NZ

New Zealand pada 8 Jun 2020 lalu meraikan kemenangan memerangi wabak COVID-19 selepas kerajaannya mengumumkan negara itu tidak lagi mempunyai kes aktif.

New Zealand Dah Bebas COVID-19. PM Mereka Umum Kehidupan Akan Kembali Seperti Biasa
Foto: pixel.com

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata pesakit COVID-19 terakhir telah disahkan sembuh, berita gembira itu mendapat pujian banyak pihak dan menjadi antara tajuk utama di seluruh dunia. Beliau turut mengumumkan kehidupan di New Zealand akan kembali seperti biasa dan menarik balik sekatan.

New Zealand Dah Bebas COVID-19. PM Mereka Umum Kehidupan Akan Kembali Seperti Biasa

Ads

“Kita tidak mempunyai lagi kes baharu COVID-19 dan mulai hari ini kita bergerak ke Tahap Satu daripada Tahap Dua, tetapi sempadan masih ditutup,” katanya.

Ads

New Zealand Dah Bebas COVID-19. PM Mereka Umum Kehidupan Akan Kembali Seperti Biasa

Ads
  • Kes COVID-19 pertama di New Zealand dilaporkan pada 28 Februari 2020, serentak dengan itu negara berkenaan turut mengumumkan larangan perjalanan untuk Iran dan China bagi mengekang penularan virus itu.
  • Pada awalnya Jacinda Ardern hanya mengenakan sekatan separa pada 23 Mac 2020.
  • Dua hari selepas itu, kerajaan mengisytiharkan sekatan pergerakan di seluruh negara apabila negara itu mengesahkan 200 kes.
  • Kemudian pada 27 April 2020, sekatan pergerakan dilonggarkan dengan Wellington membenarkan beberapa perniagaan beroperasi semula dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan. Bagaimanapun, perintah duduk di rumah masih dikuat kuasa.
  • Pada 13 Mei, New Zealand semakin melonggarkan sekatan, membenarkan perniagaan, kafe dan restoran dibuka semula, majlis perkahwinan dan pengebumian juga dibenarkan dengan mematuhi syarat penjarakan sosial. Sebahagian sektor pendidikan juga dibenar beroperasi semula.
  • 8 Jun 2020, Kementerian Kesihatan mengatakan tiada lagi kes aktif COVID-19 di New Zealand, pesakit terakhir berjaya sembuh. Namun, langkah pencegahan dan berwaspada perlu terus diamalkan.

Walaupun telah mengumumkan bebas COVID-19, orang ramai yang tiba di New Zealand ini masih perlu dikuarantin selama dua minggu dan akan menjalani saringan dua kali dalam tempoh kuarantin. New Zealand mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 1,504 dengan 22 kematian.

New Zealand Dah Bebas COVID-19. PM Mereka Umum Kehidupan Akan Kembali Seperti Biasa
Foto: pixel.com
New Zealand Dah Bebas COVID-19. PM Mereka Umum Kehidupan Akan Kembali Seperti Biasa
Foto: pixel.com

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI