Mendapat skor melebihi 80 peratus dalam indeks kebahagiaan 2021 bagi bandar-bandar di Malaysia, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis antara yang tersenarai sebagai negeri ‘bahagia’ di Malaysia.
Menurut Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) ketiga-tiga negeri tersebut tersenarai sebagai negeri bahagia apabila mendapat skor melebihi 80 peratus dalam indeks kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia.
Antara yang dinilai adalah aspek yang berkaitan tahap dan kualiti perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.
PLANMalaysia menyenaraikan 80 daripada 114 PBT di Semenanjung dan sabah, ketiga-tiganya antara yang mendapat skor tertinggi daripada kesemua PBT yang dinilai.
Di Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik, berkata pembangunan setiap bandar di negeri itu berdasarkan kekuatan dan keupayaan masing-masing, berpaksikan tiga teras pembangunan menerusi Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.
Ads
“Tiga teras itu adalah daerah Seremban dan Port Dickson sebagai pembangunan ‘Malaysia Vision Valley 2.0’, iaitu bandar metropolis yang berdaya saing inklusif dan bersih. Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol, sebagai pembangunan agropolis menerapkan elemen pertanian. Jelebu sebagai pembangunan biodiversiti menerapkan pemeliharaan sumber semula jadi,” katanya
Katanya, terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia.
Ia membabitkan peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan.
Ads
Di Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mencapai skor 91.97 peratus, mengatur pelbagai strategi di samping mempertingkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat bagi memastikan negeri itu terus mencapai status bahagia.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu, berkata ia merangkumi perkhidmatan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, antaranya menyediakan infrastruktur, mengambil tindakan segera sekiranya berlaku masalah atau aduan di samping melaksanakan pengindahan kawasan sekitar.
Ads
Di Perlis, EXCO Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baharu, Asmaiza Ahmad menyifatkan kemudahan dan prasarana di negeri itu dengan penduduk lebih 254,700 orang itu adalah setara dengan negeri lain.
“Selain itu, cadangan projek ‘Perlis Inland Port’ (PIP) turut memberi nafas baharu kepada Perlis dalam menyokong pembangunan lain di sekitarnya,” katanya sambil memberitahu Perlis di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mencatatkan skor status Indeks Kebahagiaan 80.02 peratus.
Sumber: BERNAMA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Apabila kita bercuti ke kawasan pulau, aktiviti yang paling best untuk dilakukan mestilah bermain air laut. Aktiviti seperti menyelam, berenang, snorkeling, scuba diving adalah aktiviti yang paling banyak dijumpai di pulau.
Namun, dalam keghairahan kita bersuka-ria, jangan sesekali kita abaikan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain. Bermainlah dengan berhemah supaya sama-sama dapat keseronokkan yang dicari. Sebagai contoh yang boleh saya ketengahkan di sini adalah aktiviti menyelam atau berenang.
Jangan hampiri kawasan yang mempunyai kadar trafik atau aktiviti bot yang tinggi seperti kawasan jeti atau yang berdekatan dengan itu. MPKK Kampung Salang di Pulau Tioman telah mengeluarkan satu surat yang melarang melakukan aktiviti selaman di jeti kampung tersebut.
Ini kerana sejak kebelakangan ini, sering terjadinya kejadian melibatkan kemalangan dan kematian yang berpunca daripada aktiviti menyelam di sekitar perairan Pulau Tioman.
Oleh sebab itu, langkah-langkah pencegahan terpaksa diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kembali di masa akan datang. Di dalam surat yang dikeluarkan itu juga menjelaskan bahawa larangan tersebut akan berkuat-kuasa bermula 30 Ogos 2019 di Jeti Kampung Salang Pulai Tioman Rompin Pahang.
Kalau orang kampung sendiri dah melarang kita daripada menyelam di kawasan tersebut, pasti ada sebab yang munasabah di sebaliknya. Jadi janganlah kita, pelancong yang sekali sekala datang ke Pulau Tioman sengaja mencari asbab pula untuk menyelam di situ.
Ada banyak lagi kawasan lain yang menarik untuk aktiviti menyelam di Pulau Tioman. Jadi ingatlah keselamatan diri sendiri dan juga kawan-kawan yang lain ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan beroperasi sepenuhnya bermula jam 3 petang esok, 16 Mac 2023.
Laluan MRT2 itu yang bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral merangkumi 57.7km dan terdiri daripada 36 stesen meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.
Mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajajaran 17 stesen ini turut mempunyai kemudahan parkir berjumlah 5,870 ruang meletak kenderaan.
Dengan pembukaan laluan MRT ini akan memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara hingga ke Putrajaya.
Dengan kekerapan tren setiap lima minit pada permulaan operasi, MRTCorp menjangkakn 104,000 pengguna sehari akan memanfaatkan laluan baru MRT ini yang menelan belanja RM30.53 bilion itu.
Lagi mudah lah nak ke Putrajaya selepas ni!
Kredit: BERNAMA & MRT Corp
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum pulau-pulau kat Terengganu tutup sebab monsun atau musim tengkujuh, masih sempat lagi untuk korang yang nak bercuti ke pulau. Kalau nak ke Pulau Kapas sebenarnya ada pakej day trip yang korang boleh ambil.
Cukup untuk piknik, snorkeling dan juga hiking kat Bukit Singa yang viral tu. Tapi sebelum tu korang kena alert lima perkara untuk dibawa ketika daytrip korang ke sana.
1.Makanan/minuman : Yang tak ambil sekali pakej makan, boleh bawa makanan sendiri, samada bungkus atau bekal (dalam bekas). Masak siap-siap kat rumah, bawa ke pulau. Berkelah bersama keluarga..
Yang nak bungkus makanan, boleh beli kat Pasar Besar Marang, hanya 300 meter dari Jeti Pulau Kapas.Akan jumpa pasar ni dulu sebelum sampai jeti.
Taknak bawa makanan boleh ke?Boleh je,tiada masalah.Kat pulau ada kafe resort dan kiosk makanan ringan.
Tips untuk tidak membawa makanan yang banyak : makan pagi dulu siap-siap kat darat sebelum naik bot. Bawa makanan tengahari dan makanan ringan je.
2.Tikar atau khemah : Ini penting untuk letak barang dan makanan yang kita bawa.Nak berehat pun senang.Takde khemah,tikar pun dah mencukupi.Bentang pulak bawah pokok sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa.
3.Roti : Yang nak bermain dengan ikan nemo tepi pantai atau kat taman laut,pastikan roti dibawa bersama.Umpan untuk tarik perhatian ikan makan kat tapak tangan kita.Roti murah-murah pun ikan layan je.
4.Pakaian kering : Untuk salin pakaian lepas seharian mandi manda di pulau.Taknak bawa ke pulau pun boleh je.Boleh salin pakaian kering apabila tiba kat jeti di darat.Tiada masalah untuk pakai pakaian sedikit basah apabila naik bot.
5.Kasut : Cukup penting jika ambil sekali dengan pakej “Hiking Bukit Singa”.Untuk jaga keselamatan kaki dan melancarkan aktiviti.Ini kerana untuk sampai ke puncak bukit,anda akan melalui kawasan berbatu.Elakkan pakai kasut tumit tinggi ke pulau.
Yang penting, kena lengkap 2 dos vaksin ye.
Ingin memiliki pakej daytrip Pulau Kapas dan mencari penginapan sebelum ke Pulau Kapas atau berhampiran Jeti Pulau Kapas,boleh helo-helo Nik K ye.Sedia membantu sebaik mungkin.
Kredit: NiK K | D’Village Chalet
Kredit Gambar: fancybooby
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!