Norma Baru: MRT Jakarta Larang Penumpang Berborak & Bercakap Guna Telefon Bimbit

Share

Banyak norma baru yang dilaksanakan dalam kehidupan masyarakat di dunia sekarang bagi menangani penularan pandemik COVID-19. Ada yang kedengaran janggal dan pelik, tetapi itu la yang perlu anda ikuti demi menjamin kesihatan sejagat.

Selepas beberapa taman tema di Jepun melarang pengunjung ‘berteriak’ ketika menaiki roller coaster, terkini di Jakarta, Indonesia pula mengeluarkan arahan ‘unik’. Pengguna perkhidmatan pengangkutan MRT di sana dilarang bersembang dengan penumpang lain atau berbual menggunakan telefon bimbit.

Foto: Bernama

“Seperti yang diketahui bahawa COVID-19 umumnya dapat ditularkan melalui titisan air liur yang dihasilkan ketika orang yang dijangkiti batuk, bersin, atau berbicara,” menurut ciapan instagram rasmi syarikat pengendali MRTJakarta.

 

MRT Jakarta, mercu baharu pengangkutan Jakarta itu mula beroperasi pada 24 Mac 2019 lalu, sebelum ini turut menguatkuasakan had jumlah penumpang lebih dari separuh kapasiti tren, jarakan sosial serta pemakaian pelitup muka, sejak Mac 2020.

Sementara itu syarikat pengendali komuter PT Kereta Commuter Indonesia (KCI), juga dijangka melaksanakan arahan dan peraturan yang sama (larangan berbual di dalam komuter).

Sehingga 1 Jun 2020, kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 26,940 kes, dengan kematian kini berjumlah 1,641orang.

 

 

Sumber: Bernama

Oleh
Husna