Perkara pertama yang terlintas di fikiran sewaktu membaca mengenai info hotel ini adalah – wow! Tak pernah terbayang akan ada satu hotel wujud lebih daripada 1,300 tahun lamanya atau pada tahun 705.
Tapi itulah hakikatnya apabila sebuah hotel di Jepun mendapat pengiktirafan sebagai hotel tertua yang masih beroperasi di dunia iaitu Hotel Nishiyama Onsen Keiunkan. Hotel ini telah diuruskan selama 52 generasi!
Hotel ini terletak di kaki gunung Akaishi di Jepun dan terkenal dengan kolam air panas yang terhasil daripada mata air bumi berhampiran kolam air panas Hakuho.
Ads
Untuk menginap di hotel yang mempunyai 37 bilik ini, korang perlu ke daerah Chubu, Jepun dan terus ke pekan bernama Hayakawa. Hotel Nishiyama Onsen Keiunkan ini mempunyai pemandangan yang indah kerana terletak berhampiran kawasan pergunungan.
Jadi korang boleh bayangkan sebuah hotel yang terletak di kawasan tanah tinggi dan di kelilingi pergunungan, memang menyajikan satu pemandangan yang super awesome!
Ads
Selayang pandang mengenai sejarah hotel tertua di dunia ini – ia mula didirikan oleh Fujiwara Mahito pada tahun 705 sebagai rumah inap. Dek kerana latar masa ianya didirikan pada era Keiun, maka hotel ini dinamakan sebagai Keiunkan.
Ads
Satu lagi perkara yang membuatkan hotel ini lebih menarik adalah pemandangan Gunung Fuji turut kelihatan kerana Hotel Keiunkan ini terletak di Yamanashi, kawasan yang sama dengan Gunung Fuji.
Kalau korang boleh sampai dan bermalam di sini, memang best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sri Lanka menawarkan banyak pilihan untuk sebuah pulau yang ukurannya hampir sebesar wilayah Sumatera Utara. Di Sri lanka terdapat empat warisan dunia yang termasuk dalam bandar bersejarah, tempat-tempat tinggalan kerajaan Buddha di masa lampau.
Sigiriya
Sigiriya ini sebuah temple yang berbentuk sangat unik, bentuknya ialah sebuah bongkahan batu besar yang berwarna hitam kejinggaan. Anda boleh naik ke atas batu ini hingga ke puncaknya dan melihat pemandangan yang sangat menarik dari atasnya.
Anuradhapura
Anuradhapura adalah bekas ibukota pertama Sri Lanka, di sini terdapat banyak sekali patung-patung besar yang letaknya tersebar di seluruh penjuru kota lama. Untuk menjangkau patung-patung ini anda boleh menyewa tuk-tuk/bajaj , selama tiga hinga empat jam.
Polonnaruwa
Polonnaruwa ialah ibukota Sri Lanka sesudah Anuradhapura, di sini terdapat banyak runtuhan kota kuno seperti royal palace, library, audience hall serta pahatan patung-patung Buddha yang sangat terkenal. Untuk menjangkau tempat-tempat di sini sama seperti di Anuradhapura anda boleh menyewa bajaj.
Dambulla
Dambulla terletak hanya sejam perjalanan dari Sigiriya , kunjungan ke Sigiriya rugi jika tidak dikombinasikan dengan Dambulla. Dambulla sendiri merupakan gua yang dengan lukisan mural Buddha dan figura Buddha. Di Dambulla terdapat lima gua.
Hill Country
Kalau anda memilih pergi ke kota-kota dengan alam pergunungan dan bukit bukau, hutan atau taman nasional, kebun teh,sungai dan air terjun atau ingin melakukan trekking maka hill country di Sri Lanka adalah tempat yang tepat.
Kandy
Kandy ialah kota terbesar kedua di Sri Lanka, Kandy merupakan base yang sangat ideal untuk menuju ke kota-kota bersejarah atau menuju kota-kota di hill country. Kandy sendiri merupakan kota yang cuacanya cukup sejuk, dengan lokasi utama adalah Temple of Sacred Tooth yang terletak di tepi danau buatan Kandy Lake.Di Kandy sendiri pada bulan Ogos terdapat perayaan Kandy Pesahera yang sangat fotogenik dan menarik.
Adam’s Peak
Adam’s Peak ialah gunung yang sangat suci untuk penduduk Sri Lanka, gunung ini merupakan tempat ibadat pada bulan Disember hingga Mac. Pada bulan ini, anak tangga menuju ke puncak gunung akan diberi lampu, sehingga pelancong mahupun penduduk dapat naik ke puncak dan melihat pemandangan Hill country dari puncak Adam’s Peak yang sangat lagenda. Selain itu juga terdapat fenomena alam Shadow of Adam’s Peak di mana akan muncul siluet bayangan gunung pada ketika matahari terbit. Perjalanan naik hingga ke puncak Adam’s Peak memerlukan waktu sekitar dua hingga empat jam dan turun sekitar dua jam. Salah satu itinerary wajib Srilanka.
Ella
Ella sendiri merupakan kota yang hanya terdiri dari satu jalan kecil, akan tetapi Ella merupakan tempat yang sangat ideal untuk berehat dan menikmati udara bukit atau kebun teh, selain itu anda juga boleh melakukan hiking untuk melihat persekitaran Ella dengan berjalan ke Little Adam’s Peak (dua jam pulang pergi) atau Ella Rock ( empat jam pulang pergi) atau pergi ke air terjun Rawana serta Gua Rawana.
Haputale
Haputale sendiri merupakan kota perbukitan yang menjadi base ideal untuk mengunjungi Horton Plains National Park (salah satu taman nasional terbaik di Srilanka) juga beberapa ladang teh sekitar seperti yang paling popular iaitu Dambatenne Tea Factory, di mana teh Lipton terdapat di sana. Perjalanan dengan kereta dari Haputale ke Ella menawarkan salah satu pemandangan terbaik di Sri Lanka.
Nuwara Eliya
Selain itu ada beberapa tempat di Sri Lanka seperti Nuwara Eliya yang terkenal sebagai The Scotland of Srilanka di mana tempat ini merupakan tempat rehat orang-orang Inggeris pada zaman kolonial dulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Glamping pada hari ini menjadi antara trend percutian dalam kalangan pencinta alam semula jadi dengan menginap atau bermalam dalam khemah tanpa mengetepikan keselesaan.
Buat anda yang berkeluarga, percutian cara ini sangat berbaloi kerana lebih selesa terutama yang memiliki anak kecil. Glamping merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan.
Nah, ini satu lagi cadangan daripada LIBUR destinasi glamping menarik untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan pada hujung minggu nanti.
Canopy Villa Glamping Park satu lagi resort percutian berkonsepkan glamping yang terletak di Janda Baik, Pahang bakal memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan kepada anda yang nak tinggal bermalam dalam khemah dan ingin dekat dengan flora dan fauna.
Pengunjung boleh alami suasana yang jauh dari hiruk pikuk kota raya dan celik mata dari tidur dengan pemandangan hijau yang terdapat di sekitar tempat ini.
Tambahan pula, ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sekitarnya seperti memanah, memancing, berbasikal, mandi sungai dan bersiar-siar di kawasan sekitar. Pada malam hari, aktiviti BBQ dan duduk mengelilingi unggun api akan menjadi penutup hari percutian kalian yang sangat indah.
Tempat ni sumpah cun, lagi-lagi kalau korang jenis yang suka ambil gambar. Hari ini sudah menjadi ‘trend’, ramai yang berminat untuk ke sesuatu lokasi itu, jika mempunyai kelainan terutama untuk merakam gambar dan dikongsikan ke laman sosial peribadi.
Anda tercari-cari lokasi ideal untuk ber ‘OOTD’, pra graduan atau abadikan gambar perkahwinan di sekitar Kampar Perak? Boleh singgah ke Bandar Agacia atau dikenali sebagai The Trails of Kampar untuk melihat kelainan daerah ini dari sisi yang lain.
Terletak tidak jauh dari bandar Kampar, deretan bangunan kedai tiga tingkat yang dicat dengan kombinasi pelbagai warnal-warna ceria menyerupai bangunan deretan kedai di bandar zaman kolonial. Rekaan bangunan di Bandar Agacia ini tampil dengan konsep yang unik dan ceria berdasarkan idea kartun animasi serta fantasi terutama di University Square Kampar. Pembinaannya mengambil inspirasi daripada ‘The Trails of Redmond’ iaitu satu bandar di Washington, Amerika Syarikat.
Dapat abadikan foto berlatar belakangkan kawasan ini memang menarik kan? Anda kena pandai menggunakan sudut yang pelbagai untuk mendapatkan gambar terbaik.
Setiap unit bangunan mempunyai ciri dan rekabentuk tersendiri serta berbeza antara satu sama lain. Sambil bergambar dan bersiar-siar, jika terasa lapar dan dahaga, lokasi itu turut menempatkan beberapa kemudahan kedai makan seperti kafe yang dihiasi indah mengikut tema di bandar itu. Lebih menarik jika anda memilih untuk duduk di kawasan terbuka bersantai sebentar sambil berborak dengan yang tersayang.
Nama setiap lorong di Bandar Agacia ini juga dinamakan dengan nama yang kreatif berdasarkan konsep bangunan yang terdapat di lorong tersebut antaranya seperti Disney Avenue, Castle Avenue dan Pavilion Avenue.
Bandar Agacia ini dikatakan lebih popular dalam kalangan orang luar berbanding penduduk tempatan yang mungkin tidak menyedari kewujudan port menarik ini. Jom lah orang Perak datang bersiar-siar ke sini sambil merakam gambar best untuk dijadikan kenang-kenangan.
Trivia Sejarah lokasi Bandar Agacia ini dahulunya merupakan bekas daripada tapak tasik terbentuk hasil tinggalan aktiviti perlombongan biji timah yang pesat membangun pada satu ketika dulu.