Ketika ini industri perhotelan negara sedang bergelut dan berdepan dengan kemerosotan jumlah pelanggan ekoran Perintah Kawal Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19.
Semua pasti sedar akan perkara tersebut.
Namun ia tidak menghalang sebuah hotel di Persiaran Kemajuan, Seksyen 1 Bandar Baru Bangi untuk ‘tetap bersemangat’ dan kreatif dalam menyampaikan mesej-mesej positif kepada orang ramai.
Inisiatif Hotel Tenera menyalakan lampu bilik-bilik penginapan untuk membentuk paparan tulisan gergasi berkaitan penularan Covid-19 dipuji netizen. Mesej-mesej positif ini boleh dilihat beberapa kilometer di sekitar kawasan hotel pada malam hari. Ada kalanya mesej yang dipaparkan begitu menghiburkan dan terasa dekat dengan orang ramai.
Tahniah Hotel Tenera kerana bersama-sama membantu dalam memberi kesedaran dan menyahut arahan kerajaan dan pihak berkuasa untuk masyarakat kekal di rumah ketika PKP. We love you too Hotel Tenera!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Pulau Redang Paling Best Antara Banyak-Banyak Pulau Di Terengganu?
Pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Redang bakal memberikan pengalaman pengembaraan berbeza kepada sesiapa yang berkunjung ke pulau indah ini.
Lebih-lebih lagi buat mereka yang merindui untuk bercuti ke pantai selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sinilah letaknya pantai tercantik di Pulau Redang Terengganu yang tidak ramai tahu, iaitu Pantai Teluk Dalam. Hanya mengambil masa lebih kurang 40 hingga 50 minit dari jeti Merang, Kuala Terengganu ke Pantai Teluk Dalam, sebaik tiba sememangnya anda akan kagum dengan kecantikan yang tersergam indah di pantai ini.
Pantainya putih halus, lautnya biru kristal dan tenang kerana terlindung dari angin utara dan barat menyebabkan Pantai Teluk Dalam layak dilabelkan sebagai pantai tercantik di antara beberapa pantai utama di Pulau Redang. Ia turut dikenali sebagai Turtle Bay iaitu lokasi untuk melihat penyu berenang. Sememang rata-rata yang akan ke Pulau Redang, hanya menjadikan Turtle Bay ini sebagai satu lokasi persinggahan untuk melihat penyu. Penyu di sini sangat jinak umpama melihat dari dalam kolam renang
Bagaimanapun, biar hanya sekejap dapat bercuti di pulau ini, anda pasti jatuh cinta dengan keramahan penduduk dan terpukau dengan salah satu keindahan pantai di negeri keropok lekor, Terengganu Darul Iman. Ternyata di sini, kesesakan yang selama ini mengisi jiwa, emosi dan minda, terbebas sepenuhnya!
Dikongsi oleh : Ummu Hani
Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang, antara ketiga-tiga pulau yang ada di Terengganu bagi saya pulau redang adalah paling terbaik. Air laut memang tak mengecewakan langsung. Bagi pencinta pulau korang patut datang ke pulau ni dan untuk yang ingin mencari ketenangn boleh juga try datng pulau ni.
Snorkeling check point:
- Turtle Point
- Paku Island
- Shark And Nemo Point
- Gua Batu Kokang
- Kerengga Island
Saya stay di Asmadi guest House 1.5 km dari pantai. Guest house dia best taip jauh sikit dari pantai. So far layanan dia memang terbaik.
Jom cuti-cuti Malaysia~
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidden Gem Di Pantai Ban Pecah, Nampak Kehijauan Sawah Padi Juga
Banyak sungguh tempat santai-santai menarik yang close to mother nature di Perak, salah satunya Pantai Ban Pecah Tanjung Piandang.
Apa yang uniknya pasal Ban Pecah ni ialah daratan dan lautannya dipisahkan oleh batas yang dijadikan laluan utama untuk menyusuri pesisiran pantai.
Di depannya nun luas terbentang lautan biru Selat Melaka. Manakala, di belakangnya pula terdapat kampung-kampung dan juga bendang yang subur tanahnya.
Pemandangan di Ban Pecah ini memang sangat cantik. Tempatnya santai dan boleh menenangkan jiwa sesiapa saja yang datang berkunjung. Bukan sahaja boleh hirup udara segar dari angin laut. Pada masa yang sama boleh lihat kehijauan sawah padi juga.
Ban Pecah ni kalau tak jelajah habis, sampai ke sudah anda tak tahu ada port mandi manda. Jadi, sampai di sini anda kena jelajah dari hujung persisiran pantai ke hujung persisiran pantai.
Baru anda akan jumpa hidden gem di Ban Pecah ni. Di sebelah kanan persisiran pantai ada warung dan bot-bot nelayan. Manakala di sebelah kiri persisiran pantai pula ada Pantai Ban Pecah.
Nak tahu lokasinya, terletak di jalan antara Kuala Kurau ke Tanjung Piandang di daerah Kerian.
Nanti kalau masuk ke negeri Perak, jangan lupa singgah sini ya!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gunung Nenek Semukut ‘Entiti’ Indah Hiasi Pulau Tioman. Katanya Kesan Sumpahan!
Tatkala berada di dalam feri menuju ke Pulau Tioman, pasti ramai pengunjung dapat ‘menangkap’ rupa unik dan menarik sebuah gunung gah ‘bertanduk dua’ menyambut kedatangan anda di perairan tersebut.
‘Dragon Horns’ atau Gunung Nenek Semukut merupakan pemandangan entiti indah yang menghiasi Pulau Tioman. Terletak di Kampung Mukut Pulau Tioman, Gunung Nenek Semukut dengan pasangannya, Batu Simau menjadi sebahagian daripada lagenda pulau indah negeri Pahang.
Puncak berkembar itu dikatakan ‘tanduk’ puteri naga yang menukarkan dirinya menjadi Pulau Tioman. Selain menyerupai seakan sepasang naga yang terbaring lena, sisi lain Gunung Nenek Semukut juga dikenali dengan formasi seakan wajah manusia pada puncaknya. Imej bukit batu itu menyerupai muka seorang lelaki yang lengkap dengan dahi, hidung, mulut dan dagu.
Berdiri pada ketinggian kira-kira 703 meter dari paras laut, puncak Nenek Semukut dan Batu Simau adalah batuan granit tertinggi dalam ukuran 90 darjah menegak di Malaysia dan tersenarai antara laluan pendakian paling sukar di rantau ini. Gunung Nenek Semukut juga dikatakan merupakan salah satu daripada syurga mendaki tebing di Asia Tenggara.
Bukit Nenek Semukut telah ditawan kali pertama pada tahun 2000 oleh Scott C Nelson dari California, rakyat Amerika Syarikat dan Nick Tamlin dari England yang mengambil masa lima hari untuk sampai ke puncak.
Mitos Pulau Tioman
Menurut mitos orang dulu-dulu, asal-usul Pulau Tioman bermula daripada kisah seekor naga bernama Daik yang meninggalkan Tasik Chini selepas kalah dalam pertarungan dengan naga penghuni tasik tersebut iaitu Naga Seri Gumum. Daik membawa diri dengan berenang ke Kepulauan Riau yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Daik yang merupakan naga jantan malu atas kekalahannya melarikan diri dan meninggalkan pasangannya sendirian di Tasik Chini.
Selepas menyedari kehilangan Daik, pasangannya mengambil keputusan untuk keluar menjejak Daik kerana mula merindui pasangannya itu. Ketika dalam perjalanan merentasi perairan Mersing, naga betina itu dikatakan tersangkut pada sebuah bubu lalu terkena sumpahan dan bertukar menjadi sebuah pulau. Pulau yang dimaksudkan itu adalah Pulau Tioman yang mempunyai dua ‘tanduk’ iaitu di Gunung Nenek Semukut dan Batu Sirau. Bubu yang dilanggar oleh naga betina itu bukan sembarang bubu. Ia adalah bubu yang menjadi tempat kurungan pasangan adik-beradik yang dihukum kerana dituduh melakukan sumbang mahram. Bubu itu dikatakan timbul dan tidak tenggelam ke dasar laut kerana mereka sebenarnya difitnah oleh penduduk kampung.
Kerinduan yang ditanggung oleh Daik selepas berpisah dengan pasangannya menyebabkan naga itu turut menjelma menjadi pulau di Riau. Jadilah ia Pulau Daik kerana kecewa menunggu pasangannya yang tidak kunjung tiba. Pulau Daik yang kini berada di daerah Lingga, Kepulauan Riau itu mempunyai banyak persamaan dengan Pulau Tioman. Antaranya adalah nama-nama kampung di pulau tersebut yang sama dengan kampung-kampung di Pulau Tioman seperti Mukut, Genting, Juara, Salang dan Paya. Selain persamaan pada nama-nama kampung, kedua-dua pulau itu juga mempunyai bentuk yang cukup mirip kerana mempunyai puncak gunung berbentuk tajam seperti tanduk atau cula naga. Cuma, Pulau Daik itu culanya ada tiga, Tioman culanya dua. Cula tiga itu tandanya si jantan dan cula dua itu tandanya si betina.
Foto: Google Image | Sumber: FB Kerajaan Negeri Pahang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI