Aduhai, segala perancangan untuk melancong dala tempoh beberapa minggu ini nampaknya terpaksalah dikuburkan. Malah penulis endiri berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat untuk makan angin di sebuah negeri di Pantai Timur.
Namun sebagai rakyat yang patuh dengan undang-undang dan menyahut seruan kerajaan dalam misi memerangi penukaran wabak Covid-19,kita semua harus mainkan peranan.
Seperti mana kita semua sedia maklum, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa Negeri di Malaysia. Ini kerana kondisi semasa dengan kadar jangkitan atau penularan yang sangat tinggi.
Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential services sahaja . Namun kita usah panik. Mari kita sama-sama melangkah hadapan dan duduk di rumah!
Lupakanlah niat nak travel buat sementara waktu. Tangguhkan perancangan ke masa yang lebih sesuai di masa akan datang.
Penuhkan aktiviti anda dan sekeluarga dengan suasana ceria.
Dibawah adalah senarai 20 idea bagi aktiviti yang anda dan anak-anak boleh lakukan dirumah semasa PKP dilaksanakan.
1. Keluarkan permainan papan anda.
2. Buat suatu diari bagi tujuan mencatat aktiviti harian anda sekeluarga.
3. Ini masanya untuk anda membuat kek atau biskut! Mana tahu, jika ianya enak, anda mungkin dapat menjana pendapatan baharu.
4. Belajar untuk membuat penyediaan makanan awal. Ini adalah sangat berguna bagi yang harus bekerja dari rumah kerana ianya menjimatkan masa ketika perlu meyediakan makan tengah hari.
5. Adakan malam menonton filem di rumah. Setiap malam, satu orang dari ahli keluarga anda dapat memilih satu filem untuk ditonton.
6. Jika anda belum pernah mencuba, apa lagi, ayuh bersenam di rumah.
7. Lakukan countdown dan perkara-perkara yang produktif bagi hari-hari yang akan datang.
8. Bantu anak-anak anda dengan kerja sekolah mereka.
9. Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.
10. Buat suatu senarai destinasi pelancongan di Selangor yang anda ingin lawati.
11. Kemaskan rumah anda. Selongkar barangan tidak terpakai anda dan ketepikannya bagi pemberian bantuan kebajikan.
12. Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.
13. Hiaskan rumah anda.
14. Berkelah atau berkhemah di laman rumah.
15. Adakan panggilan video bersama rakan-rakan atau saudara mara anda! Jarak bersosial tidak bermakna anda tidak bersosial.
16. Rancang percutian keluarga anda di Selangor.
17. Mulakan aktiviti berkebun dirumah.
18. Cipta satu filem keluarga di rumah.
19. Reka satu peta bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati setelah tamat tempoh PKP ini.
20. Karaoke di rumah!
Lakukan aktiviti-aktiviti ini bagi mengisi masa lapang anda di rumah sepanjang melalui tempoh sukar ini. Dengan ini, anda dan anak-anak boleh menghindari diri dari keinginan untuk keluar bersiar. Tambahan pula, anda dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda.
Kredit: Tourism Selangor