Pelancong boleh menikmati percutian ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tahun depan dengan kos sebanyak $35,000 (RM145,793) semalam.
Korang kadang-kadang ada rasa bosan tak dengan percutian yang ada di muka bumi ni? Kalau ada terdetik perasaan yang semacam itu, adalah baik kalau korang cuba pula percutian ke angkasa lepas. Amacam?
National Aeronautics and Space Administration (NASA) atau agensi angkasa lepas milik Amerika Syarikat (AS) akan memberikan peluang tersebut kepada mana-mana pelancong yang ingin ke ISS yang terletak 408 kilometer dari permukaan laut itu.
Dengan kos lebih kurang RM145 ribu semalaman, NASA mengkategorikan pelancong ke ISS sebagai ‘private astronaut’ atau angkasawan persendirian dan boleh terbang ke ISS menggunakan roket milik AS dan berada di stesen itu selama 30 hari.
Ads
Korang darab la RM145 ribu semalam dengan 30 hari. Agak-agak berapa kos keseluruhan nak pergi bercuti ke ISS tu? Itu baru kos korang nak tinggal di ISS tau, belum kos tambang ‘grab’ korang nak ke sana nanti. Jom kita tengok berapa harga tambang nak terbang ke sana pula.
Ada dua syarikat yang diupah oleh NASA untuk membawa pelancong ke ISS – satu ialah syarikat Space X kepunyaan Elon Musk dan satu lagi adalah Syarikat Boeing. Kalau korang nak tahu, kedua-dua syarikat ni ambil upah tambang ‘grab’ sebanyak $60 juta untuk satu penerbangan!
Ads
$60 juta bersamaan dengan RM249,932,310! Hambik kau. Nak melancong ke ISS ni bukan macam nak pergi melancong ke Batam tau. Naik feri je dah sampai. Hahaha. Kalau korang nak tahu, harga kos itu juga adalah harga kos sebenar untuk membawa angkasawan sebenar ke angkasa lepas.
Dahulunya NASA tidak membenarkan sebarang bentuk perniagaan berlaku di ISS. Tapi sekarang, selain daripada membuka peluang kepada pelancong, NASA juga membuka peluang perniagaan dan pemasaran kepada individu atau syarikat yang berminat ke ISS.
Ads
Sebelum ni ada seorang lelaki pernah ke ISS pada tahun 2001 iaitu Dennis Tito, seorang ahli perniagaan daripada AS dan beliau membayar harga sebanyak $20 juta hanya untuk satu trip ke ISS. Sesungguhnya, beliau amat kaya. Tapi itu lah peluang perniagaan yang beliau gunakan. Dia pernah sampai ke ISS! Mesti ramai orang akan lebih yakin untuk buat pelaburan dengan beliau.
Selain daripada pengumuman NASA untuk membawa pelancong ke ISS dan membuka peluang perniagaan dan pemasaran di sana, NASA juga dalam perancangan untuk menswastakan ISS pada tahun 2025 selain mengumumkan akan memulakan projek ke bulan pada tahun 2024 dengan sasaran untuk membawa wanita pertama dan manusia pertama selepas beberapa dekat kebelakangan ini.
Lepas buat kira-kira semua tu, duit tabung ayam korang dah ada berapa banyak? Hehehe.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah 23 tahun wujud di Big Apple New York, akhirnya tirai pejabat Pelancongan Malaysia di New York ditutup selamanya. Ia dahulunya diwujudkan untuk mempromosi pelancongan Malaysia khususnya Pantai Barat Malaysia.
Pejabat Pelancongan Malaysia di New York akan tutup secara rasminya pada 30 Jun in dan segala data telahpun di pindahkan ke ibu pejabat Kuala Lumpur.
Sebahagian perkakas dan perabot mungkin didermakan ke badan amal atau diberi kepada institusi Malaysia di New York.
Pejabat di New York, mengambil masa yang panjang memberi notis kepada ramai pengikut dan “Friends of Malaysia” tentang penutupan ini.
Sebahagian 500 agensi dan operator pelancongan telah dimaklumkan.
Antara staf senior iaitu Mary M Scully dan Nurulhuda Abdul Rahim, eksekuif pemasaran, yang telah bekerja selama 23 tahun sejak pejabat itu dibuka, berasa sedih dengan keputusan ini.
Dalam temubual dengan Bernama, Ahmad Johanif Mohd Ali, yang akan menjadi Naib Presiden pejabat New York yang terakhir dan tempoh perkhidmatan tamat dengan penutupan pejabat berkata tindakan ini dibuat atas dasar penjimatan kos.
Meskipun begitu, promosi pelancongan di pantai timur diteruskan dibawah pejabat Pelancongan Malaysia Los Angeles yang selama ini fokus kepada pantai barat. Kini ia akan bertanggungjawab kepada seluruh Amerika dan negara lain dalam rantaunya.
Pejabat Pelancongan New York akan menggunakan Facebook untuk berkomunikasi memandangkan hubungan talian akan diputuskan pada Ahad ini.
Amerika merupakan sektor pelancongan terbesar didunia berdasarkan perbelanjaan oleh pelancong Amerika ke luar negara.
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan (PKPP) sebelum ini, Pulau Langkawi merupakan destinasi percutian yang mendapat tempat dalam kalangan pelancong domestik.
Namun, setelah hampir semua negeri dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) ketika ini pusat pelancongan ini turut terkesan walaupun berada dalam zon hijau. Disebabkan itu perjalanan feri ulang alik bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dihadkan kepada satu perjalanan sehari sahaja hingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat.
Sebelum ini beberapa syarikat pengendali feri, Konsortium Ferry Line Ventures telah memohon kebenaran untuk mengurangkan jumlah perjalanan feri harian melibatkan kedua-dua laluan tersebut dan permohonan itu telah dihantar ke ibu pejabat untuk kelulusan. Jabatan Laut Malaysia telah meluluskan permohonan operator feri tersebut. Pihak operator juga telah memohon untuk menghentikan operasi melibatkan laluan Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dalam tempoh PKPB. Permohonan ini juga telah diluluskan dalam tempoh PKPB, perjalanan feri penumpang dari Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis dihentikan operasi.
image via google
Bermula PKPB lalu, hanya satu perjalanan sehari bagi laluan Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Kedah-Langkawi akan beroperasi.
Perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah dijadualkan pada 10 pagi, manakala feri dari Kuala Kedah ke Langkawi pada 5 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika dunia gempar dengan penularan jangkitan COVID-19, rakyat Thailand juga terkesan apabila negara itu mencatat lebih 1700 kes dengan 2 kematian (sehingga 1 April).
Foto: Bangkok PostFoto: AFP
Namun, apa yang lebih memeritkan warga negara Gajah Putih itu ialah keberadaan raja mereka ketika rakyat jelata dilanda musibah. Tanda pagar (kenapakitaperluraja) dalam bahasa Thailand mulai trending digunakan rakyat di sana.
Ia ekoran selepas seorang aktivis Thailand di luar negara menyiarkan berita mengenai Raja Maha Vajiralongkorn didakwa sedang berada di Jerman ketika negara itu dilanda wabak COVID-19. Disebabkan itu ada rakyat pertikai tindakan Maha Vajirakongkorn ketika krisis.
Ekoran itu, seorang menteri memaklumkan bahawa sesiapa yang menimbulkan isu mengenai monarki diraja negara itu boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. Situasi itu dipantau dan sebarang tindakan bergantung kepada perbincangan dengan agensi keselamatan.
Foto: The Sun
Pihak istana Thailand setakat ini masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. King Vajiralongkorn yang berumur 67 tahun dimahkotakan tahun lalu mempunyai rumah kedua di Jerman dan banyak menghabiskan banyak masa di luar Thailand.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...