Nak Percutian Murah? Dapatkan Promosi Diskaun Hebat Di ‘MATTA Fair Online’ Bermula 9-15 September 2020

Share

Saban tahun, pasti ramai tertunggu-tunggu kemunculan acara tahunan untuk 'melancong' iaitu MATTA Fair. Namun, berikutan pandemik COVID-19, acara ini telah diberi suntikan baru yang sesuai dengan normal baru ketika ini.


Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan 'MATTA Fair Dalam Talian 2020' sebagai satu inisiatif baharu untuk memudah cara ahli-ahli persatuan itu menjual pakej percutian terutamanya untuk percutian dan perjalanan domestik.


Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September 2020 dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan untuk menyediakan pelbagai diskaun menarik seiring dengan permintaan pelancongan tempatan semasa.

MATTA akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan penaja yang berpotensi termasuk Tourism Malaysia, Malaysia Airlines, Penang Global Tourism, Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia, Persatuan Spa Malaysia, BOOST, IPAY88 dan lain-lain pejabat pelancongan negeri.


Untuk menambah keseronokan di MATTA Fair Dalam Talian, pempamer akan menawarkan tawaran terbaik mereka dengan perkhidmatan tambah nilai pada kadar istimewa dan potongan harga serta pelanggan boleh melihat banyak pakej pelancongan dan perjalanan dengan pelbagai julat barangan nic dan produk terkini

Pendaftaran untuk penyertaan acara bermula dari 29 Julai sehingga 5 Ogos 2020. Untuk lebih maklumat terkini, sila lawati akaun MATTA Fair facebook @mattafairkualalumpur dan akaun Instagram rasmi @mattafair.

Oleh
Husna