Panggung Teater Encore Melaka dengan kerjasama Persatuan Fotografi Selangor dan Kuala Lumpur buat julung kalinya akan manganjurkan pertandingan fotografi dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM9,000.
Pertandingan bertema ‘Encore Melaka Through the Lens Travel Photography’ ini memberi peluang kepada penggiat seni fotografi untuk merakam gambar keunikkan dan kecantikkan persembahan teater bertaraf dunia di Encore Melaka melalui kaca lensa.
Ads
Menurut Pengarah Urusan Encore Melaka, Long Tyan Poh, pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang unik kerana buat pertama kalinya peserta pertandingan akan diberikan pas eksklusif untuk merakam gambar sewaktu persembahan dan di belakang pentas.
Peluang untuk memiliki pas eksklusif ini hanya diberikan kepada peserta yang menyertai photo trip dua hari satu malam pada 8 dan 9 Disember ke Encore Melaka dengan harga serendah RM230.
Ads
Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua peringkat usia dan kemahiran. Sama ada profesional atau amatur turut berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Ads
Hadiah tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000 setiap seorang.
Pasport Jerman, diketahui sebagai pasport paling hebat di dunia. Pasport Jerman boleh memasuki 177 negara di dunia tanpa memerlukan visa. Memiliki pasport Jerman amat membanggakan, namun nyata lebih hebat ialah menjadi pemilik passport paling ekslusif di dunia: passport Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta.
Menurut laman Independent, perintah Katolik, yang diiktiraf kedaulatan oleh Pope Paschal pada 1113, merupakan pasport paling unik. Hanya 500 pasport dikeluarkan di seluruh dunia sehingga sekarang. Pasport diplomatik ini hanya diberi kepada Ahli Majlis Berdaulat, ketua dan ahli Misi Diplomatik (termasuk konsortium dan anak kecil) dan pelepasan khas kepada individu yang terlibat dengan misi Negara Malta.
Pasport ini hanya sah untuk 4 tahun dan berhubung secara ketat pada durasi tugas yang diberikan. Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta mempunyai hubungan dengan 106 negara, yang bermakna kesemua negara ini menerima pasport diplomatik ini sebagai sumber pengenalan diri. Pasport ini mengandungi ciri biometrik dan patuh kepada piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO).
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) akan memperkenalkan kempen pelancongan baru bagi menggantikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang dibatalkan akibat COVID-19.
Datuk Seri Nancy Shukri berkata kempen baharu itu bersifat jangka panjang yang akan memperkukuhkan jenama ‘Malaysia, Truly Asia’ dan mengetengahkan pengalaman unik yang terdapat di Malaysia. MOTAC yakin usaha ini akan mengukuhkan daya saing dan kelestarian industri pelancongan negara di samping memastikan industri ini inklusif.
Sebelum ini, kempen VM2020 telah dibatalkan serta-merta bagi mencegah penularan COVID-19 selain impak wabak yang menjejaskan sektor pelancongan di Malaysia serta dunia.
Berikutan wabak COVID-19, anggaran semasa kerugian yang dihadapi pemain industri pelancongan negara seperti sektor penginapan, pengangkutan, beli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara perniagaan bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, melebihi RM9 bilion. Sehubungan itu hasil perbincangan bersama pemain industri baru-baru ini, satu pelan tindakan strategik akan diperkenalkan.
MOTAC telah melakar pelan tindakan strategik untuk membantu merancakkan kembali industri ini dan memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia yang bergantung kepada industri ini terjamin.
MOTAC akan berbincang dengan Kementerian Kewangan serta agensi berkaitan bagi memperhalusi semua pandangan yang dikemukakan pemain industri pelancongan terutamanya berkaitan dengan bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada industri itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap orang mempunyai minat dan citarasa tersendiri, termasuklah dalam bab bercuti.
Ada yang gemar bersantai dengan hanya bersenang-lenang dalam gaya mewah sambil menikmati makanan sedap.
Ada juga yang gemar dan suka menikmati keindahan alam semulajadi. Bayangkan pengalaman tidur dalam khemah, mandi air sungai yang sejuk, mendengar suara unggas kala malam dan bertahan dengan kedinginan cuaca sejuk dalam kedinginan pagi.
Semua itu memberi pengalaman berbeza dalam menikmati percutian bersama teman atau ahli keluarga tersayang.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Hayati Musa melalui page Camping Buddies Malaysia memberitahu tujuan bercuti ke sini adalah untuk lari dari kesesakan ibu kota dan orang ramai tercapai.
Memilih merasai pengalaman bercuti di Tanjung Hills Retreat Janda Baik sebelum PKP2.0 dilaksanakan.
Menurutnya pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini, seperti hiking dan juga BBQ. Bukan itu sahaja pelbagai kemudahan juga turut disediakan oleh pihak pengurusan.
Tanjung Hills Retreat Janda Baik
Misi kami untuk lari dari kesesakan ibu kota dan orang ramai tercapai. Bukak je pintu khemah terus nampak sungai dan gunung ganang. Suasana memang nyaman, aman damai dan yang penting tak ramai orang.
Apa yang best, air sungai die memang fresh sebab lokasi die dikaki bukit sebelum mengalir ke resort dan chalet yang lain. Die diantara yang paling hujung atas. Retreat ini juga sebelah dengan tempat parking starting point hiking Gunung Nuang.
Untuk yang minat hiking, boleh checkin sini, then pergi hiking. Balik hiking boleh chill and bbq depan sungai.
Tak perlu saya cerita apa yang menarik di Janda Baik, sebab kawasan ni dah hampir 90% orang tau ada apa.
Bbq pit ada, sink ada dan toilet yang bersih untuk campsite. Basically tempat ni baru 1 tahun dibuka. Dijaga dengan baik. Pemilik retreat pon peramah orangnya. Senang berurusan.
Sesuai untuk buat family day sebab kawasannya luas. Phone signal, bergantung atas line. Macam kami pakai digi, line on of.
Accommodation yang ada disini termasuklah villa, chalet dan tapak perkhemahan. Tapi terhad. Jadi konsepnya siapa cepat dia dapat. Menurut pemilik resort, peak season selalu full.
Harga bagi saya, reasonable and affordable. You get what you pay. Campsite kami RM100 untuk 1 tapak. Deposit sampah RM50 untuk campsite.
Lokasi:
1 jam saja dari tol Gombak untuk sampai ke Tanjung Hills Retreat Janda Baik. Off road around 1km untuk sampai, parking and campsite memang dekat dan senang nak angkut barang kalau nak glamping.