Bulan penuh keberkatan ini, Element, Kuala Lumpur menawarkan pilihan makanan yang menyelerakan di Restoran Trace, tingkat 40 sepanjang bulan Ramadan.
Bertemakan Warisan Rempah Ratus hidangan bufet disediakan oleh Chef Eksekutif Hashrul. Sambil menikmati pemandangan indah dari aras 40, pengunjung merasai menu berbuka yang menggamit rasa. Antara yang buat anda kecur liur ialah Gulungan otak-otak dan Kerabu mangga muda bersama ikan bilis, Gulai Daging Salai Utara Nangka Muda, Kerabu Daging Berempah, Kacang Buncis bersama kerabu kerang. Manakala seleksi makanan laut terdiri daripada Udang Cili bersama Ketumbar dan limau, tiram segar, Kepah bawang putih bersama daun bawang . Tidak dilupai sushi, maki roll dan sashimi.
Untuk menambah rasa pada hidangan, sudut Lesung Batu Mak Wan menampilkan variasi sambal iaitu sambal belacan , sambal belacan nanas, sambal belacan mangga muda, sambal rawit, sambal tempoyak, sambal budu, sambal cencaluk dan sambal kelapa.
Mesti cuba di sini termasuk Peha Kambing Bumbu Jawa Barongan dengan Nasi Briyani, Aroma Aneka Ikan Panggang Daun Kunyit, Sup Rempah Utara Malatop dan Assam Pedas Ikan Sembilang Seri Mersing. Juga menu klasik , Nasi Ambeng Ayam Rempah Nusantara dengan olahan rempah ratus yang terpilih.
Warisan Rempah Ratus diinspirasikan daripada menu tempatan, cina, barat dan Jepun di samping menawarkan seleksi makanan yang enak serta pengalaman menjamu selera di sky dining.
Ads
Setiap hari menu yang dihidangkan berbeza bagi memenuhi kepuasan pengunjung. Harga bufet Warisan Rempah Ratus RM 159.00nett untuk dewasa bermula jam 6 .00 pm hingga 10.30 malam di Trace Restaurant and Bar , pada 26 Mei hingga 24 Jun 2017.
Pengunjung pasti tidak sabar untuk menikmati hidangan yang ditawarkan di sini. Jadikan Element Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi berbuka puasa anda bersama keluarga.
Digelar Jelapang Padi Selangor, Sekinchan dan Sg Besar bukan sahaja terkenal dengan sawah padi, tetapi juga kaya dengan hasil bumi lain termasuk buah-buahan, sayuran selain menjadi lokasi penting hasil laut.
Tidak hairanlah dua lokasi di daerah Sabak Bernam ini menjadi lokasi pelancong dari ibu kota untuk menenangkan fikiran terutama pada hujung minggu, selain membebaskan diri daripada hutan konkrit. Malah, ia turut menjadi pilihan pelancong asing kerana menawarkan lokasi percutian menarik dan mendamaikan.
Kepada peminat sawah padi, pantai, kulinari & fotografi, tip percutiaan ini khas untuk anda! Cuti-cuti ala PKPB di Selangor sumber Mohd Helmi
Trip 2 Hari 1 Malam :6 hingga 7 Jun 2020
Lokasi: Jajaran Pantai Barat Selangor, Sekinchan & Sg.Besar, Sabak Bernam.
Sebelum ini sudah banyak kali melalui laluan ini untuk urusan kerja/ laluan en-route ke Pangkor. Tapi itu lah kali ni berbeza sebab musim menuai padi menggamit ke Sabak Bernam untuk tujuan bercuti bersama teman. Kos serba kongsi dapat jimat sikit.
HARI 1
Singgah makan tengahari di Warung Nasi Ayam Golek Ganu Kite di Sungai Buloh. The best of Nasi Ayam in the town. Kos hanya RM10 half chicken +RM1.50 nasi.
OTW singgah pula di Cendol Durian Borhan Kuala Selangor. Cendol yang meresap meleleh ke rongga mulut diiringi kemanisan duriannya. Ingat nak repeat keesokan harinya tapi niat batal sebab terlalu ramai orang hari Ahad. Kos RM8.
Tentatif utama pun bermula seawal jam 2. Baru je belok sikit je sekitar Parit 4 Sg.Burong, kami dah disajikan hamparan karpet semulajadi bernama padi. Terus teruja & berhenti kereta untuk bergambar.
Ah Ma House: Seterusnya ke rumah kedai nenek Ah Ma untuk membeli Kuih Kapit yang berderai di mulut RM20+ Fridge Magnet RM8 Rumah ini juga dijadikan mini galleri menempatkan barang-barang antik.
Rumah Atuk pula hanya berdepan dengan rumah nenek Ah Ma. Tak pasti kenapa rumah mereka asing-asing. Apa pun di sekitar dua buah rumah ini berlatarkan sawah padi nan hijau+kuning. Sayup mata memandang.
Ronda-ronda sekitar pekan Sekinchan
Check-in di Sekin Hotel And Resort, Sekinchan. Masa ni OYO buat promosi RM50/ Twin room puas hati sebab hanya beberapa langkah ke Pantai Redang. Hanya Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Kolam mandi dan menaranya masih ditutup. Berdepan betul dengan Jeti Nelayan Sekinchan.Layan sunset pantai memang A.
Mengakhiri makan malam di warung Ikan Bakar Abah, Sekinchan. Sedap ikan pari bakarnya.
HARI 2
Pagi-pagi selepas subuh, kami dah ke Pantai Redang, hanya di tepi bilik hotel untuk melihat sunrise. Gagal, cuaca tak berapa bagus.
Check out hotel sekitar jam 11 pagi.
Faridah mentarang bakar sekinchan, ya setelah mendengar perkhabaran keenakan mentarang bakar dari sosial media, janggal sekiranya ke Sekinchan tak ke sini. Memandangkan hari minggu dan kerana viral, agak lama kena menunggu giliran masuk kedai ni. Tapi berbaloi sebab Mentarang, Pepahat dan Sembilang dia memang terbaik. Layanan owner dan pematuhan SOP di sini juga pada tahap yang tinggi. Kos makan RM30/seorang. (Termasuk nasi dan air).
Bersiar-siar hingga ke Parit 9 kononnya nak cari Gulungan Jerami padi.Tapi tak jumpa. Mujur jumpa tepi kilang padi di Jalan Tali Air 5.
Singgah di Mango King.
Gallery Padi/Kilang Padi Pearl Rice Garden untuk membeli sekampit beras 5kg.RM13.Ada jenis yang tak dijual komersil di pasaran luar. Galeri ditutup sementara waktu sempena PKPB.
Bergambar di Padi Box dan Kafe N16.
Singgah di Mee Udang Banjir. Tunggu sejam tak sampai-sampai mee nya. Dapat air je. Mungkin udangnya berselindung di balik batu. Malas nak tunggu lagi.
Tamat percutian 2 hari 1 malam di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mersing, pekan kecil yang terletak 136km dari Johor Bahru. Namun, Mersing merupakan tempat mendarat pelancong dari pulau-pulau di Johor. Pulau ini mempunyai tarikan seperti memancing, menyelam skuba, snorkeling dan berehat di pantai. Ia hanya boleh diakses menggunakan bot. Jeti Mersing terkenal sebagai pusat pelepasan bot.
Di Mersing, terdapat banyak pulau indah. Percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.
Ramai dm tanya budget. Sejujurnya budget untuk trip ni tak keras sangat sebab kitorang pun book last minit, cari yang low budget pastu nak santai2 manfaatkan cuti hari Merdeka. Ayu ambik pekej trip 2 hari 1 malam dari geng Pulau Kita. Pekej dah termasuk dengan hotel di Mersing, returns boat, breakfast, lunch & peralatan snorkeling. Memandangkan pergi time public holiday, hotel sentiasa full booked, so memang berbaloi lah ambik pekej dorang ni. Korang kalau tknak pekej bermalam, korang bole ambik pekej daytrip sahaja.
Harga bermalam : RM 200 per pax
Harga day trip : RM 140 per pax
Starting point berkumpul di office Pulau Kita, dekat Mersing Harbour Centre. Nanti ada abang kacak yang akan handle trip
Settle registration & payment, pukul 8.30 dah jalan naik speedboat. Set timing korang cun2, datang awal. Jangan lambat nanti kena tinggal.
Trip bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Pulau Rahsia / Pulau Sri Buat
Sampai je sini guider akan kasi briefing sikit, dengar baik2 tau sebab keselamatan korang atas tanggungjawab masing2. Ada kena hiking sikit ke puncak, dkat atas puncak tu curam & berbatu halus. Kalau bawa anak kecik tolong awasi anak2 anda sentiasa. Warning! atas tu kawasan bahaya.
Taaaapii view dia Subhanallah. Indah sungguh! Hilang penat memanjat.
Dekat sini nanti akan diberikan set sarapan & air panas. Makan tepi pantai mengadap laut, nyaman.
Pulau Raja
Port bergambar. Pulau ni air jernih sangat, ala ala Maldives orang kata.
Kalau timing cantik, air tengah surut & ada luck korang dapat lah jumpa sandbank (pasir halus memutih) serious laa memang akan cantikk gambar korang.
Then dorang akan bawa ke 1 port untuk terjun tiruk (refer gambar) Tempat cantik sangat, batu tinggi2.
Melawat pulau-pulau Mersing (bergambar dari atas bot sahaja, tak turun)
* Paya Bakau
* Pulau Harimau
* Pulau Gual
* Pulau Mensirip
* Pulau Rawa
Pulau Hujung
Dekat pulau ni akan dapat set makan tengah hari. Lepas makan bole buat aktiviti bebas. Bole cari port tidur, kalau nak snorkelling tepi pantai pun cantik. Ada ikan2 kecik. Sape ada bawa roti bole la kasi makan ikan ikan yang tngah kelaparan tu. Jangan lepaskan peluang bergambar
Pulau Tengah
Yang ni boat akan berhenti tengah laut & korang akan diberi peluang terjun dari atas boat! Sape yang berani cobalahh. Padu terukk
Sesi snorkelling tengah laut. Memang best jee, tapi laut dalam dekat sini tak jernih ye. Jangan mengharap nak tengok coral tengah laut, memang non hado! Gelap gelita jee Kalau nak layan coral cantik2 Ayu rekemen korang try dekat pulau area Terengganu (Perhentian/Redang) ataupun Pulau Tioman
Pulau Besar
Dekat sini ada perkampungan & resort untuk bermalam. Kitorang singgah mandi, santai2 minum air kelapa. Kalau nak makan pun ada je restoran/stall burger, tapi self service ye (tak termasuk pekej)
Rehat santai, bergambar. Lepas 1jam, bertolak balik ke jetty Mersing. Bersurai.
Alhamdulillah trip ni puas hati. Layanan dari geng Pulau Kita pun baik je, staff tak sombong, tanya lah apapepun dorang akan jawab
Trip ni pergi ramai2, siap dapat kawan baru haa. Siapa pergi single silap hari bulan balik bawa jodoh je nih. Hihi So korang kalau nak layan gambar atau nak survey pekej bole tengok Instagram Pulau Kita. Nak booking contact je abam2 Pulau Kita ni. Awie 0125444120 / Izzat 0137210398.
• Lokasi bandar Mersing ni kira kira 2 jam perjalanan menaiki kereta dari Johor Bahru (tidak termasuk pekej)
• Jarak hotel ke jetty dalam 5 minit jalan kaki. Nama hotel yang dalam pekej Ayu stay BlueWater Hotel. Hotel budget je ye, tapi selesa ada toilet & aircond. Ada kekurangan sikit2 tu pejam mata jelah Haha. Sesuai je kalau nak bawa anak. Lokasi strategik dekat dengan kedai makan, Ninso, RM2 shop, laundry & 7 eleven.
• Kalau nak survey hotel sendiri boleh je, ada banyak hotel berdekatan dengan jetty. Bole check dengan Agoda/Booking.com . Pastikan jangan jauh dari Mersing Harbour Centre, mudahkan pergerakan korang.
• Jarak dari jetty ke first checkpoint (pulau rahsia) dalam 45min naik speed boat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Cuti sempena tahun baru dimanfaatkan dengan membawa keluarga seramai 12 orang bercuti dengan menaiki Jungle Train atau Train Ekpress Rakyat Timuran dari Kluang Ke Kota Bharu.
Meskipun perlu melalui perjalanan yang lama dalam tempoh 14 jam, tapi bila dah ramai-ramai semuanya meriah dan tak terasa lama. Tambah pula dapat enjoy view cantik sepanjang perjalanan.
Berkongsi itinerari dan juga tip buat yang ingin travel menaiki sleeper trai KTMB yang turut dikenali dengan nama jungle train ini, Muhammad Syafiq mengabadikan kenangan dengan memuat naik gambar-gambar dia dan keluarganya sepanjang percutian mereka ke sana.
Banyak tempat menarik di Kota Bharu yang sempat dilawati oleh keluarga ini meskipun hanya dua hari berada di Bandar Serambi Mekah itu. Sempat piknik ke Pantai Nami di Bachok dan shopping di Pasar Siti Khadijah.
Ikuti perkongsiannya:
Trip Family 4h3M ke Kota Bharu dengan menaiki Train Express Rakyat Timuran.
2 Malam di dalam train & 1 Malam di hotel
8 Dewasa,3Kanak-kanak & 1Bayi.
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu
Semua ambil Koc T8 dan katil bawah untuk keselesan dan view yang lebih luas dan Cantik
Perjalanan mengambil masa selama 14Jam dan akan sampai di Wakaf Bharu Keesokan harinya iaitu Pada 2 Jan 2023.
Saya parking di KTM Kluang berdekatan Kluang rail coffe ,kena pakai TnG card dan bayaran dikenakan max RM5 untuk sehari,open car park tapi still selamat sebab berpalang.
Dari Kluang sampai Ke Kuala Lipis boleh tidur dengan lena sebab malam tak nampak apa pun view,tapi dari Merapoh sampai la ke Tumpat korang kena stay untuk tengok sunrise dan view yang cantik sepanjang perjalanan sehinggala sampai ke destinasi terakhir.
Cafe ada sediakan makan untuk breakfast tapi makanan limited,kalau nak minum-minum dan makan maggi cup sambil lepak dekat cafe pun nice.Saya dah siapakan stock makanan dan jajaan sebab trip family ramai and incaselapar tengah2 malam tu kan ada jugak bekalan.
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu
Train lewat tiba 30mins dari jadual asal
Kami sewa van untuk 1 hari setengah dengan kos RM450 ,van Hiace 12 seat sesuai sangat untuk trip family ni.
Destinasi Pertama selepas Lunch kami pergi jalan-Jalan dan shopping di Komplesk Bebas Cukai,Pengkalan Kubor.
Singah bergambar di Wat Machimmaram,Tumpat.
5:30PM
Sampai di Kota Bharu terus check in di Ibis style Kota Bharu ,aim stay hotel ni sebab dapat offer yang menarik dan kebetulan ada pool,boleh bawak anak-anak buah mandi tapi awas ya,pool dia dalam dan tiada pool kanak-kanak,korang kena bawak pelampung dan awasi anak-anak korang.
8:30PM
Banyak kedai makan yg viral tutup,kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
Breakfast di Kopitiam Kita
Cari ole-ole di Pasar Khadijah
Picnic di Pantai Nami Malaysia,juga di kenali sebagai Pantai Senok.
Pekena ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung
7:00PM
Return Van Sewa di station Wakaf Bharu
Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM
Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tip:
korang boleh downloads Apps KITS KTMB dan buat tempahan seawal sebulan untuk pastikan korang dapat katil bawah dan koc yang bersesuaian.
2. Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dpt view yang penuh sbb ada panel tingkap.
3. Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat),kalau untuk laluan balik insyallah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.
4. Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view dia sangat cantik dan trai akan berhenti sedikit lama di sana.
5. Ruang bagasi tidak disediakan ya,barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc,kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak,korang boleh book extra 1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti.Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat,jadinya 2 orng anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.
6. Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
7. Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun,manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.