Bagi peminat kopi, mereka pasti akan mendapatkan secawan setiap hari. Cita rasa terhadap minuman ini juga berbeza-beza mengikut kesukaan masing-masing. Ada yang menggemari kopi kampung yang diusahakan oleh pengeluar produk tempatan tetapi ada yang menggemari Nescafe yang rasanya agak pekat.
Terkini, viral Nescafe Classic Kopi Kedah yang mana rasanya “ala-ala kopi kampung namun ditinkan dengan cukup menarik yang berjaya menarik perhatian ramai peminat kopi untuk mencubanya. Nescafe Classic Kopi Kedah ini merupakan tarikan terbaru bagi penggemar kopi dikeluarkan oleh Nestle Products Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor.
Ads
Lebih menarik lagi, Nescafe Classic ini diusahakan oleh Pak Lang Che Nai bin Hassan di Kampung Bandar Hilir, daerah Sik. Dengan keluasan sebanyak tujuh relung, sebanyak 2000 batang pokok telah dituai.
Ads
Pengusaha Nescafe Classic Kopi Kedah ini mendapat bimbingan dari Jabatan Pertanian dan dikilangkan oleh Nestle Products Sdn Bhd untuk pasaran tempatan.
Ads
Malah dari maklumbalas diberikan oleh pengguna, mereka menyukai baunya tetapi rasanya tidak seperti kopi kampung yang biasa diminum dan masih mempunyai pengaruh rasa Nescafe. Malah ramai menggemari corak pada tin yang cukup menarik.
Sumber gambar: Pusat Khidmat Adun Jeneri,
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seorang kakitangan Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendalikan operasi MRT Laluan Kajang disahkan positif Covid-19.
Rapid Rail menerusi kenyataan di laman rasmi Facebooknya berkata, pengendali tren itu kali terakhir bertugas pada 21 Oktober lalu dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Rapid Rail yang menjadi operator untuk MRT Laluan Kajang melaksanakan kerja disinfektasi dan pembersihan tempat kerja kakitangan berkenaan berpandukan garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tren pula sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit itu diminta menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Rapid Rail juga sudah memaklumkan semua langkah diambil itu kepada agensi berwajib termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Buat pengguna, tidak perlu risau kerana perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana seperti LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.
Pengguna diingatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka sepanjang masa, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman, mengambil suhu badan dan mendaftar di aplikasi MySejahtera atau buku log disediakan sebelum memasuki tren.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kebanyakan pusat peranginan pulau-pulau terkenal di Terengganu menghentikan tempahan pakej pelancongan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.
Ia juga telah menjadi rutin tahunan buat mereka setiap tahun untuk menutup tempat penginapan sementara waktu bermula Okt sehingga Feb dan dibuka sepenuhnya pada Mac setiap tahun. Pada musim tengkujuh keadaan ombak yang tidak menentu boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berkunjung ke pulau dan aktiviti yang dilakukan juga amat terhad berbanding hari biasa. Perkhidmatan bot juga tidak akan beroperasi seperti hari biasa dan ia menyukarkan pelancong untuk masuk ke pulau.
Hanya beberapa buah sahaja yang dilaporkan akan beroperasi sepanjang tahun terutama bagi memenuhi permintaan pelancong asing yang berminat dengan sukan luncur ombak. Menurut Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, semua pusat peranginan di Pulau Perhentian telah ditutup bermula Oktober kecuali empat buah iaitu Sharila Perhentian Resort, Coral View Resort, D’Rock Garden Resort dan Aina Ohana yang akan beroperasi sepanjang tahun.
Manakala di Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pulau Kapas, Marang, operasi kebanyakan pusat peranginan dihentikan sementara sejak Okt lepas, manakala operasi di Pulau Tenggol, Dungun dihentkan akhir bulan ini.
Rata-rata pengusaha berkata penutupan tersebut dilakukan bagi menyahut seruan kerajaan negeri yang bimbang dengan keselamatan pelancong terutama ketindaktentuan keadaan cuaca dan laut bergelora.
Kebanyakan pengusaha giat melakukan persediaan dan memindahkan pelbagai peralatan terutama bot ke lokasi selamat. Kebanyakan pulau hanya dihuni pekerja dan pengusaha bagi memantau keadaan sekeliling sepanjang musim tengkujuh dan ini memberi laluan untuk kerja-kerja membaik pulih kerosakan pada bilik-bilik penginapan di pulau itu.
Pembukaan kembali sempadan Malaysia-Singapura pasti sangat dinanti-nantikan oleh warga kedua-dua negara.
Sebelum ini Malaysia dan Singapura dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi memenuhi keperluan pekerja yang berulang alik antara dua negara itu. Menerusi pelaksanaan RGL, ia membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.
Kerajaan negeri Johor mengakui peningkatan kes COVID-19 di negara ini sejak kebelakangan ini telah menyebabkan usaha untuk membuka semula sempadan Malaysia dan Singapura tertangguh. Peningkatan kes itu juga melibatkan beberapa daerah serta petugas agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang turut menjalani proses kuarantin.
Sebanyak 1,209 kes positif COVID-19 dilaporkan di Johor dengan 60 daripadanya merupakan kes baharu. Penutupan sempadan Malaysia-Singapura pula bermula sejak 18 Mac lepas apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19. Langkah itu menyebabkan ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terjejas kerana tidak dapat berulang-alik secara harian melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Sementara itu, pelaksanaan program bakul makanan bagi rakyat Malaysia di Singapura akan dimulakan dalam waktu terdekat dengan menyasarkan mereka yang benar-benar terkesan akibat penutupan sempadan. Pada peringkat awal, kerajaan negeri akan menyediakan sebanyak 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada individu yang benar-benar terkesan. Inisiatif ini adalah bagi meringankan beban mereka dan juga merupakan satu bentuk penghargaan atas kegigihan mereka terus bekerja untuk menyara kehidupan keluarga. Bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers bersama-sama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura.
Image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!