Kerjaya sebagai pemandu pelancong semestinya sesuai untuk seseorang yang suka melancong atau mengembara, suka berinteraksi dengan orang ramai, pandai menyusun atur perancangan, tahu selok belok persekitaran seperti tempat bersejarah atau kawasan tumpuan dan sukakan ilmu pengetahuan terhadap sesuatu perkara.
Pemandu pelancong yang professional juga mestilah seseorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam memastikan pelancong yang dibawa dapat menikmati percutian mereka sepenuhnya. Bukan setakat keselesaan penginapan si pelancong malah pengangkutan, jadual lawatan, informasi tempat pelancongan, makan, membeli-belah dan lain-lain yang berkaitan turut dibawah jagaan si pemandu pelancong.
Jika anda seseorang yang mempunyai ciri-ciri tersebut, anda boleh berfikir sejenak untuk menukar kerjaya yang ada kepada kerjaya sebagai pemandu pelancong.
Sekiranya anda ingin menjadi seorang pemandu pelancong di Malaysia, anda dikehendaki untuk mendaftar bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan mempunyai lesen yang sah serta ditauliah.
Ini sesuai dengan perkara 21 Akta Industri Pelancongan 1992 yang mana menjelaskan bahawa orang yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong hendaklah dilesenkan dan perkara 21(1) menjelaskan tiada seorang pun boleh bertindak, atau menganjurkan dirinya, sebagai seorang pemandu pelancong melainkan jika dia dilesenkan.
Sesiapa yang didapati menjadi pemandu pelancong secara haram, anda boleh disabit kesalahan dan didenda tidak melebihi RM7,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Jangan main-main, boleh tahan juga hukumannya kalau jadi pemandu pelancong secara haram ni. Jadi, dah bersedia untuk menjadi pemandu pelancong yang bertauliah dan berlesen?
Untuk memohon lesen, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah menghadiri kursus atau latihan dan lulus ujian kecekapan yang diadakan oleh MOTAC atau mana-mana badan yang diberi kuasa untuk mengadakan kursus latihan dan ujian kecekapan.
Kalau dulu, mungkin sukar untuk kita dapatkan maklumat mengenai kursus dan ujian sebagai pemandu pelancong, tapi sekarang tidak lagi. Hasil carian dan selidik Libur di laman sesawang seperti Google dan Facebook mendapati kini ada banyak Institut Latihan Pelancongan (ILP) dan beberapa badan yang menyediakan khidmat kursus, latihan dan ujian sebagai pemandu pelancong serta menjalankan kursus tersebut secara berkala setiap tahun. Taip sahaja kursus pemandu pelancong, segala maklumat akan terpampang di situ.
Jika anda sudah dapat ILP atau mana-mana badan yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik, anda perlu semak bila tarikh terkini kursus tersebut dan berhubung dengan pegawai yang bertanggungjawab untuk maklumat selanjutnya seperti kekosongan tempat, tarikh dan lokasi serta bayaran.
Untuk pengetahuan anda, anda perlu menjalani kursus pemandu pelancong ini selama 500 jam selama 6 bulan. Oleh demikian, dapatkan jadual pembelajaran kelas harian daripada ILP atau badan yang anda pilih. Sekiranya anda seorang yang mempunyai pekerjaan lain atau pelajar, cuba sesuaikan dengan masa anda dengan masa kelas pemandu pelancong kerana ada kelas yang akan dijalankan pada hari bekerja.
Permohonan lesen sebagai pemandu pelancong bertauliah
Setelah lulus kursus pemandu pelancong, anda akan ditauliahkan sijil kemahiran dan sijil daripada MOTAC. Kedua-dua sijil ini akan diperlukan untuk anda memohon lesen sebagai pemandu pelancong yang bertauliah daripada kementerian.
Anda boleh layari laman sesawang MOTAC di www.motac.gov.my dan pergi ke bahagian Perkhidmatan seterusnya ke Permohonan Lesen dan Pemandu Pelancong. Dari situ, anda boleh muat turun borang yang disediakan di laman sesawang tersebut.
Jika anda perhatikan dengan betul di laman sesawang MOTAC itu, anda akan dapati ada permohonan lesen untuk pemandu pelancong bandar dan alam semulajadi setempat. Jadi, apakah pemandu pelancong bandar dan pemandu pelancong alam semulajadi setempat?
Ianya adalah kategori yang ada dalam kelas pemandu pelancong. Bagi pemandu pelancong bandar, anda perlu menjalani kursus asas pemandu pelancong dan kursus mesra Malaysia manakala pemandu pelancong alam semulajadi setempat anda perlu menjalani kursus alam semulajadi setempat dan kursus eco-host.
Ads
Kesemua kursus ini diperlukan sekiranya anda berkehendak untuk menaiktaraf lesen anda ke tahap yang lebih tinggi.
Syarat-syarat yang permohonan lesen baru oleh MOTAC
Bagi anda yang ingin memohon lesen pemandu pelancong daripada MOTAC, anda mestilah mempunyai semua syarat-syarat yang berikut:
Kelayakan
Telah menjalani kursus dan latihan serta lulus ujian-ujian kecekapan yang diadakan oleh Pesuruhjaya Pelancongan atau mana-mana badan yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya Pelancongan.
Umur
Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan dibuat.
Kesihatan
Sihat daripada segi fizikal, mental dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit.
Kelakuan
Tiada rekod jenayah.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari www.motac.gov.my.
Jadi, sudah timbul minat untuk menjadi seorang pemandu pelancong? Jika sudah, boleh ikuti semua langkah dan tip yang disediakan diatas. Semoga anda berjaya dalam mengejar cita-cita menjadi seorang pemandu pelancong yang hebat satu hari nanti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau rasa nak healing di sekitar Selangor, inilah beberapa tempat yang anda boleh tuju. Pasti tenang melihat suasananya, dapat lah hilangkan penat lelah mencari rezeki.
Cukup sesuai untuk anda berdamai dengan alam, pokok-pokok hijau dan ada air yang melengkapkan suasana.
1. Setia Alam Community Forest (Open Daily for 24 hours)
Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor
Hiking lovers perlu pergi tempat ni! Tasik dia bersih sampai nampak pantulan gambar , memang cantek kalau ambik gambar! Track hiking pon okay dan selamat digunakan. Memang dapatlah tengok viw tasik secara meluas gituw!
2. Sawah Padi Sekinchan
Jalan Tali Air 3, Sekinchan, Selangor
Sekinchan memang terkenal dengan sawah padi yang luas dan menghijau. Pemandangan nampak biasa tetapi angin di sini melengkapkan rasa tenang, bunyi burung berkicauan buat macam ada di kampung. Memang relieve stress dan sikit homesick hiks.
3. Sekinchan Wishing Tree
Pantai Redang, Sekinchan
Pokok ni merupakan trademark Pantai Redang, daunnya berwarna merah hijau. Unik dan memang cun untuk ootd.
4. The Nahara Resort Kalumpang
Lot 428, Jalan Kg Pasir Putih, Kalumpang 44100 Kerling, Hulu Selangor.
Anda boleh decide nak tidur dalam khemah atau chalet. Chalet cantik dan reka bentuk yang menarik! Siap boleh BBQ. Apa yang best, sambil mandi tu dapat lah layan nature di sekeliling.
Jadi antara salah satu tempat sekitar Selangor ini, anda nak pilih yang mana? Nanti boleh ajak keluarga santai-santai ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jangan risau jika sudah lama tak balik kampung. Dan jika malas nak bersesak lepas PKP nanti, boleh luangkan masa staycation ala kampung di Pondok Azzmo Gueathouse, Puchong.
Rumah kayu unik berkonsepkan tradisional klasik dengan hiasan rumah yang antik ini pastinya menggamit memori bercuti di kampung halaman. Boleh juga dijadikan majlis family dengan kapisiti dibenarkan.
Pondok ni mempunyai 2 unit rumah.
-Pondok 1 ada 3 bilik tidur (2 tingkat)
-Pondok 2 ada 2 bilik tidur (1 tingkat)
Setiap pondok pula dilengkap dengan peralatan seperti:
-TV
-DVD
-Astro
-Wifi
-Peti Ais
-Penapis Air Cockoo
-Microwave
-Oven
-Dapur Gas
-Multi cooker
Antara facilities yang ada di sini adalah:
-Kolam renang
-BBQ Pit
-Surau
-Parking kereta
-Pondok rehat
Sememangnya Pondok Azzmo ini sesuai untuk sesiapa yang rindukan suasana kampung dan gemar barangan antik.
Ini kerana peralatan dalam rumah ni kebanyakan barang antik yang kebanyakan generasi sekarang tidak kenal.
Sebenarnya rumah ini kerap juga menjadi port shooting dan photoshoot. Malah dikatakan ramai artis yan sudah datang ke sini.
Tidak kurang pengunjung yang sukakan suasana kampung mengadakan majlis pernikahan/perkahwinan di sini.
Untuk yang berminat staycation di sini nanti, bolehlah dapatkan info lanjut di sini.
Lokasi: Pondok Azzmo Guesthouse
Alamat: Lot 14653, Jalan Meranti 6, Kampung Pulau Meranti, 41700 Puchong Selangor
Contact: 011-65611001
Singgah Lenggong untuk melihat suasana yang mungkin anda tak pernah tahu pun apa istimewanya tempat ini.
Tahukah anda di Malaysia ada 4 Tapak Warisan Dunia UNESCO?
1. Taman Negara Kinabalu
2. Taman Negara Mulu
3. Bandaraya Melaka & Georgetown
4. Lembah Lenggong, Perak
Lenggong terletak di Hulu Perak kira-kira 80km dari Bandaraya Ipoh. Pada tarikh 30 Jun 2012, Lenggong telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kajian sejak 30 tahun yang lalu telah menemukan banyak bukti prasejarah zaman
Paleolitik, Neolitik dan Zaman Gangsa.
Dan tahukah anda di Lenggong terdapat kesan kawah akibat dari hentaman meteor
183 juta tahun dulu dan debu-debu gunung berapa yang terbang dari Medan, Indonesia
hingga ke Lenggong akibat letusan terkuat gunung berapi?
Okay jom baca pengalaman saudara Mohd Nizam Zambari sepajang dia bersama rakan-rakannya masuk sana.
Kesan-kesan ini masih boleh di jumpai terdapat di Lenggong, Perak. Pebagai aktiviti eko-pelancongan boleh di lakukan di sana.
Antaranya:
– Explorasi Gua (Banyak gua-gua menarik untuk di terokai)
– Lawatan Tapak Hentaman Meteor 183 juta tahun!
– Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
– Replika Perak Man
– Lawatan kawasan debu gunung berapi Medan
– Lawatan ke Masjid ke 2 tertua di Malaysia!
– Boat ride sekitar Tasik Raban, Tasik Chenderoh
– Lawatan ke Pulau Beng
– Lokasi menarik kaki pancing
– Rumah asal Lenggong
– Makanan-makanan tradisional penduduk asal Lenggong
Dan beberapa lagi lawatan lain yang anda boleh lakukan disana.
Lawatan ke Pulau Beng khususnya terdiri daripada enam buah perkampungan kecil
yang menarik, iaitu Kampung Durian Lubuk, Kampung Beng Dalam, Kampung
Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau, dan Kampung Batu Ring. Penduduk
Kampung Beng kebanyakannya terdiri daripada warga emas yang merupakan
saudara-mara di kalangan mereka.
Ada Makanan Istimewa
Makanan-makanan tradisi di Lenggong mempunyai gaya dan ciri teristimewanya
sendiri. Sebagai contoh ikan pekasam, kebebe, ikan pindang daun senia dan
beberapa makanan enak yang masih lagi terdapat di Lenggong.
Saya berpeluang untuk membawa kumpulan kecil bagi lawatan eko-pelancongan.
Pastikan anda mendapatkan maklumat dan juru-pandu alam yang berlesen dan
terlatih.
Saya bertuah berjejak kasih semula dengan kawan-kawan hikers yang telah pun menjadi nature guide tempatan.
Umpaman wikipedia dah mereka ini, segala maklumat berkaitan eko-pelancongan
Lenggong ada dah dalam kepala mereka. Tanya sahaja apa nak tanya.
Support lah industri eko-pelancongan yang amat berpotensi ke mata dunia ini!
Boleh jadikan artikel ini sebagai panduan anda yang ingin meneroka kembali zaman
Paleolitik, Neolitik dan Zaman Gangsa Lenggong.
Selamat menjelajah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!