
Selepas Pantai Kekabu di Marang, tiga lagi pantai di Terengganu mencatatkan penemuan obor-obor beracun yang dikenali sebagai Pportuguese man o’ war’.
Baca: Obor-obor beracun kalau kena boleh bawa maut
Tiga lagi pantai berkenaan ialah:
- Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu
- Pantai Rhu 10 di Setiu
- Pantai Bukit Keluang di Besut
- Pantai Kekabu di Marang (paling awal)
Oleh itu, pengunjung dinasihatkan agar tidak bermandi-manda di kawasan pantai yang dinyatakan buat masa ini kerana dikhuatiri terkena sengatan obor-obor beracun.
Buat maasa ini masih tiada anti venom untuk serangan obor-obor ini kecuali ubat penahan sakit sahaja. Menurut ahli sains, kesan serta merta yang dirasai dalam tempoh tiga minit ialah kekejangan yang menimbulkan kesakitan melampau.
Hari ini Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan ,INOS, UMT telah menerima lagi 41 ekor Portuguese man of war…
Posted by Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan on Saturday, February 22, 2020
Menurut sumber Bernama, Pihak Majlis Daerah buat masa ini telah meletakkan bendera merah dan papan tanda di lokasi terbabit sebagai tanda amaran kewujudan obor-obor beracun di kawasan itu.
Orang ramai yang menemui obor-obor ini perlu melaporkan terus kepada Jabatan Perikanan atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk tindakan lanjut dengan melupuskannya mengikut prosedur.
Nelayan tempatan turut mendakwa obor-obor jenis itu pernah ditemui di perairan Pulau Kapas sejak empat tahun lepas namun tiada bukti yang dapat mengesahkannya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelancaran Destinasi Baharu Scoot di Malaysia

Scoot memulakan jualan tiket secara rasmi hari ini untuk destinasi terbaharunya di Malaysia, iaitu Kuching dan Kuantan. Tambahan kepada rangkaian penerbangan Scoot ini menjadikan syarikat penerbangan tersebut kini beroperasi di enam buah bandar raya di Malaysia termasuk Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.
Penerbangan sulung ke Kuching dijadualkan berlepas pada 29 Oktober 2017 manakala penerbangan pertama ke Kuantan pula akan berlepas pada 2 Februari 2018. Scoot akan mengendalikan penerbangan harian dari Singapura ke Kuching dan terbang tiga kali seminggu ke Kuantan.
Destinasi Baharu
Dua destinasi baharu ini adalah di antara lima destinasi baharu yang diumumkan pada 25 Julai bersempena dengan majlis penyempurnaan proses penggabungan Scoot-Tigerair di bawah jenama tunggal, Scoot. Tiga lagi destinasi lain ialah Honolulu, destinasi sulung Scoot di Amerika Syarikat,Harbin di Timur Laut China dan Palembang di Indonesia.
Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Lik Hsin berkata, “Malaysia ialah pasaran yang sangat penting bagi Scoot. Destinasi baharu kami seperti Kuching dan Kuantan akan melengkapi rangkaian penerbangan kami di Asia Tenggara yang sememangnya kukuh. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami akan terus meneroka peluang untuk membawakan pengalaman kembara unik Scoot, yang dinamakan “Scootitude”kepada lebih ramai penumpang di rantau ini.”
Pakaian Seragam Baharu
Selain daripada destinasi baharu, anak kapal Scoot yang lebih mesra digelar Scootees, mula menggayakan rekaan pakaian seragam serba baharu dengan penampilan lebih menyegarkan,lengkap dengan ciri-ciri Scoot yang tersendiri. Pakaian seragam terbaharu untuk anak kapal wanita menampilkan potongan menarik dengan rekaan baju tidak simetri dan garis pinggang yang lebih tinggi, manakala rekaan untuk anak kapal lelaki pula memaparkan garis sudut yang lebih menonjol bagi menyerlahkan warna kuning pada kemeja polo yang digayakan.
Kedua-dua pakaian seragam anak kapal lelaki dan wanita ini juga menampilkan keceriaan, seperti butang hitam yang disulami dengan benang kuning untuk memberikan sentuhan tersendiri kepada pakaian seragam anak kapal lelaki dan fabrik yang lebih tebal untuk memberikan keselesaan kepada Scootees agar tidak berasa sejuk semasa berkhidmat di dalam kabin. Pakaian seragam baharu ini merupakan permulaan baharu bagi anak kapal kedua-dua syarikat penerbangan ini, manakala kombinasi asas hitam dan kuning dikekalkan sebagai lambang keseronokan dan kespontanan jenama Scoot.
Scoot juga telah menggantikan cogan kata Get Outta Here! dengan slogan baharu, Escape the Ordinary (Nikmati yang Luar Biasa). “Ia lebih relevan kepada pasaran global masa kini seiring pertumbuhan rangkaian kami yang serasi dengan naluri kami untuk mengembara dan meneroka dunia.” kata Lee.
Scoot juga melancarkan pesawat A320 pertama dengan nama “Conscious Coupling”, yang dahulu dikendalikan oleh Tigerair dan kini dicat semula dengan corak warna Scoot, sebagai tanda peringatan kejayaan penggabungan di antara Scoot dan Tigerair. Angkatan pesawat rangkaian Tigerair sedia ada akan dicat semula secara berperingkat dan perubahan penuh wajah pesawat dijangkakan selesai menjelang pertengahan 2018.
Untuk meraikan kejayaan ini, Scoot menawarkan tambang sehala yang menarik dari Kuching dan Kuantan. Taip kod promosi “MYSCOOT” untuk mendapatkan potongan RM15 daripada tambang FLYBAG dan FLYBAGEAT terpilih. Tambang Scoot bagi Kuching dan Kuantan disenaraikan di bawah. Promosi ini bermula sekarang sehingga 11.59 malam pada 14 Ogos 2017.
Tambang Penerbangan Dari Kuching dan Kuantan
Dari | Destinasi | Tambang Promosi (RM) |
Kuching | Singapura | RM99 |
Kuantan | Singapura | RM89 |
Kuching | Hong Kong | RM245 |
Kuantan | Hong Kong | RM215 |
Kuching | Guangzhou | RM245 |
Kuantan | Guangzhou | RM215 |
Kuching | Taipei | RM395 |
Kuantan | Taipei | RM365 |
Kuching | Sydney | MR465 |
Kuantan | Sydney | RM435 |
Kuching | Melbourne | MR465 |
Kuantan | Melbourne | RM435 |
Kuching | Athens | RM865 |
Kuching | Jeddah | RM895 |
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Traveller Malaysia Kurang Titik Berat Soal Penjagaan Kulit, Patut Balik Bercuti Kulit Luka Merekah

Isi Kandungan
ToggleKebanyakkan pelancong dan pengembara dari Malaysia ni sebenarnya tak berapa menitik beratkan soal penjagaan kulit terutamanya kaum lelaki.
Kalau tak percaya, cuba spotcheck beg travel mereka dan tengok apa kelengkapan penjagaan kulit yang mereka bawa. Boleh dikatakan 8 daripada 10 lelaki langsung tak ada produk penjagaan kulit.
Bagi mereka, produk penjagaan kulit seperti itu tidak perlu dan hanya memberat dan memenuhkan beg sahaja. Jangan begitu abang-abang semua, bawalah sekurangnya satu produk penjagaan kulit seperti moisturizer ketika korang sedang bercuti dan mengembara.
Sebab apa perlu bawa? Okay, mari saya ceritakan apa perkongsian daripada owner spa kecantikan MBH Medispa, Yaya Mohammad berkenaan penjagaan kulit untuk traveller ni.
Moisturizer
Kalau korang bercuti ke negara yang sejuk, moisturizer adalah benda yang sangat penting untuk korang bawa. Sebabnya, suhu negara sejuk ni kering. Walaupun sejuk tetapi kelembapan udara kering menyebabkan kulit cepat merekah. Di Malaysia, tak perlu pakai moisturizer sebab kelembapan dalam udara di negara kita tinggi.

Berbeza dengan kadar kelembapan udara di negara lain. Apabila kulit kering, ia akan menyebabkan rekahan dan boleh mengakibatkan luka sekiranya lambat dirawat. Antara bahagian badan yang paling cepat untuk merekah akibat kekeringan adalah bahagian kaki.
Kalau kaki dan merekah dan luka. Lupakan la nak bercuti dengan seronok. Pedih..
Sunscreen
Sangat perlu untuk korang yang suka ke laut dan pantai. Berjemur bawah matahari tanpa sunscreen akan menyebabkan kulit cepat terbakar, mengelupas dan gelap.
Orang lelaki ni bukannya takut gelap sebab memang orang tua-tua kata, lelaki hitam manis ni lebih menawan. Tapi pemakaian sunscreen bukan sahaja pasal kulit gelap atau apa, tetapi lebih kepada kulit mengelupas. Kulit mengelupas itu kelihatan bertompok-tompok dan kulit anda akan tercabut sedikit demi sedikit.

Cleanser
Cleanser ni lebih kepada orang perempuan sebab ia membantu untuk membersihkan permukaan kulit supaya lebih licin dan sihat. Malah ianya juga digunakan untuk menanggalkan kesan-kesan solekan yang ada pada permukaan wajah. Yang ini lelaki tak perlu bawa pun tak apa melainkan korang bercuti pakai make-up.
Kalau korang bercuti tu, apa kata cuba dapatkan travel kit daripada MBH Medispa. Traveller sangat sesuai untuk dapatkan travel kit ni sebab saiznya kecil dan senang untuk dibawa ke mana-mana.
Bersempena dengan tarikh pelancaran jualan akhir tahun YES, I SUKA MBH SALE pada 10 Oktober 2019 lepas, MBH Medispa turut menampilkan satu rawatan terbaharu yang diberi nama MBH Therapeutic Face Massage dengan harga promosi RM10.10 sahaja daripada harga asal RM69. So kalau korang nak beli travel kit ni, jom layan spa dulu!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Briyani Zam Zam, Shopping Di Mustafa Centre. Lelaki Ini Kongsi Urusan Keluar Masuk Singapura Guna Jalan Darat

Rindu nak makan briyani Zam Zam dan shopping di Mustafa Center? Dah boleh mula plan bercuti ke Singapura guna jalan darat.
Sejak pintu sempadan dibuka pada 1 April yang lalu, dah ramai rakyat Malaysia yang mula bercuti ke luar negara, termasuklah ke negara jiran, Singapura. Lagi best bila SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura juga tidak terlalu ketat bagi pengembara dari Malaysia.
New Zoule berkongsi cara keluar masuk dari Johor Bahru ke Singapura menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) menggunakan jalan darat. Macam senang dan praktikal je kalau nak bercuti ke sana. So apa tunggu lagi jom plan pergi Singapura.
Update masuk dan keluar Singapore melalui jalan darat pada 1 April 2022
Masuk ke Singapore dari JB
1) Naik bas dari JB Sentral ke Woodland. Bas direct ke Queen Street belum beroperasi lagi. Harga RM2. Bayar terus dalam bas selepas proses imigresen di JB. Proses di imigresen di JB seperti biasa (scan passport/pergi kaunter).
2) Naik bas sekejap je.Tiba Woodland, turun bas dan menjalani proses imigresen di Singapura. Sediakan passport, bukti vaksin di mysejahtera (tunjuk dalam phone pun boleh) dan isi SG Arrival Card. Isi kat sana pun boleh, nanti pegawai mereka tolong. Screenshot dan bagi pada pegawai imigresen. Kalau nak isi awal pun boleh dan siap print. Insuran tidak diperlukan.
3) Pegawai boleh tanya apa-apa soalan. Jawab dgn berhemah. Contoh kawan saya kena soal, dah penah kena covid ke tak. So far urusan lancar.
4) Memandang tiada direct bas ke queen street, lepas keluar bngunan woodland checkpoint sila cari bas pergi mrt kranji/mrt woodland/mrt marsiling. Tiba mrt dah senang gerak. Beli kad mrt SGD10. Dalam tu ada nilai SGD5.
5) Kena download Trace Together SG, apps mcm my Sejahtera kalau nak masuk premis. Tak pasti nak register macam mana sebab tak download. So far tak ada masalah sangat masuk tempat itu ini. Tapi ada yang tegas tak bagi masuk. Ada juga yang benarkan masuk sekadar tnjukkan vaksin kat mysejahtera. Yang ni, korang kaji lagi ye. Kalau tahu cara nak register, boleh share.
Keluar dari Singapore
1) Dari city, malas nak naik mrt pegi Woodland Checkpoint sebab tukar-tukar. So decide naik Gojek je. First time dapat off SGD8. Bayar SGD12 jer. Tapi kalau nak naik mrt, cara sama macam cerita time pegi.
2) Urusan passport di Singapore guna autogate jer.
3) Lepas tu turun bawah, naik bas 2 dolar (bayar dalam bas) pegi CIQ JB. Urusan di JB pun guna autogate jer. Segalanya cepat. Selamat kembali ke Malaysia.
Jika dah ada direct bas dari larkin/jb sentral ke Queen Street lagi senang. Tak pasti dah beroperasi atau tidak.Sekadar share pengalaman masuk Singapore pada hari pertama land border dibuka.
** just penambahan info, mungkin ada yang lupa
– kalau nak beli souvenir, beli kat mustapha centre. Situ murah dan banyak pilihan. Turun MRT Farrer Park
– Kalau nak makan nasi briyani, turun bugis station. Memang kalau pegi, tak cari lain.Terus pegi Zam-Zam yg berhadapan dengan masjid. Ada juga kedai lain.
– nak cari hotel ada kolam tapi murah dan dekat kawasan bandar? Boleh try Ibis Budget Clarke Quay. Bawah RM250 boleh dapat bilik yang selesa tapi tak luas dan tak ada tingkap. Saya dapat RM207 via Klook.
Luas sekitar 12m tapi for me selesa. Bukan nak duduk lama. untuk rehat dan tido. Tapi ada juga bilik yang besar sikit dan ada tingkap tapi mahal lagi. Paling best ada kolam tingkat atas bersaiz sederhana. Kolam tutup 10 malam. Hotel pun bersih. Standard Ibis. Hotel sekitar 5-7 min walk ke mrt clarke quay.
Sebelah hotel ada 7-11.
Dari hotel blh jalan 15- 20 minit pegi merlion park/esplanade.
itu sahaja perkongsian.moga bermanfaat.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI