Bayangkan kalau ada seekor nyamuk atau lalat berterbangan disekeliling kita pun sudah rimas.
Ini kan pula jika ada beribu serangga atau lebih dari itu yang datang ‘serbu’ di tempat tinggal kita. Pasti ‘murung’ seketika kehidupan ketika itu bukan?
Menurut sumber Bernama, kawanan belalang juta telah menyerang dan merosakkan kawasan tanaman di Uganda pada Ahad lalu. Situasi itu telah menyebabkan negara Uganda mengalami kekurangan bekalan makanan.
Kejadian tersebut adalah yang terburuk pernah melanda negara Afrika itu dalam tempoh 25 tahun, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perdana Menteri Uganda Ruhakana Rugunda berkata semburan racun perosak telah dilakukan untuk menghapuskan belalang berkenaan. Belalang berkenaan sebelum ini dilaporkan menyerang tanaman di Kenya, menyaksikan ratusan hektar tumbuh-tumbuhan musnah.
Sumber Foto: Dailymail