Lepas ni akan ramailah pemandu pelancong atau tourist guide di negeri Perak Darul Ridzuan kerana kerajaan negeri kini bersedia untuk melatih pemandu pelancong bagi memartabatkan lagi pelancongan eko di negeri ini.
Khidmat pemandu pelancong sangat diperlukan di negeri Perak bagi memastikan setiap pelancong yang datang ke negeri itu memperoleh pemahaman yang mendalam mengenai tempat yang dilawati mereka, ujar Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak, Tan Kar Hing.
Tambah beliau, pelancongan eko berbeza dengan pelancongan bandar dan disebabkan itu, negeri Perak memerlukan pemandu pelancong yang terlatih bagi menyampaikan maklumat yang lebih mendalam kepada pelancong.
Kerajaan negeri Perak akan membantu memberikan khidmat team building dan memfokuskan untuk melatih anak-anak muda di negeri Perak. Kerajaan negeri Perak akan berusaha untuk melahirkan pemandu pelancong yang berpengetahuan mengenai alam semula jadi dan beberapa perkara lain termasuk faktor keselamatan.
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
LABUN: PENUNTUT KESAYANGAN KICT
Kucing jantan gemok/sado/berisi ni namanya LABUN. Labun dah lebih kurang lima tahun berada di Kulliyyah of Information and Communication Technology, UIA Gombak.
Labun asalnya kucing ditinggalkan ditepi surau. Labun diberi makan oleh penjaga fakulti ketika masih kecil. Dari situ bermulalah episod hidup Labun.
Labun ada banyak nama panggilan seperti karpet, tiger dan manje. Semua orang di fakulti mengenali Labun. Malah seluruh UIA tahu tentang Labun.
Ofis Labun di tingkat dua bangunan. Di sini disediakan ruang makan, tempat mainan dan ruang rehat Labun. Namun, tidak terhad di situ sahaja, Labun dapat full access ke mana-mana bahagian fakulti. Labun boleh masuk kelas, ofis, kafeteria, atau mana-mana sahaja ruang di fakulti ini. Boleh kata satu kawasan fakulti ni dia punya. Abang kawasan lah agaknya.
Secara rasminya, Labun dijaga empat pensyarah UIA @ mommy; Madam Norazian, Madam Zarina, Dr. Raini dan Prof Dr Norsaremah Salleh. Mommy inilah bergilir-gilir beri makan Labun. Makan kadang-kadang bersuap. Kalau tak, tak dimakannya makanan tu.
Tipikal kucing jantan, Labun kuat makan dan kuat tidur dan suka dibelai dan dilayan main oleh sesiapa sahaja.
Labun mula viral setelah gambarnya bersama penuntut dalam kuliah, memberi perhatian kepada pensyarah lalu tertidur dimuat naik ke twitter & Facebook; sehingga tular ke Buzzfeed dan Happy Cat.
Labun suka masuk kelas dan seolah-olah memberi perhatian pada pengajian oleh pensyarah. Labun biasanya duduk atas meja atau kerusi. Namun akan tidur selepas beberapa ketika. Ini konfirm!
Labun jenis kuat makan. Biasanya makan banyak waktu pagi dan tak makan sampailah petang.
Labun pernah hilang selama empat hari. Online broadcast dibuat ke seluruh UIA dan Labun dijumpai semula di Sentral UIA oleh penuntut UIA.
Selepas hilang itulah, Labun diberi ID/tag nama. Andai hilang semula, hanya perlu dihantar ke KICT Gombak.
Paws Planet minggu ini berkenalan dengan si comel kesayangan mahasiswa UIA Gombak yang pernah tular di seluruh dunia, Labun.Juga sekitar sambutan Hari Haiwan Sedunia di Wangsa Walk baru-baru ini. Jangan lupa temujanji kita jam 9.30 pagi, Sabtu ini di saluran 501 Astro AWANI. #PawsPlanetAWANI
Posted by Astro AWANI on Thursday, 19 October 2017
Labun mempunyai peminat yang ramai dan kini sudah pun ada halaman Facebook sendiri. Penuh dengan gambar mencuit hati. Laman FB Labun
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Pusat Kesenian Terbaik Di Selangor Untuk Serlahkan & Kembangkan Bakat Anda!
Penyertaan ke kelas seni ini mampu mengasah minda seseorang untuk menjadi lebih kreatif, tanpa mengira umur. Namun, bagi pembelajaran awal untuk kanak-kanak, pembentukan minda yang kreatif adalah penting untuk perkembangan saraf-saraf otak yang lebih optimum.
Justeru, dalam artikel ini, Tourism Selangor akan mengongsikan 5 Pusat Seni untuk anda mula berkarya!
1) Sewing World Gallery, Subang Jaya
Siapa yang tidak tahu mengenai Sewing World Gallery? Mula ditubuhkan pada tahun 1989, organisasi ini telah menjalankan ratusan bengkel atau kelas jahitan dengan tujuan untuk memelihara dan mewarisi seni jahitan dalam perkembangan fesyen masa kini. Pelbagai kelas yang ditawarkan di sini seperti Colorful Patchwork Blanket Online Workshop, Boxy Pouch Online Workshop, dan banyak lagi! Bengkel yang ditawarkan dengan harha bermula RM 175 ini boleh disertai oleh individu yang ingin mula belajar menjahit!
2) Clay Expression, USJ 1
Clay Expression terdiri daripada tenaga pengajar dari kalangan mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tanah liat. Pembelajaran mengenai seni tanah liat diterapkan dalam diri para pelajar untuk menerokai nilai seni yang subjektif dan dimaterialisasikan kepada sebuah objek.
Jangan risau, teknik pembuatan juga akan diajar di sini supaya para pelajar lebih mudah untuk membentuk sesuatu okjek yang ingin dihasilkan. Harga kelas ditawarkan bermula dari RM 250 seorang untuk durasi 2 setengah jam, dan menariknya, dan anda boleh membawa pulang tembikar hasil tangan anda!
3) The Artsy Craftsy, Shah Alam
Tentunya daya kreativiti seseorang boleh diasah menerusi pendedahan dalam dunia seni dan juga penyertaan dalam kelas dan bengkel seni kreatif.
Hanya dengan RM 100, anda sudah boleh sertai kelas yang ditawarkan di The Artsy Craftsy. Di sini juga, anda boleh asah kreativiti anda dalam penghasilan seni lukisan dengan lebih mendalam, serta mampu meningkatkan pemahaman anda terhadap karya seni!
4) Craft No 7, Petaling Jaya
Menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang kesenian, Craft No 7 yang terletak di Petaling Jaya ini menawarkan pelbagai bengkel yang bersesesuaian untuk semua peringkat.
Jadi, jangan risau sekiranya anda adalah seorang ´beginner´, kerana di sini tempat yang tepat untuk anda mengasah bakat seni anda! Bermula dari harga RM 180, banyak bengkel yang ditawarkan di sini, antaranya, bengkel penghasilan lilin, lulur badan, corak bunga atas tanah liat, dan banyak lagi!
5) A Space to ___, Damansara
A Space to ___ adalah antara organisasi yang menawarkan bengkel dan kelas seni yang pelbagai, bermula dari seni lukisan sehingga teknik penjilidan buku jepun moden, bengkel bru kombucha, mengait Amigurumi dan banyak lagi!
Anda boleh layari laman web A Space to ___ untuk ketahui lebih banyak tentang bengkel yang ditawarkan. Kos bengkel juga amat berpatutan, bermula dari RM 130; jadi apa tunggu lagi!
Mesti anda teruja untuk sertai kelas dan bengkel seni seperti yang dikongsikan di atas, bukan?
Berjiwa seni atau tidak, tempat-tempat yang disenaraikan di atas akan membantu anda untuk mengisi masa lapang dengan mengasah bakat seni yang ada pada diri anda. Di samping dapat mempelajari seni kreatif, anda juga berpeluang untuk bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai bangsa dan peringkat umur!
Kredit. selangor.travel
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Nala: Anak Kucing Terbiar Hampir Mati, Kini Bahagia Keliling Dunia
Seekor anak kucing yang hidup terbiar dan sendirian kini kelihatan bahagia dapat menggembara keliling dunia bersama tuan baru yang memungutnya dengan berbasikal.
Seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Dean Nicholson, memulakan perjalanannya berbasikal untuk melihat dunia dari Dunbar, Scotland pada September tahun lalu. Kisah pertemuannya dengan anak kucing yang diberi nama Nala tersebut berlaku di tepi jalan raya di negara Bosnia Herzegovina. Nama Nala dipilih melalui satu watak animasi kegemarannya dalam filem The Lion King.
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
Dean Nicholson yang dahulunya berkerja sebagai seorang pengimpal memulakan pengembaraan dengan mengayuh basikal sejauh 321 kilometer ke Newcastle lalu menaiki feri ke Amsterdam, Belanda. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke Belgium, Greece, Switzerland dan Itali sebelum menemui anak kucing tersebut di Bosnia.
“Ketika itu saya sedang mendaki bukit, sambil mendengar muzik yang agak kuat tetapi masih dapat mendengar bunyi tangisan anak kucing di belakang saya. Saya berhenti dan terlihat seekor anak kucing di tepi jalan. Apabila saya mendekatinya, Nala melompat naik ke atas basikal dan tidak mahu turun,” kata Dean Nicholson.
Nala yang ketika itu kelihatan tidak bermaya dan resah kemungkinan sangat lapar. Dean Nicholson memberi Nala makanan dan seterusnya ingin meneruskan kayuhan. Dia langsung tidak bercadang untuk membawa Nala bersama, tetapi jauh disudut hatinya ada perasaan sayang dan suka dengan Nala. Lalu dia membuat keputusan untuk membawa si bulus tersebut bersamanya.
Sejak menemui Nala, Dean Nicholson melengkapkan butiran dalam laman kutipan dana, GoFundMe bagi membantunya membayar bil veterinar haiwan tersebut dan membawa kucing itu pulang bersamanya ke Britain.
Menurut Dean Nicholson, dia telah mengubah suai basikalnya semata-mata untuk menempatkan ruang khas untuk anak kucing ini menumpang dengan selesa. Setelah beberapa hari bersama, Nala dilihat begitu manja dan seronok untuk mengikutnya berbasikal melihat dunia.
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
Namun disebabkan sering terdedah dengan hujan dan panas ketika sesi ini, Nala sering jatuh sakit. Dean Nicholson kemudian membuat keputusan untuk berhenti seketika di mana-mana hostel untuk berehat seketika setiap kali setelah membuat beberapa puluh kilometer kayuhan demi Nala. Sebelum ini, dia langsung tidak kisah untuk berhenti tidur di mana sahaja, tetapi demi Nala dia mengubah cara ‘travelnya.’
Keakraban Dean Nicholson dan Nala membuatkan setiap penduduk atau orang ramai yang bertemu dengan mereka begitu teruja untuk mendekati dan mengambil gambar bersama. Pada awalnya, niat dan sasaran utama Dean Nicholson dalam kepala hanya untuk berbasikal mengelilingi dunia, namun hari ini setelah bertemu dengan Nala, impiannya ingin terus bersama Nala melebihi impian asalnya. Comel kan?
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
View this post on InstagramA post shared by 1bike1world (@1bike1world) on
Sumber: Bored Panda
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI