Bagi penggemar hidangan bufet stimbot halal, Meisan Szechuan di Leo Pacific City Centre (dikenali sebagai Quality Hotel Kuala Lumpur) menyediakan promosi hebat untuk anda. Istimewanya stimbot yang disediakan halal yang diakui oleh pihak JAKIM.
Restoran ini menyediakan seleksi juadah bufet yang terdiri daripada beraneka jenis sos yang disediakan daripada chef sendiri, serta 100 jenis aneka hidangan seperti bebola ikan, sayur-sayuran, aneka makanan laut yang enak. Menurut Mahamad Shukor Zinnol selaku Senior Sous Chef sos yang disediakan dari ilhamnya dan ia adalah kombinasi Thailand dan Vietnam namun disesuaikan dengan cita rasa Malaysia.
Antara sos tersedia untuk pilihan pengunjung ialah Leo Sos, Connie Sos, Black Pepper Sos, Thai Chili Garlic Sos, Plum Chili Sos, Red Chili Sos dan Sesame Chicken Sos. Hadir dengan memberikan pilihan dua jenis kuah rebusan sup Tom Yam atau Pati Sup Ayam Istimewa. Hanya panaskan periuk , apabila mendidih masukkan daging ayam, aneka makanan laut, sayuran atau mi. Aroma rebusan makanan terbau dari kuah tomyam dan Sup Ayam pasti membuka selera anda.
Dengan lokasi yang terletak di tengah bandar raya serta dikelilingi dengan bangunan pencakar langit serta pusat membeli belah terkenal, restoran Meisan adalah antara restoran bufet halal yang terkenal di kalangan penggemar bufet di kalangan penduduk kota. Di Meisan sesuai untuk menikmati stimbot beramai-ramai. Ruang makan yang luas , selesa untuk bersantai sambil makan.
Anda boleh mengunjungi ke restoran ini dari jam 5.00 petang hingga 10.30 malam, dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu RM39.80++ (dewasa) dan RM29.80++ (kanak-kanak).
Bagi mereka yang mencari makanan yang sihat dan berkhasiat dengan harga yang berpatutan, Meisan Szechuan wajar menjadi pilihan yang sesuai bagi anda. Bagi yang ingin menikmati suasana kebersamaan, pilihan menu di sini dapat menemani keluarga anda dan menghadirkan suasana yang akrab.