Kalau bercerita pasal perkhidmatan teksi di sekitar Kuala Lumpur (KL) ni, memang bertimbun-timbun cerita yang boleh kita dengar. Tapi masalahnya, cerita yang kita dengar tu kebanyakkannya bukan cerita yang boleh dibangga-banggakan sangat. Banyaknya cerita sumpah seranah pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi di KL.
Anda tak percaya? Cuba cari cerita berkaitan dengan teksi Malaysia di laman-laman sosial dan baca komen wargamaya yang pernah menggunakan khidmat teksi. Daripada beribu-ribu komen, boleh kata semua menyumpah seranah pemandu teksi. Ada yang kata pernah kena sembelih, ada yang kata suka mencarut, ada yang kata baran, ada kereta berbau dan tak selesa.
Saya boleh bilang pakai jari, daripada 10 komen, mungkin ada satu saja yang memuji sesetengah pemandu teksi yang betul-betul jaga perkhidmatan beliau kepada pelanggan. Untuk pemandu teksi yang jaga kualiti dan imej teksi, saya ucapkan terima kasih dan salam hormat pada anda.
Tapi pemandu teksi yang mencemar imej menjatuhkan maruah ni macam mana? Dah la diorang yang antara menjadi muka depan negara menyambut kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara. Sedangkan warganegara sendiri pun dah pangkah naik teksi sebab kene sembelih, anda bayangkan pula dengan pelancong asing, rasa-rasanya macam mana?
Isu ini lah yang menjadi kemarahan kepada saudara Mohd Faiz Hashim dalam satu hantaran di laman sosial Facebook beliau. Melalui daripada pengamatan, saudara Faiz ni pun pemandu teksi tetapi beliau kecewa dengan sikap segelintir kawan-kawan teksi yang lain hingga mencemar dan memberi persepektif buruk kepada perkhidmatan teksi di negara kita.
Menurut saudara Faiz, sikap tidak jujur dengan tidak menggunakan meter dan berlagak samseng membuatkan pelanggan lari dari terus menggunakan khidmat teksi dan beralih kepada menggunakan khidmat e-hailing.
Ads
Faiz turut berkata bahawa baru-baru ini beliau ada membawa sekumpulan pelancong asing yang di’sembelih’ oleh pemandu teksi di KL dengan harga yang tidak masuk akal. Cerita daripada pelancong asing tersebut, dek kerana salah seorang dalam kumpulan mereka OKU, mereka terpaksa mengambil teksi berkenaan sekalipun ditawarkan harga yang merepek dan tidak menggunakan meter.
Ads
Sikap semacam ini lah yang membuatkan penumpang lebih suka naik Grab berbanding teksi. Tapi bila orang awam pilih Grab, ada pemandu teksi yang marah.
Antara lokasi hotspot pemandu teksi ‘kaki sembelih’ penumpang yang perlu anda berjaga-jaga selepas ini;
Ads
Depan Petaling Street Teksi yang bersidai luar Klcc Segelintir yang bersidai luar pavilion. Depan arab street Depan Time Square. Sepanjang jalan Bukit Bintang depan KFC hingga Federal hotel.
Saudara Faiz juga sempat menyampaikan kepada semua bahawa cara mudah untuk anda mendapatkan teksi bermeter adalah dengan menggunakan aplikasi GrabTaxi. Anda ada pilihan untuk menggunakan teksi bajet atau eksklusif bergantung kepada selera anda yang mana. Lebih menyakinkan adalah pemandu teksi yang menggunakan aplikasi ini akan mematuhi standard yang ditetapkan kalau tak mahu disenaraihitamkan kerana tidak mengikut undang-undang.
Akhir kata, kepada pemandu teksi, sebelum anda harapkan bantuan daripada sesiapa, apa kata anda bantu perniagaan anda dahulu dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan izin tuhan, anda boleh mengubahnya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Puncak Fansipan yang juga dikenali sebagai ‘atap’ Indochina menjadi tarikan baru yang semakin popular di Vietnam. Mempunyai ketinggian mencecah angka 3,143 meter dari aras laut, puncak ini merupakan gunung tertinggi di wilayah Kemboja, Laos dan juga Vietnam.
Berada di wilayah Sapa yang kini semakin mendapat tempat dihati pelancong ke Vietnam, Sapa secara tidak langsung adalah wilayah tanah tinggi kerana berdekatan dengan hamparan Fansipan.
Baru sahaja turun dari Puncak Fansipan di Vietnam, Timothy Kessler berkongsi beberapa tip bagi yang mempunyai perancangan untuk sampai ke puncak tersebut. Jadi lebih senanglah untuk anda membuat persiapan sebaiknya sebelum tiba di sana. Semoga bermanfaat untuk semua.
Tips Untuk Naik Gunung Fansipan, Vietnam
Saya baru turun dari Fansipan. Sebelum datang ke Vietnam saya cuba research tentang Fansipan tapi macam macam info bercanggah dan mengelirukan. So saya nak bagitau pengalaman saya.
PERJALANAN
Ada tiga peringkat perjalanan
1) Naik monorail dari Sapa ke Station Cable Car (VND150k seorang pergi balik)
2) Cable Car ke Station Fansipan (VND800k seorang pergi balik)
3) Naik Funicular ke Fansipan Summit (VND150k seorang one way)
Ada yang kata tak yah ambik Funicular, naik tangga aje. Nasihat saya jangan jadi hero. Tingginya 600 steps (2.5 kali Batu Caves) dan udara dia nipis. Turun jalan kaki ok. Nampak ada ramai hero tadi duduk pegang kepala, baring kat lantai sebab penat.
CARA BELI TIKET
Boleh beli kat kaunter sana tapi kalau beli dari Klook ada diskaun sikit. Bila sampai sana tunjuk printout Klook untuk terima ticket.
CUACA
Jangan rasa kecewa kalau sebelum naik cuaca Sapa mendung dan kabus tebal. Masa saya nak naik kabus sangat tebal tapi bila dah naik cable car separuh jalan tiba tiba matahari terik sebab kita akan naik lebih tinggi dari awan.
MASA
Pergi seawal yang boleh. Mereka start pukul 8am sampai 4pm. Jangan plan aktiviti lain sebab tempat tu kena ambik masa untuk enjoy scenery. Sangat cantik dan nyaman. Saya spend lebih kurang 6 jam dari time naik di Sapa sampai turun balik.
PAKAIAN
Pakai jacket atau windbreaker. Suhu tadi lebih kurang 14 degree waktu tengahari. Matahari terik tapi angin sangat kuat dan sejuk.
MAKANAN
Bawak air dan makanan ringan. Atas ada kafe tapi harga berkali ganda mahal.
KEPADA PEROKOK
Sorry la. Takde tempat untuk hisap rokok. Mereka risau hutan terbakar so merokok dilarang sepanjang perjalanan.
Akhirnya saya nak bagitau. Saya tengok kat YouTube Mat Saleh kata naik cable car ini takut la, gayat la, panic dan sebagainya. Tapi cable car sini sangat besar dan canggih muat 20 orang. Angin kuat tadi pun tak goyang sangat. Smooth aje perjalanan. So jangan takut nak experience. Bagi saya naik cable car Genting lagi rasa takut dari yang ni.
Hari ini, boleh dikatakan semua orang menggunakan aplikasi sosial media tertentu untuk terus berhubung dengan rakan atau keluarga yang jauh juga yang dekat. Ramai yang berkongsi foto kenang-kenangan di sosial media samada ketika bercuti bersama, majlis makan malam atau hari graduasi.
Namun biasalah adat berkawan atau terikat dengan hubungan sesama manusia, ada pasang surutnya. Sekejap baik, sekajap menyampah dan kemudian bermusuh. Pada ketika itu jika ada ‘orang tertentu’ yang anda tidak gemari, anda boleh terus unfriend mereka dari sosial media dan padamkan kesemua foto bersama. Semudah abc bukan? Ataupun jika anda betul-betul menyukai foto tersebut tetapi bukan orang yang berada di sebelah anda, gunakkan sahaja aplikasi untuk mengedit. Edit dan remove entiti yang tidak diperlukan dan semuanya selesai.
Tapi pernah atau tidak anda terfikir bagaimana cara orang zaman dahulu yang bukan dalam era digital untuk ‘lenyapkan’ rakan yang tidak disukai mereka? Jika anda sempat lahir pada tahun yang memerlukan proses gambar dicuci daripada filem atau bilik gelap, pasti anda pernah lakukan ini!
Cuba buka album lama keluarga anda. Jika nampak gambar berlubang sebegini cuba tanya perkara sebenar yang berlaku. Adakah kerana individu tersebut dibenci atau foto tersebut tidak digemari oleh pemiliknya.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu.
Tanya siapa sahaja pasti teruja melihat pasirnya yang memutih dan airnya biru menghijau bagai cermin boleh terus nampak ke dasar laut. Selain itu, aktiviti snorkeling juga amat mengujakan dengan air yang jernih. Anda pasti teruja kegirangan dapat melihat ikan-ikan kecil berwarna-warni serta batu karang yang indah.
Aktiviti yang boleh dilakukan jika bercuti ke Pulau Rawa, selain snorkeling ialah bersantai dan bersiar-siar, selam skuba, berkayak, mengelilingi pulau dan merentas hutan. Jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak bukit Pulau Rawa ini yang hanya mengambil masa pendakian kira-kira 15 minit. Dari situ anda boleh melihat keindahan matahari terbit dan pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas.
Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Khabarnya, Rawa seringkali menjadi pilihan ‘Mat Salih’ sampaikan tempahan sentiasa penuh. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.
Akhirnye baru ada kesempatan nk bagi review n uplod gambar-gambar..ramai yang pm tanyakan pasal Pulau Rawa ni..ye tak semua org tau pasal pulau ni so cantik sampi digelar Maldives Malaysia..pasir putih bak salju, air pantai crystal clear.
Rezeki kami dapat tau last minute, booking last minute n preparation sume last minute..bab ni memang sangat-sangat bersyukur Allah permudahkn segalanye..since private island kan so tak ada resorts ni dalam senarai agoda/booking/trivago n so on..bertolak dari Jetty Mersing, private bot laju akan datang ambik bawak ke pulau
Resorts:
Hanya ada 2 resorts dalam pulau ni iaitu Rawa Island Resort dgn Alang’s Rawa..the only way to contact them via phonecall utk Rawa Island Resort n email only for Alang’s Rawa. Kami stay dekat Alang’s Rawa. Konsep 2 resorts ni sangat berbeza. Rawa Island Resorts ala-ala hotel (tempat kerabat raja selalu datang) while Alang’s Rawa macam chalets betul-betul depan beach..in view of condition bilik kami di Alang’s Rawa sgt best bersih selesa..ada 1 katil queen, 2 katil single n 1 baby cot (xreq pn tp dorg sgt concern)..kt tmpt mkn pn siap2 letak baby chair kt meja kami..dari bilik chalet bukak pintu dah pasir pantai dah..picnic depan chalet boleh nampak anak-anak main pantai.org pun tak ramai di Alang’s Rawa sebab ada sikit je chalets..tempat makan pun depan beach
Harga:
Dekat both resorts ni diaorang charge by pax n pakej 2 night stay kalau wekeend..di Alang’s Rawa utk bilik beach house dpt RM520 utk sorg adult..anak 7thn half price RM260 & ank 4 tahun flat rate RM60..so total RM1500++ utk 1 mlm (kami berlima)..kalo 2 malam double la..Harga tu termasuk bilik, bot transfer pergi blk, mkn 3x sehari (air je kena byr), free usage of kayak, snorkeling n safety jakets..makanan pun sedap hadap pulak pantai so bertambah tambah,
Beach hats:
Ramai yg kenan jgk topi budak3 ni..ye customized last minute order haha luckily dorg accept n rezeki postage smpi sblm btolak adoi..blh cek di ig @blessomdesigns..very helpful seller n recommended
Tips:
1) book awal utk tak kecewa haha
2) kalo rasa nk dok gaya hotel bookla Rawa Island Resort (surely lg mahal)..di Alang’s Rawa xde aircond, xde fridge xde tv xde kettle hehe but we survived cos view mengatasi segalanye
3) air minuman kna charge lain..so kalo korg bdua je blh la angkut air mineral byk2..sbb 1 botol mineral besar RM9, air jus Rm15..kami xkuasa la mengangkut air ank pn dah ramai hihihi..redha je
4) air paip guna air payau n air laut so masin hehe..luckily ank3 xbyk ragam so enjoyed
5) sunset view sgt cantik time air surut wajib amik gmbr kt batu2 super cantik..mlm langit cantik dgn kerlipan bintang2 ..sunrise kul 7 pagi wajib amik gmbr hehe
6) time air pasang around 12pm tu dok la bwh jetty akn npk ikan2 berenang2 ke kaki..friendly2 ikan nye ada besar ada kecik cantik2..ank2 syok bg mkn roti kt ikan
7) bwkla mainan ank2 yg blh main kt pantai mcm kite, ball, bubbles n korek pasir wajib
since xde tv dlm blk kalo takut ank2 boring bwkla mainan/books n so on..budak2 ni main sticker books je berejam hahaha
9) lastly both resorts ni sebelah2 je so blh jalan2 g beach jiran..nk beli souvenir pn ada kedai souvenir dlm Rawa Island Resort
Sekian review ikhlas..the best island so far worth it walau agak pricey..semoga bermanfaat
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!