Nak Rasa Bercakap Dengan Hantu? Anda Kena Pergi Ke HAUNTU Kalau Nak Rasa Pengalaman Seram Tu!

Share

Tak ada sesiapa yang waras nak bercakap dengan hantu macam tu je tapi, kalau anda betul-betul berani, mari la ke Hauntu – rumah hantu yang berbeza dengan apa yang pernah anda pergi sebelum ni sebab hantu-hantu di sini ‘disumpah’ untuk berinteraksi dengan anda sepanjang masa anda berada dala rumah hantu tu. Seram!

Hauntu yang terletak di The LINC, Kuala Lumpur ini adalah gabungan persembahan teater dan rumah hantu yang secara keseluruhannya akan memberikan pengalaman baru kepada setiap ‘kaki pecah masuk’ rumah hantu di luar sana.

Sepanjang masa permainan ini juga anda akan turut terlibat dalam jalan cerita hantu ni. Makna kata, anda perlu membuat keputusan yang akan menentukan penghujung cerita hantu anda ini dan secara langsung memberikan pengalaman yang berbeza untuk anda.

Mengambil masa antara 45 – 50 minit, anda di dalam rumah Hauntu ini bukan sahaja akan berdepan dengan kegerunan dan keseramannya malah yang menarik, setiap ‘hantu’ yang ‘dipasung’ di rumah ini akan berinteraksi dengan setiap perbuatan dan percakapan yang dilakukan oleh anda dan kawan-kawan lain.

Kawasan Reception hotel yang akan membuatkan hidup anda dihantui misteri

 

Kiranya tak bosan la macam rumah hantu biasa yang anda hanya berjalan membuta-tuli! Menarikkan? Hauntu ini mengambil konsep sebuah hotel yang dibina pada zaman kolonial British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu dengan nama Hotel Colle Eastern. Berkelengkapan dan perabot seiring dengan zaman 50-an ini akan membuatkan anda benar-benar terasa seperti berada di zaman era Malaysia sebelum merdeka dulu.

Hauntu mengetengahkan tiga episod cerita misteri dan paranormal yang berlaku di hotel tersebut dan setiap episod akan ditukar selang beberapa bulan bagi memberikan pengalaman dan peluang kepada anda untuk merasai ketiga-tiga episod yang trjadi di Hotel Colle Eastern ini.

Rumah hantu Hauntu ini dibuka daripada pukul 11 pagi hingga 11 malam (penyertaan terakhir pada pukul 10 malam) dan hanya RM58 dikenakan untuk setiap seorang yang datang. Jadi? Tunggu apa lagi? Ayuh semua menjejaki ksah misteri anda di Hauntu~

Layari laman web ihauntu.com atau hubungi 011-1686 9199 untuk tempahan.

Oleh
Epul