Ramai di antara kita sudah menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. Dan biasanya mengerjakan umrah dan haji selain ada yang bekerja di situ. Masa yang singkat tidak memungkinkan untuk kita menerokai keseluruhan bumi Saudi walau ada banyak lokasi menarik dan tinggalan sejarah lama dalam tempoh yang singkat.
Satu perkongsian dari fb, Masnira Ramli mengenai percutian di Arab Saudi khususnya di Al Ula ini pasti membuatkan kita teruja kerana pengalaman memetik buah-buahan segar bukan selalu dapat dilakukan di Arab Saudi.
Baca perkongsiannya. Mana tahu satu hari rezeki kita dapat berlamaan di Arab Saudi, dapatlah jelajah negara ini.
Citrus dari Oasis Al Ula
Cuti sekolah Saudi ada seminggu. Fikir mana nak pergi. Akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Al Ula lagi. Kerana sebelum ini kami datang pada musim panas dan awal musim sejuk. Kali ini mahu menikmati keindahan kemuncak musim sejuk. Termasuk banyak sangat aktiviti di Al Ula ini yang ada khas pada musim sejuk sahaja.
Macam biasa, musim covid ni kami lebih suka menginap di rumah ladang dari mengambil hotel. Rasa lebih selamat kerana kurang percampuran. Kami sahaja di situ. Lebih lagi kes omicron di Saudi tengah naik dengan drastic ni. Perlu lebih berhati-hati dalam menjaga SOP.
Ada beberapa siri di Al Ula yang saya nak kongsi.
Yang pertama, tentang tanaman buahan citrus ini. Pernah tak kalian tahu di Al Ula Arab Saudi ni terkenal dengan tanaman citrus sejak beribu tahun dahulu? Ia telah berkembang di Oasis Al Ula bermula pada awal tahun pertama BCE, Oasis Hegra atau kini lebih dikenali sebagai tamadun Nabatean.
Air segar dari bawah tanah oasis Al Ula ini mampu membekalkan kesuburan kepada 200 000 pokok citrus sejak beribu tahun dahulu! Membolehkan pokok hidup subur di tengah padang pasir berangin. Pokok kurma yang menjulang tinggi pula membantu melindungi pokok-pokok citrus dari terkena cahaya matahari secara terus. Baru saya faham kenapa kebanyakkan kebun limau ini biasanya dikelilingi oleh pokok kurma.
Berkunjung di Al Ula pada musim sejuk ini sangat tepat kalau nak merasa buah limau segar dari atas pokok. Memang musim dia! Kalau musim panas dapatlah merasa buah kurma dan buahan yang lain seperti buah tin dan anggur.
Ada beberapa 29 jenis tanaman citrus di sini. Banyak kan? Bila baca maklumat dan tengok limau yang ada. Saya pun keliru yang mana satu saya makan. Jom kita tengok sedikit nama-nama limau ni. Sedap pula namanya. Boleh buat nama anak. Kikiki.
1. Torounge
Kacukan limau dan Pamelo. Di antara jenis yang terawal di tanam sejak tamadun Nabatean! Masih popular sehingga kini. Limau jenis ini digunakan untuk membuat minyak wangi.
2. Orange
70-80% tanaman citrus di AL Ula adalah jenis orange.
3. Jaffa Orange
Juga dikenali dengan nama Shamouti. Dikenali dengan rasa yang sangat manis.
4. Succari Orange.
Ingat kurma je ada nama succari, rupanya limau pun ada. Limau succari manis dan berair.
5. Bousorra
Warnanya pucat dan lebih berasid.
6. Baladi
Yang sesuai untuk dibuat jus.
7. Mandarin dan clementines
Yang ni kita biasa dengar kan? Di Al Ula juga limau jenis ini di kategorikan sebagai áll the time favourite.
8. Lemon Bin Zhir
Lemon yang digunakan dalam masakan tradisional arab seperti Kabsa yang diketegorikan sebagai hidangan kebangsaan Saudi.
9. Chaiiri dan Sweet Helou.
Juga dalam keluarga lemon.
10. Grape Fruits
Warna lebih gelap. Popular dikalangan penduduk tempatan Al Ula.
11. Marsh.
Tiada biji. Ditanam sebagai daya tarikan antarabangsa.
12. Pamelo dan Kumquat
Juga dikenali dengan nama maliki.
Itu sahaja nama-nama limau dan lemon yang saya dapat cari. Selebihnya sampai 29 jenis. Tak tahu dah nama apa mereka bagi! Yang penting rasa limau di sini sangat pelbagai. Saya yang kurang suka limau pun boleh jadi suka. Saya suka yang manis dan tak berair sangat. Rangup-rangup bila kunyah. Aih, malaslah nak cerita lebih! Nanti ada yang mengidam jauh pula nak kena cari. Jom kita layan gambar dan video.
#travelogbumisaudi
#alula
#jalanjalanarabsaudi