yang tidak terlalu padat supaya tidak terkejar-kejar dan tidak penat. Pastikan anda mengambil makanan tambahan untuk dapatkan lebih tenaga dan tidak lupa untuk bersahur. Bawa juga bekalan makanan yang tahan lama ketika berjalan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anda tidak jumpa restoran atau kedai makan halal apabila sudah hampir waktu untuk berbuka nanti.
- Mempunyai Kawan Travel
Jika boleh cari kenalan yang ingin melancong bersama anda ketika bulan puasa. Jika seorang diri anda akan rasa masa bergerak terlalu perlahan. Mempunyai teman ketika melancong sewaktu bulan puasa sangat membantu untuk mengalihkan fikiran daripada berasa penat dan lapar. Selain itu,kos pengangkutan dan penginapan juga akan menjadi lebih murah kerana berkongsi.
- Tahu Kedudukan Pusat Komuniti Muslim & Masjid Terdekat
Sekiranya, anda ke negara yang majoriti bukan Islam, masukan lawatan ke masjid tempatan di situ (sekiranya ada) atau kawasan komuniti muslim apabila hampir tiba waktu berbuka. Selalunya kawasan ini akan menghidangkan makanan percuma untuk orang Islam berbuka.
Selamat melancong!
Sumber: muslimtravelbug.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baca Polisi Penerbangan AirAsia, MAS, Firefly & Malindo Air Ini Jika Anda Hamil

Kadangkala kita sudah merancang awal untuk bercuti ke luar negara atau mana-mana destinasi yang memerlukan kita menaiki kapal terbang pada hujung tahun atau tahun hadapan.
Tup..tup mengandung pula. Alhamdulillah, rezeki daripada Tuhan! Tapi tiket kapal terbang sudah dibeli awal, segala tempahan hotel atau agensi pelancongan sudah selesai. Macam mana sekarang? Boleh ke ibu hamil naik kapal terbang?
Sebelum bercadang untuk menaiki kapal terbang, berbincanglah dengan doktor supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan, terutamanya apabila anda menghampiri tarikh due date. Prosedur ini amat penting bagi memastikan anda dan kandungan berada dalam kesihatan yang baik setiap masa.
Banyak syarikat penerbangan yang tidak mengambil risiko untuk membenarkan ibu mengandung yang menghampiri due date untuk berlepas. Walaupun polisi-polisi yang ditetapkan tampak melecehkan, ia dijadikan panduan bagi kebaikan penumpang juga.
AirAsia
Adalah tanggungjawab ibu hamil untuk memaklumkan usia kehamilan semasa memilih tempat duduk dan di kaunter check-in. Antara syarat-syarat lain yang ditetapkan ialah:
- Penumpang yang hamil mencapai usia 27 minggu perlu menandatangani borang Limited Liability Statement ketika proses check-in.
- Bagi penumpang dengan kandungan mencecah 28 ke 34 minggu, penumpang perlu menyediakan surat kesihatan yang disahkan oleh doktor. Dalam surat tersebut perlu dinyatakan usia kehamilan. Surat yang dibawa tidak boleh melebihi 30 hari daripada tarikh perlepasan. Penumpang juga perlu menandatangani borang Limited Liability Statement.
- Penumpang dengan usia kandungan 35 minggu ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang.
Malaysia Airlines (MAS)
Penumpang hamil yang disenaraikan di bawah perlu mendapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor atau Jabatan Servis Kesihatan Malaysia Airlines sebelum berlepas.
- Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 35 minggu bagi penerbangan antarabangsa.
- Ibu mengandung dengan usia kehamilan hampir mencecah 36 minggu bagi penerbangan dalam Negara.
FireFly
Firefly membenarkan penumpang hamil untuk mengikuti penerbangan antarabangsa dan domestik dengan syarat-syarat yang berikut:
- Penumpang yang hamil 36 minggu kebawah perlu mengesahkan kehamilan dan menandatangani borang ‘Release and Indemnity’.
- Penumpang yang hamil dengan usia kandungan 36 minggu tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
- Penumpang yang hamil dinasihatkan untuk memahami syarat diatas serta mengesahkan kehamilan secara tepat semasa check-in.
Malindo Air
- Penumpang dengan usia kehamilan 28 minggu perlu menandatangani borang ‘Release and Indemnity’ sebelum berlepas.
- Penumpang dengan usia kehamilan 28 ke 35 minggu perlu menyediakan surat doktor yang mengesahkan tahap kesihatan. Surat doktor tersebut juga perlu bertarikh tidak melebihi 7 hari daripada tarikh penerbangan. Penumpang juga perlu menandantangani borang ‘Release and Indemnity’.
- Penumpang yang hamil 35 minggu keatas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat.
Sumber: siraplimau
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI