Kalau berkunjung ke Kuala Kangsar, Perak, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Kampung Warisan Budaya di Karai untuk menikmati pengalaman serta menyelami budaya warisan Melayu.
Nikmati Kampung Warisan Budaya
Apa yang menarik di sini, Kampung Warisan Budaya menempatkan 11 buah replika rumah-rumah tradisional Melayu yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Kampung Warisan Budaya juga dilengkapi dengan ruang pameran terbuka dan tertutup untuk disewa dengan harga yang berpatutan bagi tujuan promosi produk-produk yang berkaitan dengan warisan dan budaya.
Ada Pasar Seni dan Warisan
Pasar Seni dan Warisan di sini pula dibuka setiap Sabtu dari 9 pagi hingga 4 petang di Kampung Warisan Budaya, Karai. Masuk percuma.
Jadi buat anda yang masih tercari-cari tempat best untuk bawa anak-anak menikmati hasil seni dab warisan, boleh lah singgah di Karai.
Lokasi:
Kampung Warisan Budaya
Lot 1380 B Karai, 33600 Kuala Kangsar, Perak.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taman Persahabatan Selangor – Jepun Lokasi Percutian Menarik Di Shah Alam
Ramai yang sukakan keindahan Jepun terutama melihat keindahan Bunga Sakura yang menjadi ikonik negara tersebut.
Namun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih tidak membenarkan mana-mana individu merentas negeri, percutian dalam negeri sebenarnya masih banyak untuk diterokai.
Salah satunya ialah Taman Persahabatan Selangor – Jepun yang memaparkan keindahan negara tersebut. Dibuka secara rasmi pada 12 Mac lalu, -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara percuma untuk kunjungan orang ramai.
Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.
Dalam ucapan kepada media sebelum ini, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, idea pembinaan taman dicetuskan kerajaan Selangor pada tahun 2018 apabila melihat banyak dari Jepun yang melabur di negeri itu.
“Syarikat besar seperti Panasonic, Canon, Matshushita dan lain-lain lagi telah membuka kilang di sekitar bandar raya Shah Alam.
“Ini adalah salah satu cara untuk kita mengucapkan terima kasih kepada pelabur Jepun kerana memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan mereka,” katanya yang menganggapan pembukaan taman ini sebagai simbolik keakraban di antara kerajaan negeri dengan pelabur Jepun.
Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
Jadi pada hujung minggu, kalau mahu beriadah di sini, jangan lupa singgah di Taman Persahabatan Selangor – Jepun ini. Gambar sumber : FB MBSA
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Tempat Mandi Berbumbung Dan Petting Zoo, Anak Akan Suka Ke Refarm Kampar
Kebanyakan keluarga selesa bawa anak-anak ke Refarm, Kampar disebabkan tempatnya yang luas dan boleh buat beberapa aktiviti menarik juga selain mandi.
Kalau nak mandi, di sini air kolam dari air sungai, ada petting zoo juga. Apa yang menarik, kolam renang berbumbung, tak kena panas.
Walaupun tidak menginap, pengunjung luar pun boleh mandi dengan kadar harga RM15/orang.
Senang untuk berteduh, sebab kat sini ada banyak gazebo, sinki. Makanan luar boleh bawa masuk dalam dengan caj tambahan RM10.
Pelbagai aktiviti best ada dekat sini, boleh naik paddle, bagi makan haiwan, dan ini antara yang menarik:
√Mini Zoo
√Jungle Trekking
√Vegetable Farm
√Time Tunnel
√Waterfall
Nah, tayang gambar binatang dulu pada anda yang tertanya-tanya ada binatang apa di sini.
Lokasi:
Refarm Kampar, Perak
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Tengas Peneman Pengunjung Berenang Di Sungai Chiling
Hujung minggu ini, bawa keluarga luangkan masa mengunjungi Santuari Ikan Sungai Chiling. Lokasi ini menjadi lokasi wajib pelancong dari dalam dan luar negara untuk melakukan aktiviti rekreasi.
Terletak kira-kira 13 kilometer dari Kuala Kubu Bharu, Selangor atau 70km dari Kuala Lumpur, ia juga antara lokasi cukup menenangkan kerana di kelilingi alam semula jadi yang masih kekal terpelihara. Bagaimanapun, ia hanya dibuka kepada pengunjung pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.
Kawasan ini diurus baik Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Ikan Tengas banyak hidup kat sini. Hutan ini juga hutan simpan. Jadi tidak dibenarkan aktiviti memancing atau menangkap ikan. Pengunjung hanya boleh memberi makan, berenang bersama atau membelai ikan tersebut sahaja.
Selain tengas jinak, Air Terjun Sungai Chiling tarikan utama. Ia antara air terjun tercantik di Selangor. Yang boleh akses, tinggi 80m. Ada tiga tingkat air terjun, namun dua lagi ditutup kepada orang ramai. Sebelum ini pernah terjadi kemalangan di tingkat dua air terjun. Arus di sana lebih deras dan untuk mendaki sangat curam. Kalau nak pergi juga? Ia adalah atas risiko sendiri.
Dari pintu gerbang Sungai Chiling, berjalan sekitar 10 hingga 15 minit untuk ke pondok renjer, kaunter tiket dan kawasan khemah.
Bayar masuk seorang RM1. Perlu check in barang yang dibawa masuk seperti botol air, keropok, dll. Deposit RM10 dikenakan. Kalau barang bawa masuk takde masa check out, maka RM10 tidak dipulangkan. Sampah mesti bawa keluar sendiri. Sini, boleh beli makanan ikan RM2. Beli banyak sebab seronok beri ikan makan. Atau bawa roti bagi ikan.
Kawasan khemah sesuai bagi keluarga dan anak kecil berkelah. Dari jarak ini pengunjung sudah boleh nampak banyak ikan tengas. Tepi sungai sahaja. Jinak pula tu. Tunggu diberi makan sahaja seperti kucing.
Kalau ingin ke air terjun pula, pengujung perlu melalui denai di tepi sungai. Laluannya sangat santai. Tidak susah. Jika dilihat pada rekod jam GPS, rekod berjalan hanya sekitar 2.3 km dan masa lebih kurang 52 minit untuk sampai. Kena redah sungai sebanyak lima kali. Sepanjang sungai dapat lihat banyak tengas. Banyak spot untuk mandi. Cuma tak sesuai berkelah besar-besaran. Tiada sebarang ruang lapang.
Berkenaan air terjun, ada batu besar sesuai letak barang dan hampar tikar. Batu ni kena panjat. View memang cantik sangat. Di sini ada kolam kecil dalam juga. Lebih kurang 5 meter lebar. Dalam mungkin 1.5m ke 2m. Ada batu yang boleh panjat dan terjun dalam kolam dalam. Arus kuat, kena hati-hati. Sejuk dan seronok.
Jangan lupa bawa googles sebab nak clear view selam sambil bagi tengas makan. Depan mata tengas berenang. Trip santai nii memang seronok. Kawasan bersih hanya sekali – sekala nampak sampah. Yang smoking tu, bawa la ashtray sendiri.
TIPS
- Pergi awal kalau nak ke air terjun tu, bila dah ramai, crowded. Tapi tak semua orang mandi di kolam dalam. Pastikan tahu berenang sebab dalam air kolam tu.
- Pakai kasut, sandle hiking okla
- Jangan tinggal barang bernilai dalam kereta, ada kes pecah cermin kereta
- Jangan redah sungai semasa hujan atau selepas sahaja hujan, elak kepala air
- Renjer mungkin melarang masuk kalau musim hujan
- Tak boleh memancing
- Bawa keluar SAMPAH. Bertanggungjawab sikit
Sumber: Mohd Zulfadli Ahmad Mazaki
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI