Nak Snorkeling, Hiking & Piknik, Pulau Kapas Ada Pakej Daytrip. Sebelum Pergi 5 Perkara Kena Sedia, Baru Enjoy!

Share

Sebelum pulau-pulau kat Terengganu tutup sebab monsun atau musim tengkujuh, masih sempat lagi untuk korang yang nak bercuti ke pulau. Kalau nak ke Pulau Kapas sebenarnya ada pakej day trip yang korang boleh ambil.

Cukup untuk piknik, snorkeling dan juga hiking kat Bukit Singa yang viral tu. Tapi sebelum tu korang kena alert lima perkara untuk dibawa ketika daytrip korang ke sana.

1.Makanan/minuman : Yang tak ambil sekali pakej makan, boleh bawa makanan sendiri, samada bungkus atau bekal (dalam bekas). Masak siap-siap kat rumah, bawa ke pulau. Berkelah bersama keluarga..

Yang nak bungkus makanan, boleh beli kat Pasar Besar Marang, hanya 300 meter dari Jeti Pulau Kapas.Akan jumpa pasar ni dulu sebelum sampai jeti.

Taknak bawa makanan boleh ke?Boleh je,tiada masalah.Kat pulau ada kafe resort dan kiosk makanan ringan.

Tips untuk tidak membawa makanan yang banyak : makan pagi dulu siap-siap kat darat sebelum naik bot. Bawa makanan tengahari dan makanan ringan je.

2.Tikar atau khemah : Ini penting untuk letak barang dan makanan yang kita bawa.Nak berehat pun senang.Takde khemah,tikar pun dah mencukupi.Bentang pulak bawah pokok sambil layan angin sepoi-sepoi bahasa.

3.Roti : Yang nak bermain dengan ikan nemo tepi pantai atau kat taman laut,pastikan roti dibawa bersama.Umpan untuk tarik perhatian ikan makan kat tapak tangan kita.Roti murah-murah pun ikan layan je.

4.Pakaian kering : Untuk salin pakaian lepas seharian mandi manda di pulau.Taknak bawa ke pulau pun boleh je.Boleh salin pakaian kering apabila tiba kat jeti di darat.Tiada masalah untuk pakai pakaian sedikit basah apabila naik bot.

5.Kasut : Cukup penting jika ambil sekali dengan pakej “Hiking Bukit Singa”.Untuk jaga keselamatan kaki dan melancarkan aktiviti.Ini kerana untuk sampai ke puncak bukit,anda akan melalui kawasan berbatu.Elakkan pakai kasut tumit tinggi ke pulau.

Yang penting, kena lengkap 2 dos vaksin ye.

Ingin memiliki pakej daytrip Pulau Kapas dan mencari penginapan sebelum ke Pulau Kapas atau berhampiran Jeti Pulau Kapas,boleh helo-helo Nik K ye.Sedia membantu sebaik mungkin.

Kredit: NiK K | D’Village Chalet

Kredit Gambar: fancybooby

 

Oleh
SAHR