Teringat ada satu masa, saya pernah menonton filem Gila-Gila Remaja di kaca television bersama-sama dengan keluarga. Sungguh asyik ketika menonton filem itu, kerana setiap babak yang ditayangkan pasti membuatkan mereka yang pernah melalui zaman 80, 90-an dahulu teringat-ingat kenangan indah waktu dulu.
Filem arahan Hussein Abu Hassan ini evergreen sepanjang zaman dan dialog paling popular yang tak akan luput daripada ingatan adalah, “Roy, Roy. Hati Kau Keras… Selalu Berkorban Untuk Orang Lain”. Memang berhantu dialog ni. Masakan tidak, filem ini ditayangkan pada tahun 1985 dan sehingga kini, kata-kata tu masih melekat di kepala.
Ditambah dengan pelakon kacak iaitu Faizal Hussein, cukup membuatkan anak-anak gadis waktu itu tersenyum meleret sampai ke cuping telinga bila melihat watak Azroy yang dimainkan beliau tersenyum simpul ketika babak-babak di dalam filem Gila-Gila Remaja. Tak cukup dengan itu, heroin Suziana yang dimainkan oleh Rehana Yassin membuatkan pemuda-pemuda tersiull di tepi parit kampung sambil memetik gitar kapak. Ah, indah sungguh kenangan waktu itu.
Selayang pandang filem ini dimana Azroy telah jatuh cinta dengan seorang pelajar baharu iaitu Suziana. Di satu hari, Azroy dan rakan-rakan telah terlibat dengan pergaduhan bersama dengan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gagak Hitam. Dek kerana peristiwa hitam yang berlaku itu membawa kepada kes polis, Azroy terpaksa memutuskan hubungannya dengan Suziana atas permintaan ayah Suziana dan membawa diri demi cintanya.
Fenomena remaja masa dulu
Fenomena yang dihasilkan filem itu tidak terhenti pada pelakonnya sahaja, malah gaya, percakapan dan pakaian yang digunakan turut menjadi trend ikutan remaja tahun 80-an. Dengan motorsikal scrambler dan jaket kulitnya, kasut Nike kuning, t-shirt putih bendera Jepun, tali pinggang kulit dan gaya menyandang jaket di bahu menjadi ikut-ikutan di merata-rata tempat.
Di zaman itu jugalah alunan musik rock menghiasi pentas seni tanah air dan berkumandang di corong-corong radio tanpa henti. Kaset-kaset rock laku keras macam goreng pisang panas wa cakap sama lu! Andai diberikan sikit kesempatan, sudah tentu saya ingin kembali ke zaman itu. Cukup sekadar sehari sudah memadai untuk memekarkan kembali kenangan-kenangan lama yang sentiasa terpahat dalam ingatan.
Himpunan Gila-Gila Zaman Remaja tak lama lagi!
Kesempatan itu akan tiba tidak lama lagi di himpunan motorsikal retro terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini iaitu Retromania Grand Gathering 2019 (RGG2019). Kesempatan untuk throwback kembali nostalgia filem Gila-Gila Remaja akan terjadi kerana tema yang diangkat kali ini adalah Gila-Gila Zaman Remaja. Ribuan motorsikal-motorsikal scrambler akan membanjiri Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 13 & 14 April ini nanti.
Buat gadis-gadis yang pernah tergila-gilakan Faizal Hussein dan sekarang dah jadi mak-mak orang, anda juga boleh datang ke lokasi kejadian kerana Azroy juga akan turut bersama-sama menggamitkan lagi memori zaman Gila-Gila Remaja bersama anda.
Buat kaki-kaki motorsikal retro diluar sana, jangan lupa servis motorsikal anda. Jangan nanti, “bunyi macam ribut tapi lari macam siput!”. Hahaha.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI