Nak percutian yang unik dengan staycation dekat penjara atau rumah hantu? Pengalaman bercuti dan bermalam sebegitu korang boleh dapat bila menginap di salah sebuah hotel yang terletak di Desaru, Kota Tinggi Johor.
Hotel Impi Yan tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki Amirul Firdaus berkongsi video di akaun TikTok miliknya yang memaparkan bilik penginapan bertemakan penjara.
Lengkap dengan dawai kawat dan pintu geriji, bilik ini juga turut mempunyai kemudahan lain seperti katil bertingkat, televisyen, tandas dan paling menarik siap ada baju ala banduan lagi.
Ads
Video berdurasi 31 saat itu membuatkan ramai yang teruja dengan dekorasi yang ada di hotel tersebut.
Bukan hanya bertemakan penjara, rupanya hotel ini turut mempunyai beberapa tema lain yang unik untuk pilihan pengunjung. Antaranya adalah hantu, muzikal, pantai, lanun, hutan dan jepun.
Ads
Nak rasa sendiri bercuti di hotel yang ada tema unik ni bolehlah korang check it out Hotel Impi Yan yang terletak di Kota Tinggi, Johor. Pilih mana tema yang berkenan dan rasa sendiri pengalaman bermalam kat bilik pilihan korang!
Fenomena air pasang besar yang melanda persisiran pantai di Port Dickson sejak bebehari lepas dilaporkan terkawal susulan cuaca panas dan tiada sebarang limpahan air yang berlaku sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir.
Bagaimanapun, sekiranya berlaku hujan lebat yang berpanjangan, beberapa kawasan berkemungkinan akan ditenggelami air terutama di kawasan rendah.
Untuk info anda yang ingin bercuti di Port Dickson, air pasang besar ini biasanya berlaku dalam tiga hari dan sepanjang bulan akan ada, ia bergantung kepada ketinggian air pasang. Kalau tengok air pasang kali ini agak tinggi berbanding bulan sebelumnya tetapi buat masa ini keadaan terkawal kerana cuaca panas.
Sekiranya berlaku hujan lebat, APM akan menempatkan anggota bagi memastikan keadaan pengunjung dan penduduk setempat selamat, namun pada masa ini tiada keperluan untuk menempatkan anggota untuk tujuan pemantauan.
Namun ada sedikit hikmah, fenomena air pasang besar ini dikatakan membantu memudahkan kerja pembersihan tumpahan minyak yang berlaku di Pantai Cermin, Port Dickson sejauh dua kilometer tempoh hari. Ombak yang kuat, membantu kerja pembersihan pantai dengan baik kerana minyak akan cepat terurai selain turut dibantu cuaca panas.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesuatu benda yang biasa tapi kalau dibuat dengan penuh kreativiti, akan menghasilkan satu benda yang sangat unik dan menarik untuk tatapan mata, betul tak? Macam tu juga dengan sains dan teknologi. Kalau dulunya jurutera rigid dengan rekaan bentuk yang sofistikated, tapi kini tidak lagi.
Pusat janakuasa solar terbaru di Datong, China, memutuskan untuk menjadi kreatif dengan rekaan baru mereka. China Merchants New Energy Group salah satu operator tenaga bersih terbesar di China, membina 250 ekar ladang solar dalam bentuk Panda.
Digelar Janakuasa Panda, ia mampu menjana 3.2 billion kilowatt perjam tenaga solar selama 25 tahun. Ini dijangka mengurangkan penggunaan arang yang selama ini digunakan untuk penghasilan elektrik, dan menurunkan penghasilan karbon sebanyak 2.74 juta tan.
China Merchants New Energy Group bersama United Nations Development Program (UNDP) menghasilkan projek Janakuasa Panda. Projek ini adalah usaha besar memberi kesedaran kepada orang mudah di China tentang tenaga bersih. Grup ini berharap membina lebih banyak bentuk Panda pada solar sistem mereka dalam masa 5 tahun akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang menjemput orang ramai untuk berkongsi gambar-gambar bersejarah Bukit Bendera untuk pameran foto sempena Festival Bukit Bendera 2019 yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 Julai.
Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera, Cheok Lay Leng berkata pameran itu akan menampilkan koleksi gambar-gambar Bukit Bendera pada masa lalu yang jarang ditemui termasuk gambar lawatan Ratu Elizabeth II ke Bukit Bendera pada 1972.
“Kami mahu semua orang menghayati sejarah silam dan kembali ke masa lalu mengenai keadaan Bukit Bendera ketika itu. Ramai orang menyimpan kenangan indah di masa lalu tentang Bukit Bendera, dan kami mahu mengembalikan kenangan itu,” katanya.
Selain pameran, lebih 20 acara dan aktiviti telah disediakan untuk festival selama empat hari itu termasuk ceramah, konsert “Music on the Hill”, bengkel fotografi, penerokaan pada malam hari dan berjalan kaki untuk meneroka denai alam semula jadi.
Festival Bukit Bendera yang terakhir diadakan pada 2018 menerima sambutan yang amat menggalakkan dan ia kemudian dijadikan acara tahunan. Semasa Festival Bukit Bendera pada 2018, Bukit Bendera mencatatkan kehadiran kira-kira 9,000 pengunjung bagi menyertai program selama sembilan hari.
Semua aktiviti dan program yang diadakan semasa festival itu boleh disertai secara percuma dan terbuka kepada orang ramai. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran untuk acara, orang ramai boleh melayari Portal Bukit Bendera