Kampung Agong lokasi ekopelancongan, membangkit nostalgia kehidupan kampung Melayu tradisi lalu.
Kampung Agong lokasi yang sangat disarankan untuk anda yang gemar bergambar berlatar belakangkan panorama desa selain merasai sendiri suasana kampung tradisi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Paling utama, pastikan anda mengambil kesempatan untuk merakam gambar menarik di setiap sudut di sini. Bayaran masuk dikenakan untuk masa dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Nama Kampung Agong diberi bersempena dengan nama jolokan yang diberikan orang kampung kepada Ang Peng Tiam, 84, iaitu ‘Agong’ kerana beliau mempunyai sebidang tanah yang luas, kebun kelapa dan sawah padi.
Ini antara gambar perkongsian daripada pengunjung Ellyuna Rose yang berkunjung ke Kampung Agong ini.
Saya ingin berkongsi tempat menarik yang sangat best bagi yang suka OOTD dan bergambar. Pada 17 Julai 2020, saya berkesempatan melawat Kampung Agong, Penaga, Penang. Bayaran masuk RM8 sangat berbaloi. Terdapat banyak port OOTD yang lawa dan cantik ala-ala oversea gitu. Viewnya sangat ohsem dengan bentangan sawah padi yang elok menghijau. Makanan dan minuman yang dijual di dalam kawasan ni sangat murah. Kemudahan tandas juga disediakan. Bagi yang ingin mengayuh basikal tua, cas rm5 dikenakan.
Saya sangat rekomen tempat ini untuk anda datang!