New adventure for Nature. Trip ke Iceland buat pencinta alam!
Iceland ialah sebuah negara Nordik yang terletak di Lautan Atlantik Utara dan di Lautan Artik. Iceland merupakan negara paling jarang penduduk di Eropah. Mempunyai keluasan 2.5 kali ganda melebihi Switzerland, Iceland juga negara yang menjadi impian traveler untuk sampai dan mengembara di sini.
Bentuk muka bumi yang terdiri daripada dataran tinggi berpadang pasir dan lava, gunung, dan glasier, dan banyak sungai glasier mengalir ke laut melalui dataran rendah. Iceland dipanaskan oleh Gulf Stream dan mempunyai iklim sederhana, walaupun latitud tinggi di luar Bulatan Artik.
Naseer Othman berkongsi itinerari dan bajet sepanjang trip istimewa sempena harijadinya ke Bumi Iceland. Menurut Naseer jika datang ke sini sebaiknya memperuntukkan masa lebih daripada 10 hari barulah dapat menikmati keindahan banyak tempat-tempat menarik yang ada di Iceland.
Berkelana selama 11 hari di Iceland, memandu sendiri lebih 2,000km dan juga banyak berjalan, namun ia sesuatu yang berbaloi untuk dilakukan. Jelas Naseer lagi bajet untuk ke sini juga agak tinggi berbanding travel ke negara Eropah lain kerana perbezaan mata wang yang tinggi. Namun ia satu pengalaman yang cukup berharga untuk disimpan dalam kotak memori seorang traveler.
Ikuti perkongsian Naseer berserta tip untuk anda yang ingin melawat ke Iceland seperti Naseer Othman!
Iceland New Adventure For Nature
Yang minat nature boleh baca- costing mahal yes rm7k habis untuk trip ni.
October 2022 ( 19/10/2022-30/10/2022)
12days(9days on road, 3days on air) autumn suhu -3c to 8c
Waktu siang hanya 8jam ( 9am-5pm)
Ring road( utara timur selatan barat ) 2000km, driver left side, speed limit 90km/H, F road(mountain road jully-sep open), saman speed trap 2-3k, walking total 103km( get fit sebelum datang, kalau tak barai)
Mata wang icelandic kroner 100isk=rm3.3, boleh guna euro or wave CC- totally guna big pay ja. tak payah tukar pun duit
Beza 8jam dari malaysia
safetravel.is tengok keadaan jalan ok ka tak
lesen kereta malaysia boleh pakai, minyak
1liter rm9 . Masuk card, masuk pin, amount dan isi- kena plan betul-betul location petrol pump sebab tak banyak dan jarak jauh. Pastikan yang book kereta adalah orang yang sama nama pada credit card dan lesen kereta dia.
you want to see the Northern Lights then visiting in February, March, September, or October is the best time.
Datang iceland jangan la kurang dari 10hari. Cost dah la mahal datangg sat rugi wei.Saiz Iceland 2.5 kali ganda lebih besar daripada Switzerland.
air tap di iceland adalah yang paling terbersih dan sedap kecuali di myvatn ada bau sulfur macam telur hhaha
Elakkan guna OB petrol pump sbb dia akan pre authorisation 30000isk=rm940, selepas 1-2hari baru dapat refund balik, habis la duit kat bigpay nak guna kat tmpat lain terbantut.
Pegang pintu kereta semasa buka kerana angin terlalu kuat.
Kalau nak pegi ke off road pastikan sewa kereta jenis 4WD atau 4×4 atau bersedia bayar ganti rugi. F- road di Iceland bermakna gravel atau melibatkan river crossing. Bukan semua syarikat membenarkan river crossing. Kereta memangg akan kotor gila, tapi diaorang tak caj pun bila hantar dalam keadaan kotor.
ada terowong 7km di akureyri kena bayar online dalam tempoh 24jam 1500isk(rm49). Jika lebih dari 24jam kena bayar 2500isk
supermarket yang ada bonus, kronan, budin(yang ni not recomended sebab harga mahal rm3)
souvenir banyak di jual di reykjavic town- kena survey dulu tengok harga yang murah- paling murah dapat 399isk(rm13) kedai magic ice nama dia
bawa bekalan makanan dari malaysia jika nak jimat- sini senang imegresan tak check pun.
waterfall di iceland punya la banyak dan semua cantek, so boleh la pilih nak yang mana dalam Itenarary- kalau nama belakang tu foss maknanya waterfall la tu
Skógafoss (36min drive)- waterfall way (gerua song)
Solheimasandur Plane Wreck Sajid D’costa(13min driving)- 3.8km by foot, shuttle 2900 isk (rm95.95) every 30min- overrated hehe. Famous sbb music video gerua song tu ja- bangkai kapal terbang, kalau kat malaysia layak timbang kilo ja haha.
Loftsalahellir Cave(22min drive) – hiking dlm gua untuk dpt view
Dyrhólaey (5 min drive)- sunset
check in Vík Apartments rm1458/4= 365 betul2 dlm town vik dan berhadapan dgn pasaraya kronan
Day4( 22/10/2022)
Black Sand Beach Reynisfjara( 11min drive)- sunrise
Columnes Reynisfjara
Hálsanefshellir cave
Vik i Myrdal Church(12min drive)
Black Sand Beach Vik(3min drive)
Voyage Vik / Voyages Friendship Statue
Katla Geopark( 31min drive)-off road
Laufskálavarða( 48min drive)- formation of rocks
check in Snaebyli Cottage rm943/4= rm236 23min drive- tgk aurora
Day5(23/10/2022)- south coast
Fjaðrárgljúfur (35min drive)- canyon n waterfall
Vatnajökull National Park( 1hour 6min drive)~ Svartifoss- basalt column, parking 750isk- 2km hiking one way elevation 230m
Ads
Fjallsárlón( drive 41min)- background glacier and iceberg
Diamond Beach( 10min drive)- black beach n iceberg
Viewpoint over Jökulsárlón-glacier lagoon
check in Skyrhúsið Guesthouse by agoda rm830/4=rm208 – 12min drive
Day6 (24/10/2022) north
Sea Viewpoint(47min drive)
Viking Village Prop For Movie( 13min drive)- 900isk=rm29
Kesempatan ke Switzerland September 2017 atas urusan pengambaran 13 buah episod program pelancongan yang bertajuk ‘Helo Switzerland’ secara langsung membawa saya ke banyak tempat yang indah yang sebelumnya kurang terkenal di kalangan orang-orang kita. Perjalanan dari satu daerah ke daerah amat mengasyikkan. Semua tempat yang dilawati itu indah, masyaAllah. Nak melelapkan mata barang seminit dua di dalam keretapi yang membawa kami ke sana sini pun terasa rugi.
Geneva, Zurich, Lucerne, Interlaken dan Bern adalah antara bandar-bandar besar yang selalunya menjadi tumpuan pelancong. Tetapi apa yang saya mahu paparkan kali ini ialah sebuah daerah yang bernama Gstaad. Nama yang jarang-jarang didengar bukan. Jom ikuti kembara saya.
GOLDEN PASS
Sebelum itu mari saya ceritakan tentang kereta api popular ini. Ia bukan sebarang kereta api. Ini adalah Golden Pass Train. Memang betul, tidak sah ke Switzerland kalau tidak merasai pengalaman menaiki Golden Pass Train.
Menaiki gerabak klasik kereta api Golden Pass membuat kita rasa seperti golongan bangsawan zaman dahulu. Rekaan dalamannya masih mengekalkan ciri-ciri hiasan kereta api semasa zaman Victoria. Gerabak klasik ini adalah satu daripada jenis kereta api berpanorama yang disediakan oleh sistem kereta api Golden Pass.
Kami menaiki kereta api klasik ini dari Montreux untuk ke destinasi seterusnya iaitu di Gstaad atau sebutannya Stad sahaja. Dalam perjalanan tadi, kami melihat keindahan ladang anggur dan ketenangan Tasik Geneva.
Perjalanan yang mengambil masa sejam dua puluh satu minit itu akhirnya tiba d Saanen. Amboi,seminit pun nak berkira. Sudah semestinya kerana Switzerland amat menitik beratkan soal ketepatan waktu. Setibanya di sana sudah sedia menunggu dua buah van untuk membawa kami ke hotel HUUS Gstaad.
Semasa menerima itinerari perjalanan sebelum berlepas ke Switzerland, saya sudah membuat tinjauan mengenai hotel ini. Hotel yang terletak di lereng bukit ini boleh tahan Alhamdulillah cantiknya. Memang teruja benar rasanya.
Lembah Gstaad terdiri daripada lima buah perkampungan iaitu Saanen, Gstaad, Schonried, Gsteig yang disebut Steig dan Lauenen. Keseluruhan penduduk di sini juga tidak ramai, sekitar 7,500 orang sahaja, sama banyak dengan jumlah ternakan lembu yang ada di lembah ini. Boleh bayangkan tak? Kedengaran macam kelakar tetapi itulah kenyataannya.
Meskipun ia agak kecil namun lembah Gstaad mempunyai reputasi yang besar dalam industri pelancongan Swtizerland. Ia dikenali sebagai pusat peranginan yang menjadi tumpuan golongan ternama dari seluruh dunia. Saya dapat tahu Madonna juga memiliki kediaman peribadi di Gstaad ini. Tak sempat pula nak ziarah dia. Lain kali ye kak Donna.
Pada musim sejuk, Gstaad menjadi tumpuan mereka yang gemar bermain luncur salji. Semasa musim panas pula, kawasan ini dikunjungi oleh para pendaki gunung serta mereka yang suka berbasikal. Seronok dan rileks betul kehidupan mereka kan.
MOUNT WISPILE & ALPHORN
Selepas mendaftar masuk hotel, kami dibawa ke Mount Wispile. Di kaki gunung itu rupa-rupanya sedang berlangsung sebuah pertandingan ratu cantik. Haaa…jangan tak tahu. Bukan orang sahaja yang ada pertandingan ratu cantik, rupa-rupanya kambing pun ada pertandingan Kambing Tercantik. Pertandingan ini diadakan setahun sekali di Gstaad.
Penduduk Gstaad masih mengamalkan kehidupan tradisional dengan mengendalikan ladang serta ternakan sendiri walaupun tempat ini sudah menjadi lokasi pelancongan bertaraf dunia.
Sebagai menghargai hasil ternakan mereka, beberapa acara rakyat diadakan seperti pertandingan Kambing Tercantik. Para penternak akan membawa kambing mereka ke sini untuk dihakimi oleh para juri berpengalaman dalam bidang penternakan.
Dari kaki gunung ini, kami perlu menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak Mount Wispile. Dan dari atas gunung ini, kami dapat melihat bandar Gstaad yang berada di dalam Kanton Bern. Dan di sini juga kami bertemu dengan pemain Alphorn.
Alphorn merupakan alat muzik tradisional Switzerland yang diperbuat daripada kayu lembut seperti spruce atau pine. Pada zaman dahulu, pembuat alphorn akan mencari kayu yang bengkok di perdunya bagi memudahkan mereka membentuk alphorn.
Namun, pada zaman moden ini, para pembuat alphorn cuma mencantumkan dua kayu yang telah dibentuk. Untuk melengkapkan bentuk alphorn, sebungkah kayu keras diukir mengikut bentuk mulut cawan, sebagai muncungnya. Bentuk dan saiz alphorn berbeza di antara satu dengan lain,
Saya ada juga cuba meniup alphorn ini dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pasangan adik-beradik, Kurt dan Martin yang mempunyai pengalaman 40 tahun bermain alphorn. Lucunya tiupan saya tidak keluarkan bunyi apa pun hatta bunyi angin. Bukan sebarang orang pandai meniup alphorn ini rupa-rupanya.
BOLLYWOOD TRAIL
Saya peminat filem Bollywood terutamanya lakonan Shah Rukh Khan. Kalau ke Gstaad jangan lupa menyelusuri Bollywood Trail. Pemandangan alam semulajadi Gstaad serta suasana persekitarannya yang tenang, menarik minat para penggiat filem dunia untuk membuat penggambaran di sini.
Terdapat 150 buah filem menjalani penggambaran di Gstaad dan Saanen. Antaranya, filem blockbuster Bollywood tahun 1995 iaitu Dilwale Dulhania Le Jayange, lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol.
Latar belakang menarik Gstaad yang dipaparkan dalam filem itu secara tidak langsung menarik minat ramai penggemar filem Bollywood untuk datang ke Gstaad. Justeru, pihak berwajib di sini menamakan kawasan-kawasan yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem Bollywood sebagai Bollywood Trail. Antaranya ialah di tengah bandar Gstaad, stesen kereta api Saanen dan jambatan Saanen.
GLACIER 3000
Kalau tadi Mount Wispile, sekarang kita beralih ke Glacier 3000 dengan ketinggian 2,965 dari aras laut. Di sinilah satu-satunya kawasan di Bernese Oberland yang dijadikan kawasan untuk meluncur salji sepanjang tahun. Dengan 24 puncak gunung yang terdapat di sini, menjadikan tempat ini sentiasa dilitupi oleh salji.
Dengan menaiki kereta kabel selama 15 minit, kami dibawa ke ke puncak Glacier 3000. Pada ketinggian ini, saya melihat hamparan salji yang meliputi permukaan kawasan pergunungan Alpine ini. Ia memberi peluang kepada para pengunjung untuk menikmati suasana bersalji meskipun datang di luar musim sejuk.
Di sini, saya melihat keindahan pemandangan puncak 24 buah gunung termasuk Mont Blanc, Jungfrau, Eiger dan Matterhorn.
Glacier 3000 juga terdapat Alpine Coaster iaitu toboggan run tertinggi di dunia yang menuruni kawasan tinggi dengan kelajuan 40 kilometer sejam sambil berpusing dalam pusingan 520 darjah, 10 curam yang berlekok dan 6 kawasan bergelombang. Saya tak naik pun. Serammm…
Kembara ini memang mengujakan. Di sini juga terdapat Peak Walk, iaitu jambatan gantung yang diperbuat daripada kabel besi waja, yang pertama di dunia. Dari sini, pemandangan seluruh banjaran Alps boleh dilihat, walaupun anda gayat pada ketinggian.
Peak Walk by Tissot merupakan jambatan gantung untuk pejalan kaki yang pertama di dunia yang menghubungkan dua buah puncak gunung. Jambatan sepanjang 107 meter dan lebar 80 sentimeter ini merupakan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan puncak Matterhorn, Mont Blanc, Eiger, Mönch and Jungfrau.
Ia di buka sepanjang tahun, bergantung kepada keadaan cuaca dan ia percuma untuk sesiapa yang melawat Glacier 3000.
GASSLIHOF FARM
Kalau nak merasa bagaimana kehidupan di lading, datanglah ke Gasslihof Farm. Ladang ini dimiliki oleh Mr. Walter dan isterinya, Daniela Sumi.
Penternakan lembu, pengeluaran daging dan produk tenusu merupakan tiga hasil pengeluaran terpenting di Gstaad. Malahan, para penternak lembu di sini begitu bangga sekiranya orang luar atau pengunjung tahu mereka ini mengembala lembu. Malahan, perkerjaan mereka telah menjadi salah satu tarikan utama sebagai aktiviti pelancongan. Di Gstaad sahaja terdapat 7,000 ekor lembu, 200 ladang ternakan, yang mana 80 buah ladang masih menggunakan proses pempasturan Alp.
Antaranya ialah Ladang Gasslihof yang turut menyediakan kemudahan tempat penginapan ala Bed and Breakfast. Pengunjung yang bermalam di sini, boleh terus menikmati gaya hidup peladang pada awal pagi esoknya dengan sama-sama memberi makan kepada lembu dan cuba memerah susu lembu.
Dan siapa tahu, jika bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk bersama-sama dengan peladang ini ketika membantu proses lembu melahirkan anak.
Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai suasana yang aman dan menenangkan sila berkunjung ke Gstaad. Kehidupan ala kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar ini akan membuatkan anda rasa rileks dan bagi saya, kalau diizinkan Allah swt melawat Switzerland lagi, sudah tentu saya ingin berkunjung ke sini lagi kerana Switzerland di mataku, Gstaad di hatiku.
Berdasarkan kepercayaan masyarakat setempat, Dewi Anjani merupakan ratu dari kalangan jin Islam. Lagenda ini mempunyai sebuah kerajaan dan singgahsananya ada di Puncak Rinjani. Kerana tidak direstui untuk berkahwin dengan lelaki pujaannya, maka beliau menghilang ke alam ghaib. Hingga saat ini, Gunung Rinjani menjadi tempat yang begitu keramat bagi masyarakat setempat. Secara turun temurun, kaum setempat menjadikannya sebagai lokasi pelbagai ritual.
Nama Rinjani sudah lama terngiang di telingaku. Gunung Berapi Rinjani terletak di Pulau Lombok. Banyak yang mengatakan gunung tersebut sebagai gunung terindah di Indonesia. Gunung yang juga menjadi gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinchi di Sumatera ini mempunyai banyak keistimewaan. Mulai dari keindahan savana Sembalun yang dimilikinya yang selalu saja membuat mata terpesona, disamping sejarah panjangnya hingga terbentuk Danau Segara Anak yang begitu cantik, keramahan porter-porter Rinjani yang punya langkah seperti kuda serta kekuatan seperti badang. Akhirnya terlaksana juga impianku untuk mendaki gunung dengan sejuta pesona ini.
Tanggal 5 Mei 2017 Aku bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menaiki Air Asia. Dari KLIA2 aku menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok juga menaiki Air Asia dengan penerbangan yang mengambil masa selama 3 jam. Setibanya di Lombok barulah aku berjumpa dengan semua ahli ekspidisi group B88outdoors ni yang diketuai oleh Hafiq. Selain itu misi kali ni aku ditemani oleh adikku Arief, Meon dan isterinya Afifah, Deen, Riff, Atoq dan Wan. Setibanya di Lombok, kami dijemput oleh Pak Supir menuju ke Bandar Mataram iaitu ibu kota Lombok yang dikenali sebagai Bandar Seribu Masjid dan Pulau Sejuta Maling. Masjid-masjid megah dan mewah akan mudah dijumpai di setiap desa di sepanjang perjalanan di Pulau ini. Dipanggil Pulau Sejuta Maling pula bukan bermaksud di Lombok ini ramai pencuri dan tidak aman, tetapi ia berkait dengan cara perkahwinan bagi Suku Sasak yang harus dilakukan dengan cara melarikan anak gadis orang! Mujur aku tidak diculik oleh Maling!
6 Mei 2017 Hari kedua di Lombok adalah hari kami mula mendaki. Pendakian kami bakal ditemani oleh dua orang guide iaitu Ali dan Hasan. Manakala porter pula akan membawa barang untuk kami seperti khemah, sleeping bag, carry mat, makanan, air, periuk, pinggan, cawan, dapur dan juga tong gas! Bayangkan beban yang harus dipikul dibahu mereka seberat 30kg sehingga 40kg menaiki gunung demi kelangsungan hidup!
Aku sangat kagum dengan kekuatan fizikal mereka dan juga berasa sedikit sedih dan insaf kerana ada yang berkaki ayam sahaja, berbaju koyak, lusuh dan ada pak cik yang sudah berusia lebih separuh abad masih lagi melakukan kerja berat dan memerah keringat demi sesuap nasi! Rinjani masih menjulang tinggi, menunggu untuk didaki dan para porter telah siap menanti! Terima kasih porter! Jasamu dikenang!
Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Dari basecamp Sembalun sampai ke Pos 1 mengambil masa 3 jam dengan berjalan santai. Pesona Rinjani sudah mula kelihatan dari awalnya dengan pemandangan indah ladang lembu di kaki gunung. Cuaca memang amat terik namun menyejukkan mata dengan padang rumput yang luas dan jangan lupa sapu sunblock dan pakai topi!
Ladang lembu
Sementara kami sedang bergelut untuk mendaki, bertembung pula dengan ramai peserta yang sedang menuruni gunung dengan begitu pantas untuk ke garisan penamat! Pada tarikh ini terdapat acara tahunan ‘Rinjani 100’ iaitu larian marathon merentasi Taman Nasional Gunung Rinjani. Terdapat 13 check point dan tempat berhenti yang harus dilewati peserta untuk tamat dalam cut oftime dalam tempoh 36 jam. Bermula dari Desa Senaru ke Pelawangan Senaru, Danau Segera Anak, puncak Gunung Rinjani dan seterusnya ke Desa Sembalun! Fuhhh! Nak mendaki ke puncak pun kami sudah habis separuh nyawa apatah lagi mahu berlari naik gunung! Memang hebat! Bukang calang-calang peserta yang menyertai pertandingan ini! Terdapat juga wakil peserta dari Malaysia! Salute!
Kemudian kami sambung berjalan di padang savana indah nan panas menuju ke Pos 2. Akhirnya, 40 minit dari Pos 1 kami tiba di Pos 2. Kami beristirehat disini sambil makan tengahari dengan hidangan yang dimasak oleh porter iaitu nasi berlauk ayam goreng, buah nenas, sayur beserta air teh panas! Layanan yang diberikan oleh porter dan guide sangat baik kepada kami para pendaki persis seorang tetamu! Semuanya telah siap terhidang!
Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan. Efek luasnya savana Sembalun membuat semua yang jauh kelihatan dekat. Awan teduh sesekali bergerak menghiasi langit di atas kepala kami. Jam 3.00 petang, kami tiba di Pos 3 Rinjani, untuk berehat sebentar dan melepaskan lelah sebelum melalui jalur yang ditunggu-tunggu iaitu Bukit Penyesalan!
Lebih kurang tujuh bukit harus didaki sebelum sampai di Pelawangan Sembalun, iaitu base camp di Gunung Rinjani. Saat pendakian di Bukit Penyesalan bermulalah trek tanah padat dan batu besar yang curam dan mencanak tanpa bonus sedikitpun! Disini kami merasakan pendakian yang panjang seperti tiada kesudahan dengan bukit yang sentiasa diselubungi kabus tebal! Trek ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan fizikal kami! Inilah fatamorgana kecil yang biasanya di alami sang pendaki. Dan dengan keluh kesah, ketika ini memang terbit sedikit penyesalan yang memang bertepatan dengan namanya bukit penyesalan dengan sisa sisa tenaga yang masih berbaki sedikit.
Akhirnya pukul 6 petang kami semua selamat sampai di Pelawangan Sembalun pada ketinggian 2700Mdpl! Rasa lelah setelah melewati bukit penyesalan dibayar dengan pemandangan gunung Rinjani yang tersergam indah dari lereng tapak perkhemahan kami! Selepas makan malam, kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing untuk tidur. Malam tu terasa begitu sejuk sekali walaupun telah diselubungi sleeping bag, baju sejuk tebal dan sarung tangan! Bolehlah lelap seketika sebelum dikejutkan pada pukul 1 pagi, bersiap sedia untuk summit attack!
7 Mei 2017, sedang kami bersiap, makanan pun sudah tersedia dihantar oleh porter terus ke dalam khemah kami sebelum mendaki! Roti bakar bersalut planta dicicah dengan teh panas terasa begitu nikmat dimakan dalam cuaca dingin di pagi hari!
Selepas mengisi perut, pada pukul 2.30 pagi bermulalah pendakian sebenar menuju ke Puncak Dewi Anjani! Trek yang dipenuhi batu kerikil kasar, debu dan berpasir merupakan cabaran terbesar yang perlu ditempuhi oleh kami! Satu langkah naik ke atas akan melurut 2 ke 3 langkah ke bawah disebabkan pasir gunung berapi. Trek pasirnya amat panjang dan cukup menyeksakan! Dengan cuaca yang begitu sejuk dan angin yang kencang, ia benar-benar menguji mental dan fizikal para pendaki! Disinilah pendaki akan berlawan dengan kekuatan emosi, mental dan kekuatan diri!
Aku hanya mampu melangkah beberapa tapak sahaja ke atas dan banyak berhenti berehat sambil melihat bintang-bintang yang bercahaya di langit! Semangat aku juga semakin goyah kerana terlalu penat mendaki dalam cuaca yang sejuk!
Sunrise yang aku impikan di puncak Rinjani tidak tercapai! Hanya mampu menikmati sunrise di lereng gunung sambil berfikir mahu atau tidak meneruskan pendakian yang berbaki hanya 500 meter lagi! Beberapa meter untuk sampai ke puncak inilah yang paling dewa treknya! Pacak dan mencanak! Dengan nafas yang tercungap, aku juga hampir berputus asa dan memaksa sahabatku, Hafiq untuk menarik tangan aku supaya aku terus melangkah ke atas untuk sampai ke puncak Rinjani!
Panorama hebat dari puncak Rinjani
Akhirnya pada tanggal 7 May 2017, setelah berhempas pulas hampir 5 jam pendakian, tepat pukul 7.00 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki di Singgahsana Sang Dewi Anjani yang berketinggian 3726Mdpl! Syukur Alhamdulillah! Dikenali sebagai Atap/Bumbung bagi kepulauan Lombok, pemandangan di atas puncak sangat indah dengan Gunung Barujari berada di tengah-tengah birunya tasik Danau Segara Anak! Matahari di ufuk timur terik memancar menampakkan keseluruhan view tasik dan gaung yang curam dikiri dan kanan kami!
Pertualangan ke Puncak Dewi Anjani ni pastinya menjadi kenangan dan pengalaman yang tidak akan dilupakan! Terima kasih Rinjani kerana mengajarku supaya tidak mudah menyerah walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Terima kasih team B88outdoors kerana sentiasa memberikan semangat dan terima kasih juga kepada guide dan porter kerana banyak membantu kami di sepanjang pendakian ini! Semoga bertemu lagi Puncak Anjani yang dirindui!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk mengembara ke negara yang belum pernah kita jejaki terutama apabila mengembara berseorangan. Namun disebabkan minat dan semangat jiwa yang menebal untuk menerokai dunia dan melihat keindahan ciptaan-Nya, Mohd Shahrir Mohd Arshad telah berkongsikan kembara solo beliau ke Ke Pulau Samosir, Danau Tob dan Medan.
Baru berumur 29 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur, turut pernah lawati ke Paris, Amsterdam, German, Belgium, Switzerland, Cape Town, Perth, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Bagaimanakah keindahan di Pulau Samosir, Danau Toba dan Medan? Jom kita hayati kisah kembara solo beliau di bawah.
Berkelana Ke Pulau Samosir, Danau Toba& Medan
Kembara kali ini agak berlainan dari sebelumnya, di mana kali ini hanya berseorangan kebumi garuda di Sumatera Utara,Indonesia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Kualanamu, Medan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.Sejurus sampai di Lapangan Terbang Kualanamu. Pastinya Danau Toba menjadi pilihan untuk beristirehat kerana keindahan alam semulajadinya yang sering menjadi bualan ramai. Bagi yang pertama kali ke sini jangan risau sejurus keluar dari lapangan terbang pasti ade beberapa orang yang akan menyapa untuk bertanyakan ke mana destinasi yang ingin dituju kerana terdapat beberapa buah bas transit yang disediakan untuk sekitar kawasan di Medan.
Bagi perjalanan menuju ke Danau Toba anda haruslah menaiki bas transit ke Terminal Amplas terlebih dahulu sebelum menaiki Bas ke Parapat di mana letaknya jeti Tiga Raja yang menyediakan bot atau feri untuk ke Pulau Samosir di Danau Toba. Perjalanan dari Terminal Amplas menuju ke Parapat mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan. Bagi saya jika menaiki kenderaan awam seperti bas ini anda dapat merasakan suasana seperti masyarakat tempatan selain dapat melihat keadaan sekitar di sepanjang perjalanan. Di sepanjang perjalanan menuju ke Parapat anda akan melalui keadaan berbukit dan kawasan kampung di pedalaman Medan pastinya ia sesuatu yang tidak dapat saya lupakan selain dapat berbual dengan beberapa orang penduduk disana.
Saya meneruskan perjalanan menuju ke lokasi seterusnya yang terletak lebih 40 km ke Pangururan, di mana terletaknya Air Terjun Efrata. Dengan keadaan lalaluan yang berbukit hampir setiap ketika saya berhenti di tepi jalan untuk merakamkan gambar pemandangan di sekitar kawasan berkenaan. Mulut acapkali menyebut subhanallah atas kebesaran ciptaan tuhan yang ESA. Untuk pertama kali ke sini, anda tidak perlu risau tentang makanan halal, di sepanjang jalan menuju ke lokasi Air Terjun ini terdapat beberapa gerai yang menyajikan masakan islam terutamanya di kawasan pekan Pangururan atau anda boleh mendapatkan snek halal di kedai serbaneka berdekatan. Setelah lebih dua jam perjalanan akhirnya saya tiba di kawasan Air Tejun Efrata. Menurut penjaga kawasan Air Terjun ini kebiasaanya kawasan ini akan dipenuhi pengunjung biasanya pada hari Ahad atau cuti umum. Saya melepaskan seketika penat lelah disini sebelum pulang ke Samosir. Bagi yang ingin datang jangan lepaskan peluang untuk mandi-manda di kawasan ini. Antara tempat menarik di kawasan ini ialah, Menara Tele untuk menyaksikan keindahan Danau Toba dari aras tinggi dan kawasan Air Panas yang sentiasa mendapat perhatian disini.
Dalam perjalanan menuju balik ke Hotel, saya singgah di Tomok, sebuah lagi perlabuhan yang berdekatan dengan kawasan Hotel, disini anda juga boleh mengenali masyarakat batak melalui Muzium yang disediakan disini. Jika anda ingin mendapatkan buah tangan atau cenderahati disinilah tempatnya pastikan anda pandai tawar menawar untuk mendapatkan harga barangan yang terbaik. Aktiviti malamnya pula saya ade persembahan kebudayaan dari masyarakat setempat di Hotel tempat saya menginap jadi aktiviti malam juga terisi dengan pendedahan budaya masyarakat setempat.
Sipiso-Piso Di Berastagi
Setelah dua malam di Pulau Samosir, keesokan harinya saya ke Berastagi, sebuah lagi kawasan yang sering menerima pengunjung yang ramai. Untuk kesini pula perjalanan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Sebelum sampai ke Berastagi pastikan anda singgah di Air Terjun Sipiso-Piso sebuah lagi tempat menarik di Sumatera Utara. Air Terjun yang setinggi 120 meter ini merupakan Air Terjun tertinggi di Indonesia. Bagi pengembara solo, anda boleh menaiki teksi untuk kesini atau menaiki angkutan kota yang jauh lebih murah dan meminta pemandu teksi/angkutan tersebut untuk berhenti di simpang Merek. Setelah setengah jam disini saya meneruskan perjalan ke Berastagi lebih kurang 2 jam lagi perjalanan menuju kesana.
Pajak Buah atau Pasar Buah Berastagi sangat popular kerana anda boleh mendapatkan buah-buhan yang segar dengan harga yang murah, Selain itu cenderahati juga di jual disini. Sesekali ade juga peniaga yang akan menjual buah strawberry yang sangat murah dan manis rasanya. Bagi pengunjung yang ingin menaiki kereta kuda menegelilingi kawasan Berastagi inilah masanya nyata para pelancong yang membawa anak-anak tidak melepaskan peluang bersiar-siar di kawasan ini dan juga mengambil foto kenang-kenangan. Berdekatan dengan kawasan Pajak Buah ini terdapat sebuah Taman Awam iaitu Bukit Kubu, yang juga menjadi tumpuan ketika waktu hujung minggu.
KOTA MEDAN WISATA TERKENAL
Kembalinya dari Danau Toba dan Berastagi pastikan anda bermalam di Medan. Bagi yang ingin mencari deretan restoran dan kedai makanan yang menyajikan pelbagai masakan anda harus berkunjung ke Merdeka Walk di tengah kotaraya Medan. Dari masakan tradisional hingga ke masakan barat semua anda boleh dapatkan disini. Usai makan malam anda boleh berkunjung ke Menara Air di kota Medan antara mercu tanda Kota Medan. Di Kota Medan ini antara pengangkutan utama yang terdpaat disini ialah Becak (Motosikal Beca) dan Angkuta Kota (Van Penumpang) kadar tambang bagi setiap kenderaan ini bergantung kepada jarak jauh hotel ke kawasan yang hendak anda tuju.
Kunjungan ke Medan pasti tidak lengkap jika anda tidak berkunjung ke Istana Maimun, istana lama kesultanan Melayu Deli yang dibina sejak tahun 1888 lagi. Rata-rata pengunjung yang berkunjung kesini akan menyarung busana tradisional Melayu Deli yang disewakan untuk mereka mengambil gambar sebagi tanda kenang-kenangan. Tidak jauh dari Istana Maimun ini berdiri teguh Masjid Raya juga menjadi ikon kebangaan Kota Medan. Selain daripada Istana Maimun bangunan Masjid ini juga adalah peninggalan dari Kesulatanan Melayu Deli yang dibina sejak tahun 1906. Antara bangunan lama yang masih kekal sehingga kini ialah Kantor Pos Indonesia atau Pejabat Pos Indonesia di tengah bandaraya Kota Medan.
Seperti biasa antara tips perjalanan kali ini ialah , pastikan anda membuat rujukan sebelum ke sesuatu destinasi untuk memudahkan perjalanan anda. Pastikan juga anda menukar duit sebelum tiba ke sesuatu destinasi mungkin kadar tukaran wang tidak sama dengan negara asal anda dan akhir sekali rancang perbelanjaan anda tak salah berbelanja Cuma pastikan kuota bagasi anda mencukupi semasa melakukan penemapahan tiket kapal terbang bagi mengelakan caj berlebihan.
Kota Medan juga Danau Toba destinasi yang pastinya meningalkan 1001 satu kenangan buat saya. Insyallah jika ada umur yang panjang pasti akan datang kembali kesini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!