Kalau tengok rancangan televisyen luar negara, macam seronok tengok aksi ‘mat salleh’ terbang di udara di kawasan yang indah. Kan seronok kalau Malaysia pun ada. Ehem..negara kita pun ada ya aktiviti sebegitu!

Nak Terbang Di Udara Sekali Seumur Hidup? Kena Try Paragliding Di Bukit Jugra & Bukit Maras
Ada yang nak cuba menyertai aktiviti lasak sukan luncur udara atau ‘paragliding? Antara lokasi tumpuan peminat sukan paragliding di Semenanjung Malaysia ialah yang paling popular di Pulau Indah, Jugra dan Banting di Selangor.

Lokasi lain seperti di Gunung Ledang di Johor, Bukit Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Chendering dan Kota Putra Paragliding Park Bukit Bubus, berhampiran Bukit Keluang, Besut di Terengganu. Tidak ketinggalan juga di Bukit Maras, Kuala Terengganu dan Gunung Jerai, Kedah.

Ads

Bukit Jugra, Banting

  • Nak Terbang Di Udara Sekali Seumur Hidup? Kena Try Paragliding Di Bukit Jugra & Bukit MarasBagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
  • Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.

Nak Terbang Di Udara Sekali Seumur Hidup? Kena Try Paragliding Di Bukit Jugra & Bukit Maras

Ads
  • Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.

Bukit Maras, Kuala Terengganu

  • Nak Terbang Di Udara Sekali Seumur Hidup? Kena Try Paragliding Di Bukit Jugra & Bukit MarasAntara lokasi menarik untuk aktiviti ini juga adalah di Bukit Maras, Kuala Terengganu yang menjanjikan pengalaman menakjubkan pada ketinggian 329 meter dari paras laut itu. Lantas ia menjadi tarikan baharu pelancong yang bercuti di negeri pantai timur.
  • Peluncur udara dan pengunjung Bukit Maras berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi dan jajaran pantai sekitar Batu Rakit membabitkan dua daerah di Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.
  • Nak Terbang Di Udara Sekali Seumur Hidup? Kena Try Paragliding Di Bukit Jugra & Bukit MarasSekiranya cuaca baik, pemandangan dari bukit itu lebih menarik kerana berpeluang melihat keunikan bentuk beberapa pulau popular iaitu Pulau Kapas, Pulau Bidung dan Pulau Redang di depan mata. Keunikan dan keindahan dilihat dari puncak memang sesuai dijadikan kawasan riadah dan ekstrim meluncur sekali gus ia dijadikan lokasi paragliding dan salah satu produk pelancongan negeri.
  • Sebelum menuju ke puncak bukit untuk melakukan aktiviti ekstrim ini , terlebih dulu, pengunjung perlu meredah laluan tanah merah yang berlubang-lubang dan berliku sejauh sejauh 2.3 kilometer (km).

Jom la cuba!

Ads

image via FB Bukit Maras Paragliding and Recreational Park & paragliders.my

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI