Nak Try Naik ‘Menara Ke Kayangan’? Hanya Ada Di Sabah Tau..

Share

Berada di Lahad Datu, Sabah tiada yang asing atau janggal yang boleh dilihat. Daerah Lahad Datu sama sahaja seperti di daerah lain yang ada di Sabah dan selamat untuk dikunjungi oleh sesiapa sahaja.

Jika anda dari Kota Kinabalu boleh menggunakan beberapa cara untuk ke Lahad Datu. Antaranya menggunakan pengangkutan darat atau udara:

  • Jika memilih untuk menggunkan penerbangan udara hanya 45 minit sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini.
  • Namun jika berkereta, sekitar 7 hingga 8 jam masa perjalanan diperlukan untuk sampai dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu.

Terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh anda singgah jika sampai ke Lahad Datu antaranya Menara Kayangan. Menara Kayangan merupakan sebuah menara berketinggian 33 meter bersamaan hampir 10 tingkat bangunan yang dibina di Gunung Silam terletak 11km dari bandar Lahad Datu.

Persimpangan untuk ke menara ini juga merupakan pintu masuk yang sama jika hendak ke Lembah Danum Conservation Centre. Namun untuk ke Lembah Danum anda perlu meneruskan lagi pemanduan sejauh 63km lagi.

Menara pemerhatian ini menyajikan pemandangan alam semulajadi Hutan Simpan Sapagaya dan terletaknya gunung paling tinggi di Lahad Datu iaitu Gunung Silam. Lokasi ini terletak pada ketingian 625 meter dari aras laut dan menghadap Teluk Darvel yang begitu indah dan memukau. Terdapat hampir tujuh buah pulau yang meliputi Teluk Darvel seperti:

  • Pulau Serangga
  • Pulau Saga
  • Pula Lela

Teluk Darvel turut tular beberapa bulan kebelakangan ini dan diyakini mampu menarik kedatangan pelancong dunia berikutan penemuan tapak selam skuba yang ikonik dikenali sebagai ‘Blue Hole’ (Lubang Biru) di Terumbu Tingkayu. Penemuan itu direkodkan oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS) yang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel. Lebih menarik, Blue Hole itu ditemui dengan dua struktur lubang biru, berbanding Blue Hole lain di dunia yang hanya ada satu lubang.

  • Waktu Operasi Isnin – Ahad : 8.00 pagi – 4.30 petang
  • Harga Tiket (Warganegara) Dewasa : RM 5.00 / Kanak-kanak: RM 3.00 | (Bukan Warganegara) Dewasa : RM 15.00 Kanak-kanak: RM 7.00

Selain menara tinjau, pengujung juga dibenarkan untuk melakukan aktiviti mendaki. Terdapat 7 laluan untuk mendaki dari Hutan Simpan Sapagaya ke Gunung Silam mengikut level laluan yang berbeza seperti Kayangan Trail, Kalung-Kalungan Trail, Kubang Badak Trail, Kubu Jepun Trail, Air Terjun Lompat-Lompat Trail, Air Mata Air Trail dan Syurga Binatang Trail.

Arahan: ‘Jika anda ingin ke tandas, korek lubang sedalam 30cm dan selepas itu timbus kembali.

Kemudahan turut tersedia berhampiran Menara Kayangan seperti tapak perkhemahan, restoran dan tadas. Paling menarik, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai flora fauna terutamanya Buluh Pirin iaitu tunas buluh turun ke bawah, kawasan tinggalan tentera Jepun dan ketam merah yang banyak terdapat di kawasan ini.

Jom cuti-cuti Malaysia!

Oleh
Husna